Inggu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Inggu

Inggu atau hinggu[1] (Jawi: ايڠڬو,[2] bahasa Inggeris: asafoetida atau asafetida[3][4]) ialah sejenis bahan diperoleh daripada getah rizom beberapa herba saka spesies Ferula[2] (F. foetida dan terutamanya F. assafoetida[1]) yang bertaburan dan ditanam di kawasan-kawasan gurun Iran dan pergunungan Afghanistan.[5] Ia dikenali kerana bau ia yang busuk kuat.

Thumb
Beberapa bekas inggu yang dibungkus komersil

Peristilahan

Ia diberi pelbagai nama dalam bahasa setempat termasuk:

Kegunaan

Rempah ini merupakan bahan utama dalam rempah ratus masakan India selain kunyit terutamanya dalam kari dal serta juga banyak lauk-pauk sayuran. Ia digunakan secara meluas dalam masakan India Selatan dan Maharashtra, yang kebanyakannya vegetarian, dan sering digunakan bagi mengharmonikan komponen manis, masam, masin dan pedas dalam makanan. Asafutida juga menjadi alternatif vegetarian untuk membuat rasa makanan lebih penuh berperisa dan sedap.[9]

Ia turut dipakai sebagai bahan melawas pencernaan.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.