Ishak Nengah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ishak Nengah (1953–6 Ogos 2018)[1] merupakan seorang bekas personaliti televisyen Malaysia dan juga bapa kepada penyanyi kumpulan Too Phat, Joe Flizzow.[2]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Ishak Nengah
Kelahiran1953
Meninggal dunia6 Ogos 2018 (umur 65)
Sebab kematianNasopharyngeal carcinoma
Pekerjaan
  • Penyiar
  • Penyampai berita
PasanganAishah Ali
Anak-anak3 (termasuk Joe Flizzow)
Tutup

Biografi

Beliau dilahirkan di Bota Kanan, Perak, pada 1953. Ishak memulakan kerjaya awalnya sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times dari 1972 hingga 1977. Dari 1981 hingga 1985, Ishak berkhidmat sebagai pembantu siaran di Bahagian Melayu, di Perbadanan Penyiaran British (BBC), London, Britain. Beliau kemudiannya, berkhidmat sebagai penyampai berita di stesen televisyen swasta, TV3.[3]

Ishak berkahwin dengan Aishah Ali yang juga bekas wartawan TV3. Pasangan ini dikurniakan tiga anak, Johan (lahir 1979), Ashraf (lahir 1981) dan Iman (lahir 1989). Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat komplikasi barah, pada jam 12.45 tengah hari, 6 Ogos 2018 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ishak sebelum ini dikesan menghidap barah hidung atau atau Nasopharyngeal carcinoma (NPC) pada 2011.[4] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.[5]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.