Getah (bahan)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Getah (bahan)

Getah atau lateks ialah bahan emulsi stabil yang terdiri daripada mikrozarah polimer dalam larutan berair.[1]:204–205 Ia didapati dalam alam semula jadi, tetapi lateks sintetik boleh dibuat dengan polimerisasi monomer seperti stirena yang telah dicampurkan dalam emulsi dengan surfaktan.

Thumb
Pengumpulan getah yang menitik dari batang pokok Hevea brasiliensis yang ditoreh untuk dijadikan bahan getah asli.

Bahan ini didapati dalam alam semulajadi adalah cecair yang dihasilkan 10% daripada semua tumbuhan berbunga;[2] jenis bahan ini merupakan emulsi kompleks yang terdiri daripada proteinalkaloid, pati, gula, minyaktanin dan resin yang dirembeskan selepas tisu tumbuhan dirosakkan dan menggumpal apabila didedahkan kepada udara. Rembesan ini berwarna putih seperti susu, tetapi ada yang mempunyai getah kuning, oren, atau merah. Ia berfungsi sebagai pertahanan terhadap serangga herbivora.[perlu rujukan]

Peristilahan

Perkataan getah (Jawi: ݢته) asalnya dipakai kepada apa-apa jenis cecair yang dihasilkan daripada dalam batang apa-apa spesies tumbuhan termasuk rambung (Ficus elastica), jitan, beringin dan jelutung.[3]

Perkataan lateks (Jawi: لاتيک س) dipinjamkan daripada kata latex dalam bahasa Latin yang bermaksud "cecair" atau "bendalir"; kata latex dipakai orang Barat kepada bahan cecair yang dihasilkan tumbuh-tumbuhan sejak 1662,[4]:3–4 kata latex dipakai kepada getah yang ditoreh daripada pokok Hevea pada 1736.[5] Istilah lateks juga dipakai utama kepada bahan getah asli dan produk yang diperbuat daripada bahan ini seperti sarung tangan, kondom, dan pakaian.[perlu rujukan]

Definisi IUPAC.
Lateks: Penyebaran koloid dari zarah polimer dalam cecair.[6][a] Lateks sintetik: Lateks diperolehi sebagai produk emulsi, emulsi mini, emulsi mikro, atau pempolimeran penyebaran.[6]

Bentuk

Kepingan getah dijual kepada pembeli tempatan. Susu getah menjadi beku dengan mencampur asid formik, digelek dalam mesin penggelek. Kepingan getah yang diasap di rumah asap dijadikan getah asap keping berbunga .

Susu getah cair dipanggil lateks. Lateks dijual kepada Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC), sebuah agensi kerajaan.

Agensi kerajaan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menggalakkan pekebun kecil membangunkan kebun secara kelompok. Bantuan penanaman semula diberikan. Kontraktor dilantik untuk membantu menanam getah di kawasan terbiar dan pokok getah tua.

Kegunaan

Thumb
Mesin getah licin.
Thumb
Mesin getah bunga.

Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri.

Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geseran. Jambatan di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar.

Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.

Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but keselamatan juga diperbuat daripada getah.

Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah.

Masa depan

Pada suatu masa, getah sintetik ataupun anjing kurap tiruan bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun, dengan kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini disebabkan di atas beberapa fakta.

  • Harga getah sintetik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal.
  • Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru memerlukan masa untuk matang.
  • Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini menyebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat.

Lihat juga

Nota-nota

  1. Polimer dalam zarah mungkin organik atau tidak organik.[6]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.