Harimau bintang salji
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Harimau bintang salji (nama saintifik: Panthera uncia) merupakan sejenis haiwan pemangsa berbadan besar seperti harimau bintang dengan bulu pudar bertompok-tompok. Ia ditemukan di kawasan pergunungan salji Asia Tengah, dari Afghanistan hingga bahagian timur Tibet.[3] Ia pernah digolongkan dalam genus Uncia pada awal 1930-an.[4]
Remove ads
Walaupun dilindungi di hampir semua negara tempat spesies ini berada, Harimau bintang salji masih diburu secara liar kerana memangsa haiwan ternakan dan terutamanya untuk diambil bulunya. Harimau Tutul Salji dinilai Terancam Pupus di dalam Senarai Merah IUCN dan tersenarai di dalam CITES Appendix I.
Remove ads
Ciri
Panjang tubuh mencapai 1.30 meter, dan panjang ekor sekitar 0.8–1 m. Spesies ini mempunyai bulu tebal berwarna putih kekelabuan di bahagian atasnya dan buluh putih di bahagian bawahnya; kepala, badan dan kaki-kakinya bertompok-tompok hitam keperangan.[5] Kucing betina serupa, dan berukuran lebih kecil dari jantan. Tidak seperti kucing-kucing besar yang lain, harimau tutul salji tidak dapat mengaum atau mendengkur.
Remove ads
Tabiat
Harimau bintang salji merupakan haiwan penyendiri, jantan dan betina memburu mangsa berpasangan hanya pada musim membiak.
Pemakanan
Mangsa utamanya terdiri dari kambing dan biri-biri gunung, arnab dan binatang-binatang lain yang terdapat di sekitar habitatnya.[6]
Pembiakan
Harimau bintang salji betina biasanya mempunyai dua hingga tiga anak, yang tinggal bersama induknya hingga harimau bintang muda berumur sekurang-kurangnya satu tahun.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads