From Wikipedia, the free encyclopedia
Joint Direct Attack Munition (JDAM) adalah satu kit panduan yang menukarkan bom tanpa panduan, atau "bom bodoh", menjadi bom panduan tepat untuk semua keadaan cuaca. Bom-bom yang dipasang dengan JDAM akan terpandu oleh sebuah sistem panduan inersia yang diintegrasikan dengan sebuah penerima Sistem Kedudukan Global, memberi ia satu jarak berkesan sehingga 15 batu nautika (28 km). Julat berat bom yang dipasang dengan kit JDAM bermula dengan 500 paun (230 kg) sehingga 2,000 paun (910 kg).[1] Sistem panduan JDAM telah dibangunkan secara bersama oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Laut Amerika Syarikat, oleh itu menyumbang penggunaan perkataan "joint" dalam JDAM.[2] Apabila dipasang pada sebuah bom, kit JDAM memberi sebuah pengenalan GBU (Guided Bomb Unit), menggantikan pengenalan Mark 80 atau BLU (Bomb, Live Unit) pada bom yang dipasang dengan kit ini.
Joint Direct Attack Munition (JDAM) | |
---|---|
Jenis | Kit panduan bom |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1997–kini |
Digunakan oleh | Lihat pengguna |
Perang | Konflik Kurdish–Turki Perang Menentang Keganasan Perang Afghanistan (2001–kini) Perang di Pakistan Barat Laut Keganasan Al-Qaeda di Yaman Perang Iraq Perang Somalia (2006–2009) Perang Saudara Somalia (2009–kini) Perang Saudara Syria Campur tangan diketuai Amerika dalam Perang Saudara Syria Campur tangan diketuai Amerika di Iraq (2014–kini) Campur tangan ketenteraan Turki di Syria Operasi Olive Branch Perang Saudara Iraq (2014–2017) Perang Saudara Yaman (2015–kini) Campur tangan diketuai Arab Saudi di Yaman Konflik di Najran, Jizan dan Asir Pertempuran Marawi |
Sejarah pengeluaran | |
Kos unit | Sekitar US$25,000 (bergantung pada lot pembelian. Jualan kepada pelanggan luar dengan harga lebih mahal.) |
Aneka | Lihat versi |
Spesifikasi | |
Panjang | 9.9–12.75 kaki (3.02–3.89 m) |
Jarak tembakan maksimum | Sehingga 15 batu nautika (28 km) |
Lebar sayap | 19.6 hingga 25 inci (500 hingga 640 mm) |
Sistem pemanduan | Panduan inersia/GPS |
Ketepatan | Spesifik 43 kaki (13 m); Berkesan sekitar 23 kaki (7 m) |
JDAM bukan sebuah senjata stand-alone; sebaliknya satu pakej panduan "bolt-on" yang mengubah bom-bom graviti tanpa panduan kepada bom panduan tepat. Komponen utama sistem ini terdiri daripada satu komponen ekor yang mempunyai permukaan kawalan aerodinamik, satu kit (badan) strake, dan satu gabungan unit kawalan panduan sistem panduan inersia dan GPS.[2]
JDAM bertujuan untuk meningkatkan teknologi bom panduan laser dan pengimejan infra merah, yang mana boleh terganggu oleh permukaan daratan yang teruk dan keadaan cuaca. Penjejak laser kini dipasang pada beberapa JDAM.[3]
Bermula pada tahun 1998 sehingga November 2016, Boeing telah menyiapkan lebih daripada 300,000 kit panduan JDAM. Pada tahun 2017, ia telah membina lebih daripada 130 kit setiap hari.[4] Setakat Februari 2020, 430,000 kit telah dikeluarkan.[5]
JDAM kini boleh digunakan pada pesawat:
JDAM boleh digunakan pada pesawat berikut:
Selain digunakan oleh pengguna utamanya, angkatan tentera Amerika Syarikat—kerajaan Amerika Syarikat juga telah meluluskan penjualan JDAM untuk pasaran eksport di bawah Akta Kawalan Eksport Senjata, walaubagaimanapun ianya terhad kepada beberapa negara sahaja.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.