From Wikipedia, the free encyclopedia
Mobile Suit Gundam 00 (機動戦士ガンダム00 , Kidō Senshi Gandamu Daburuō) adalah siri anime televisyen terkini dalam keluarga Gundam terbitan Sunrise.[1] Siri tersebut mula disiarkan pada 6 Oktober 2007 di saluran MBS dan TBS pada setiap hari Sabtu pukul 6.00 petang (waktu Jepun), menggantikan siri Terra e....[2][3]
Ia diarah oleh Seiji Mizushima dan ditulis oleh Yōsuke Kuroda, manakala watak-wataknya direka oleh Yun Kōga. Siri tersebut mula-mula diumumkan oleh Sunrise di dalam iklan trailer 15 saat semasa siaran anime Terra e... pada siaran 2 Jun 2007.[1][2][3] Seperti anime Code Geass terbitan Sunrise, Gundam 00 akan disiarkan sebanyak 2 musim, dengan 25 episod pada musim pertama. Pada 13 Julai 2008, satu trailer mengumumkan dua puluh lima episod musim kedua telah ke udara. Musim kedua telah bermula pada 5 Oktober 2008 dan disimpulkan pada 29 Mac 2009. Satu filem sambungan dirancang untuk tahun 2010.
Mobile Suit Gundam 00 adalah siri Gundam pertama yang disiarkan dalam format definisi tinggi.[5]
Jalan cerita mengambil tempat pada tahun 2307 M mengikut Kalendar Gregory. Pada zaman ini, bekalan bahan api fosil semakin habis dan pengedarannya menjadi tidak seimbang. Manusia terpaksa bergantung pada sistem janakuasa tenaga suria yang mengelilingi bumi, dan disokong oleh tiga lif angkasa, setiap satunya dikawal oleh salah satu daripada tiga "kuasa besar" dunia.
Oleh kerana sumber tenaga yang tidak terhad ini hanya menguntungkan kuasa-kuasa besar serta sekutu-sekutunya, peperangan sentiasa sahaja meletus di seluruh dunia bagi merebut sumber bahan api dan tenaga, membawa kepada terbentuknya organisasi ketenteraan persendirian yang dikenali sebagai Celestial Being (ソレスタルビーイング ), bertugas untuk menghapuskan peperangan dengan menggunakan empat jentera robot humanoid yang dipanggil Gundam.[1][3]
Mobile Suit Gundam 00 berkisar mengenai empat juruterbang mobile suit yang dipanggil Gundam Meisters (ガンダムマイスター , Gandamu Maisutā), berpihak kepada Celestial Being. Watak utama ialah Setsuna F. Seiei (刹那・F・セイエイ ) yang berusia 16 tahun, seorang pendiam yang dibesarkan di Republik Kurdi, serta telah menjadi Gundam Meister selama dua tahun. Dia memandu jentera GN-001 Gundam Exia.[6][7]
Setsuna F Seiei (刹那・F・セイエイ )
Setelah ditemui oleh Celestial Being ketika berusia 14 tahun kerana berpotensi istimewa sebagai juruterbang, dia menjadi Gundam Meister bagi pertubuhan mereka. Setsuna yang berat mulut tetapi berpengetahuan tinggi ini menetap di Jepun apabila tidak bertugas bagi Celestial Being.[10]
Nama sebenar Setsuna ialah Soran Ibrahim. Setsuna cuma nama kodnya sebagai Gundam Meister. Enam tahun sebelum menyertai Celestial Being, dia menjadi askar kanak-kanak di Republik Kurdi yang dibelenggu perang.[11] Dia membunuh ibu bapa sendiri atas paksaan Ali Al-Saachez untuk menguji ketaatannya terhadap Tuhan,[12]oleh itu dia amat benci terhadap Ali Al-Saachez. Setsuna tidak percaya bahawa wujudnya tuhan di dunia. Setsuna percaya bahawa peperangan hanya boleh dihentikan melalui konfrontasi secara langsung, oleh itu kurang tahan kerenah diplomat dan ahli politik yang dipercayainya bahawa "rundingan damai" hanya melanjutkan persengketaan dan menyebabkan ramai lagi terkorban.
Sebelum musim kedua, dia menghabiskan empat tahun bekerja secara solo, sambil mampu membaiki Exia ketika itu. Dia direkrut kembali ke Celestial Being oleh Tieria, lalu diberi GN-0000 00 Gundam.
Lockon Stratos (ロックオン・ストラトス )
"Lockon Stratos" ialah nama kod Gundam Meister yang dipakai dua orang berbeza.
