Rencana ini berkenaan helikopter Sikorsky S-61A-4 milik Tentera Udara Diraja Malaysia, untuk rencana lain sila rujuk Sikorsky S-61 dan SH-3 Sea King.
Sikorsky S-61A-4 Nuri | |
---|---|
Peranan | Helikopter utiliti /SAR |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | Sikorsky Aircraft |
Penerbangan sulung | 11 Mac 1959 |
Mula digunakan | 1961 |
Dihentikan | 7Januari 2020 (TUDM) |
Status | Telah bersara (TUDM) |
Pengguna utama | Tentera Udara Diraja Malaysia |
Jumlah dibina | 40 buah (asal) |
Kelainan | Sikorsky S-61L/N Sikorsky S-61R Westland Sea King CH-124 Sea King |
Sikorsky S-61A-4 Nuri atau Helikopter Nuri yang merupakan versi terbitan helikopter SH-3 Sea King yang diberi penambahbaikan ialah helikopter utiliti dan unit mencari dan menyelamat (SAR) yang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia. Helikopter Nuri memiliki enjin berkembar dan pelbagai guna. Helikopter ini mula berkhidmat sejak 1961 dan ditamatkan perkhidmatan pada 7 Januari 2020[1].
Perkhidmatan
Helikopter Nuri digunakan di Markas Bantuan Udara seperti berikut:
- No. 3 Skuadron Butterworth S-61A-4 Pengangkutan Nuri
- No. 5 Skuadron Labuan S-61A-4 Pengangkutan Nuri
- No. 7 Skuadron Kuching S-61A-4 Pengangkutan Nuri
- No. 10 Skuadron Kuala Lumpur/Sungai Besi S-61A-4 Nuri/AS-61N-1 VIP
Helikopter Nuri juga digunakan dalam perkhidmatan Pasukan Udara Tentera Darat sehingga kini
- No. 882 Squadron PUTD
Perkembangan
Helikopter Nuri ialah helikopter enjin berkembar pelbagai kegunaan. Ia telah berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Pasukan Udara Tentera Darat. Semasa tempoh khidmatnya, Helikopter Nuri telah dinaik taraf dengan pelbagai peralatan seperti radar cuaca, radar Doppler dan GPS, sistem peralatan pendaratan dan keupayaan penglihatan, daya pandang malam, [[Peranti penglihatan malam|peranti penglihatan malam[perlu rujukan]]].
Penyelenggaraan Nuri kini dilakukan oleh syarikat AIROD Sdn Bhd. Helikopter Nuri yang tidak boleh diterbangkan diletakkan dalam status “Aircraft On Ground” dan “Aircraft On Jack”. Biasanya, alat ganti yang diperlukan akan dihantar selewat-lewatnya 72 jam dari tarikh helikopter diletakkan dalam status “Aircraft On Ground”.[perlu rujukan]
Selain itu, helikopter yang berkhidmat dengan Pasukan Udara Tentera Darat ini telah dipersenjatakan dengan senjata berat seperti M134 Minigun dan 12.7 HMG[perlu rujukan]
Kemalangan
Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM. Data didapati daripada Bernama.com[2]
- 25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.
- 11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
- 26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.
- 19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
- 25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
- 11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
- 14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak.
- 18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
- 28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
- 16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
- 10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
- 11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
- 16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
- 19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
- 5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.
- 30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
- 15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
- 13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
- 10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.[3]
Penggantian berperingkat
Disebabkan usia pesawat itu yang telah lama digunakan dan pernah terlibat dalam beberapa kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa[4], maka pada 18 Julai 2007, Kerajaan Malaysia bersetuju untuk menggantikan Nuri dengan pesawat baru dan proses penggantian itu akan mengambil masa antara dua setengah hingga tiga tahun.[5]. Pada 27 September 2008, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.[6]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.