From Wikipedia, the free encyclopedia
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom (Jawi: جميل خير بن بهرام) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) (2009-2018), mantan Ahli Parlimen Jerai selama sepenggal (2013-2018) dan mantan Ahli Dewan Negara (2009-2012). Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Jamil Khir Baharom SSDK (Kdh); SSAP (Phg); DIMP (Phg); DSNS (NS); DSDK (Kdh); JSM, KMN | |
---|---|
جميل خير بن بهرام | |
Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) | |
Menyandang jawatan April 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Ku Abdul Rahman Ku Ismail |
Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 27 November 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Didahului oleh | Abdullah Md Zin |
Digantikan oleh | Mohd Khairuddin Aman Razali |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Abdul Hamid Zainal Abidin |
Digantikan oleh | Mujahid Yusuf Rawa |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P12 Jerai, Kedah | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Firdaus Jaafar |
Digantikan oleh | Sabri Azit |
Majoriti | 1,196 (PRU-13) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jamil Khir bin Baharom 25 Jun 1961 Yan, Kedah |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | Datin Seri Fatmawati Saidin |
Anak | 6 |
Kediaman | Kampung Batu Muda, Batu Caves, Selangor |
Tempat belajar | Universiti Malaya Universiti Cordoba |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Pegawai Tentera |
Perkhidmatan tentera | |
Cabang/khidmat | Kor Agama Angkatan Tentera |
Tahun khidmat | 1986–2009 |
Pangkat | Mejar Jeneral |
Pangkalan | Pengarah Kor Agama |
[1][2] Beliau pernah menjadi Pengarah Kagat iaitu Kor Agama, Angkatan Tentera Malaysia. Beliau sering menjadi tetamu undangan dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam terbitan RTM1. Sebelum ini, pada 7 Januari 2004, Brig Gen (Bersara) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dari Kagat juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Beliau lulusan Universiti Malaya jurusan Syariah (1986) dan Sarjana Pengurusan Ekonomi Islam dari Universiti Cordova jurusan pengajian Islam. Kemudian belajar di Virginia, Amerika Syarikat 2000 . Seterusnya sambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Isterinya Datin Fatmawati Saidin dan mereka mempunyai lima anak lelaki dan seorang perempuan.
Selepas tamat belajar di UM, beliau menyertai Angkatan Tentera Malaysia sebagai kapten pada 1986. Seterusnya kolonel pada 1 April 2002 dan Timbalan Pengarah Kagat pada 2004. Kemudian dinaikkan pangkat sebagai pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia bermula 06 Oktober 2005 hingga 9 April 2009.
Terdapat 13 agensi utama di bawah Jabatan Perdana Menteri dipertanggungjawabkan iaitu:
Portal Agenda Daily Diarkibkan 2017-09-30 di Wayback Machine telah menjelaskan kontroversi mengenai pembelian banglo. Jamil Khir membeli rumah itu dari lelongan bank pada tahun 1994 semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera dan berpangkat Mejar. Rumah banglo tersebut pada waktu itu dibeli dengan harga RM110,000,00 selepas tidak ada pembida lain dan sehingga kini beliau masih membayar pinjaman perumahan kerajaan yang diambilnya. Malangnya, cerita-cerita sengaja diwujudkan pembangkang untuk menjatuhkan reputasinya.
Portal Malaysia Today mempersoalkan pembesaran banglo beliau di Kampung Batu Muda, Batu Caves, Selangor. Sejak 1994 lagi keluarganya yang ramai menginap di situ. Jadi, tentu ada banyak kereta di halaman rumah.[3] Hal ini mungkin menyamai kes rumah banglo bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.[4]
Pada 21 Jun 2011, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.Cek RM31,150.00 diserah kepada Syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir yang telah ditandatangani sendiri Che Mat, yang juga Setiausaha MAIWP pada 21 April 2010.Sedangkan mereka bukan asnaf yang lapan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mendedahkan peruntukan zakat MAIWAP digunakan untuk membiayai yuran guaman Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali. Mereka berdua berhadapan tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemusykilan timbul kerana "Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali.".[5][6]
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Jamil Khir Baharom (UMNO) | 32,429 | 50.94% | Mohd Firdaus Jaafar (PAS) | 31,233 | 49.06% | 64,778 | 1,196 | 87.06% |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.