Neil Dylandy, Lockon yang asal, hendak menyertai Celestial Being setelah kehilangan ibu bapa dan adik perempuannya di tangan pengganas di Ireland; oleh itu dia juga amat membenci pengganas. Sebagai juruterbang tertua, dia dianggap sebagai ketua Gundam Meisters, dan mudah bergaul dengan sesiapa serta sifat keyakinannya berbanding Gundam Meister yang lain. Dia memiliki sebiji Haro berwarna jingga untuk mengukuhkan pertahanan dan pergerakan Dynames.[10]
Neil dibunuh di medan peperangan oleh Ali Al-Saachez (yang mengemudi Gundam Throne Zwei) di akhir musim pertama. Empat tahun kemudian, kembarnya Lyle mengganti tempatnya, memakai nama kod yang sama serta menjadi juruterbang GN-006 Cherudim Gundam.
Allelujah Haptism (アレルヤ・ハプティズム )
Allelujah menghabiskan zaman kanak-kanaknya sebagai anak yatim di Human Reform League. Sejak kecil lagi, dia menempuhi pelbagai eksperimen kejam yang dilakukan HRL dalam cubaan menjadikannya askar perkasa impian mereka, tetapi kononnya dibuang setelah disahkan "gagal".
Mata kiri Allelujah berwarna kelabu, dan selalunya mata kanannya pula dilitupi rambutnya. Walaupun lebih mesra dan rasional berbanding Gundam Meisters yang lain, namun dalam dirinya ada alter ego yang kurang berhati perut bernama Hallelujah. Persona Hallelujah timbul apabila merasai kehadiran seseorang yang seumpamanya, seperti askar Human Reform League, Soma Peries. Apabila ini berlaku, rambutnya beralih untuk melitupi mata kirinya sementara mata kanannya berona emas. Selepas pertempuran terakhir musim pertama, persona Hallelujah seolah-olah "mati" dan bergabung dengan Allelujah.
Allelujah ditangkap oleh angkatan PBB di akhir musim pertama lalu ditahan selama empat tahun; lambat-laun dia diselamatkan lalu diberi GN-007 Arios Gundam.
Tieria Erde (ティエリア・アーデ )
Latar belakang watak ini kekal misteri. Di sebalik lemah lembutnya dia boleh menyerlahkan niat yang dingin. Dia lebih menghargai misi dari benda-benda lain, termasuk nyawa sendiri, serta tidak ambil kisah akan rakan-rakan seperjuangannya. Sebagai Gundam Meister untuk sut Gundam Virtue dan seterusnya Seravee Gundam, Tieria nampaknya amat setia kepada Veda, maka dia sanggup buat apa sahaja untuk memastikan rahsia teknologi dan operasi Celestial Being sentiasa terlindung, walaupun terpaksa membunuh Gundam Meisters yang lain semata-mata kerana itu. Berbanding Gundam Meisters yang lain, watak Tierialah yang paling membingungkan, tanpa apa-apa yang diketahui dari zaman silamnya, lebih-lebih lagi rupanya tak berubah sekerat pun selepas empat tahun antara musim, maka timbulnya keraguan sama ada dia ini manusia. [14] Berbanding dengan Meister lain yang terkorban atau hilang di akhir musim pertama, Tieria masih berkhidmat untuk Celestial Being sepanjang jurang empat tahun tersebut.
Sumeragi Lee Noriega (スメラギ・李・ノリエガ )
Seorang bekas pakar strategi AEU dan peramal taktikal di kapal induk Celestial Being iaitu Ptolemaios. Walaupun bukan kapten namun tetap pegawai berpangkat tertinggi di kapal, maka dia menjadi pengarah. Sumeragi meninggalkan Celestial Being tak lama selepas musim pertama, tetapi dimasukkan kembali oleh Setsuna F Seiei.
Christina Sierra (クリスティナ・シエラ )
Pengendali taktikal di Ptolemaios dan seorang pengaturcara berkemahiran tinggi yang melarikan dari ari ibu angkatnya sebelum ditemui oleh Celestial Being. Dia memiliki keperibadian yang murni, ceria dan jujur sehingga dia meluahkan perasaan dirinya secara terus-terang. Christina gamer mengembara, mengaturcara komputer, dan membeli-belah, serta amat mempercayai rakan-rakan seperjuangannya.
Feldt Grace (フェルト・グレイス )
Seorang pengendali taktikal yang kaya dengan pengetahuan mekanikal tetapi tidak pandai bergaul. Feldt ialah anak kepada Ruido Resonance dan Marlene Vlady yang pernah berkhidmat di Celestial Being sebagai Meister dengan mengusahakan prototaip Gundam siri GNY generasi kedua.
Lichtendahl Tsery (リヒテンダール・ツエーリ )
Jurumudi Ptolemaios yang ceria orangnya.[10] Ibu bapanya merupakan juruteknik Lif Angkasa terbunuh di Perang Solar. Dia juga cedera parah dalam pertempuran tersebut sehingga terpaksa digantikan dengan mesin yang menjadikannya seorang cyborg. Dia terkorban apabila cuba melindungi Christina dari serangan terhadap GN-X di jambatan Ptolemaios.
Lasse Aeon (ラッセ・アイオン)
Lasse adalah rakan seperjuangan sokongan dan dia tiada rasa takut. Dia tidak pernah menunjukkan rasa takut dalam situasi pertempuran berbahaya dan sentiasa melindungi rakan-rakannya.
Seorang selebriti menawan yang terkenal di kalangan masyarakat atasan sejagat, dan juga seorang ejen rahsia Celestial Being. Dia menggunakan perhubungan sosialnya yang luas untuk menjalankan kegiatan perisikan dan kutipan amal. Liu Mei amat benci dengan keadaan dunia, sehingga pernah berkata dia tidak endah perubahan dunia itu bagaimana atau siapa punya, selagi ia tetap berubah. Di musim kedua, dia kelihatan bersepakat dengan Innovators secara senyap-senyap, maka kesetiaannya kepada Celestial Being menjadi tanda tanya.
Pengawal peribadi Wang Liu Mei yang taat mengiringi tuannya. Pakar seni bela diri ini juga salah seorang ejen Celestial Being dan pernah membantu Setsuna dan Lockon ketika menjalankan misi di Azadistan.[10] Di musim kedua, Hong Long menyoal Liu Mei pasal 'talam dua muka', kerana dikhuatiri boleh menghancurkan Gundam. Lambat-laun didapati Hong Long dan Liu Mei itu adik-beradik.
Graham Aker (グラハム・エーカー )
Juruterbang handalan pihak Union. Asalnya dalam pasukan MSWΛD (Mobile Suit Warehouse and Development) dengan pangkat Leftenan Muda dan dinaikkan pangkat menjadi Kapten, seterusnya dia dipindahkan ke Anti-Gundam Investigative Squad. Graham selaku pemandu Union Flag ubahsuai hitam[10] memiliki naluri yang luar biasa. Pergerakan khasnya iaitu 'Graham Special' mengubah bentuk jentera Flagnya di tengah angkasa. Apabila melawan Gundam, dia menunjukkan ketabahan dan kemahiran yang melayakkannya sebagai lawan yang sukar untuk Gundam. Setelah terkorbannya seorang rakan juang, Graham bersumpah untuk menumpaskan semua Gundam dengan jentera Flagnya. Oleh itu dia enggan mengemudi GN-X baru, sebaliknya hendak menaiktaraf SVMS-01 Flagnya dengan teknologi yang dicuri. Setelah Setsuna berlawan dengan Alejandro Corner, dia melawan Exia yang lemah dengan GN Flag barunya, tetapi GN Flag itu akhirnya hancur. Graham terselamat, tetapi empat tahun kemudian, dia dilihat memakai topeng, menjadikannya sebagai 'jaguh bertopeng' yang menjadi kebiasaan dalam siri Gundam.
Billy Katagiri (ビリー・カタギリ )
Seorang penasihat teknikal bagi MSWΛD dan pemaju SVMS-01 Union Flag serta ejen perisik Tentera Union Army dan sahabat karib Graham Aker. Dia kemudiannya dipindahkan ke Overflags bersama Graham. Dia pernah sekampus bersama Sumeragi Lee Noriega yang seolah-olah menjadi wanita idamannya. Di musim kedua, dia dinampakkan tinggal bersama, tetapi naik berang apabila menyedari Sumeragi sebenarnya seorang peramal taktik bagi pihak Celestial Being.
Presiden Amerika Syarikat dan juga pemimpin Union of Solar Energy and Free Nations.
Pembantu Presiden. Nama penuh tidak dikenali.
Sergei Smirnov (セルゲイ・スミルノフ )
Sebagai seorang Leftenan Kolonel dan komander pasukan MS Human Reform League, dia seorang veteran terkenal dalam Perang Solar ke-4 pada tahun 2289, maka diberi gelaran "Beruang Rusia"[16]. Dia seorang ahli strategi cemerlang yang menentang strategi Sumeragi dan mencipta bermacam-macam formasi untuk Pasukan MSnya. Dia memasuki skuad angkatan khas bernama Chobu[16], yang bertujuan menangkap Gundam setelah bertembung dengan Exia di Ceylon. Kemudian dia dipilih untuk memimpin Chobu, yang terdiri dari sut-sut GN-X.[17] Selepas jurang empat tahun di akhir musim pertama, dia dilihat berdiri tegak sebagai ahli Angkatan Pemeliharaan Keamanan yang menabik pertubuhan yang mewarisi PBB, iaitu Earth Sphere Federation.[10]
Soma Peries (ソーマ・ピーリス )
Seorang "supersoldier" berpangkat Leftenan Muda yang dihantar untuk membantu Sergei mencapai impian menangkap Gundam. Dia diperkuatkan oleh para saintis dari Super Soldier Special Duty Organization. Dia seorang bayi pereka yang dipertingkatkan melalui eksperimen di divisi supersoldier HRL. Dia bersama Allelujah Haptism berkongsi hubungan batin kerana mereka sama-sama pernah menjadi bahan kajian HRL. Dia memendam rasa benci terhadap pengemudi Gundam Kyrios tersebut, kerana tahu dia seorang manusia diperkuat yang membelot kaum sendiri dengan memusnahkan kemudahan penyelidikan supersoldier.
Patrick Colasour (パトリック・コーラサワー )
Patrick Colasour ialah 'jaguh' angkatan AEU yang mendirikan nama dari simulasi tempur berbanding pertempuran sebenar. Orangnya panas baran dan kasar.[10] Sungguhpun dapat membuktikan kebolehan dirinya selaku jaguh dengan memastikan rekod tanpa kalah di 2000 pertempuran simulasi, namun dia amat lemah apabila bertembung dengan Gundam Exia lalu menyebabkan jentera MS Enactnya tercincang ketika berlawan. Dia juga ditembak oleh Gundam Virtue ketika Celestial Being menyerang Moralia lalu GN-Xnya rosak setelah dihentak sisa asteroid ketika melawan Celestial Being di Lagrange Point 1. Rupanya macam kaki perempuan tetapi jatuh cinta pengawai komandernya, Kati Mannequin yang menumbuknya dua kali kerana datang lambat. Selain itu, dia seolah - olah menjadi bahan lawak dalam siri ini kerana dia sering bercakap besar dirinya juruterbang terbaik AEU tetapi tidak pernah menunjukkan keupayaan sebenarnya selain menyebabkan MSnya rosak dengan cara yang memalukan, apatah lagi selalunya tidak memainkan peranan penting dalam pertempuran.
Ali Al-Saachez (アリー・アル・サーシェス )
Ali Al-Saachez ialah musuh utama Setsuna dan Lockon dan juga antagonis utama siri Gundam 00, kini merupakan seorang pegawai fil tinggi di bawah kompeni tentera persendirian yang dikenali sebagai PMC Trust. Saachez melihat dirinya sebagai seorang askar upahan, dan mengemudi sut mobil AEU Enact terbaru. Pihak Perancis menjanjikan sut mobil Agrissa kepadanya sekiranya berjaya menawan unit Exia. Dia pernah berkhidmat untuk Legion Asing Perancis dengan nama samaran Gary Biaggi dari Skuadron Bebas ke-4.
Dia seorang juruterbang MS yang cekap, dan pernah diperlihatkan melawan Gundam sampai terhenti dengan sebuah MS ENACT sahaja. Tambahan lagi, dia juga nampaknya amat mahir dalam seni bela diri.
Kemudinan, Saachez memakai nama samaran lagi lalu menyertai serangan PBB terhadap Meisters, di mana dia melawan Lockon. Lockon melancarkan tembakan dari GN Cannonnya lalu membinasakan Throne Zwei. Apapun, Saachez terselamat dari letupan Zwei. Di musim kedua, Saachez mengemudi Arche Gundam, dan nampaknya berpakat dengan kumpulan Innovators.
Puteri Azadistan yang pertama. Disebabkan sekatan dagang akibat siapnya saluran paip tenaga suria, Azadistan tidak boleh lagi mengeksport rizab bahan api fosilnya, maka itulah berdepan dengan krisis ekonomi.[10] Azadistan baru mengamalkan sistem beraja dan Marina dilantik oleh Parlimen Azadistan menjadi raja untuk memulihkan ekonomi negara. Baginda melancarkan misi diplomatik untuk meminta bantuan dari ahli-ahli AEU yanh lain, tetapi kurang berjaya gara-gara selalu "diganggu" oleh Celestial Being.
Shirin Bakhtiar (シーリン・バフティヤール )
Seorang caperon dan penasihat Marina Ismail di Istana Diraja Azadistan. Sungguhpun luas pengetahuan politiknya namun dia tidak dapat mengisi jawatan rasmi dalam kerajaan Azadistan. Dia meninggalkan Marina tanpa sebab selepas langkau 4 tahun, lalu menyertai kumpulan penentang A-Laws bernama Katharon, bersama Klaus Grad dan Lockon Stratos kedua, iaitu Lyle Dylandy.
Seorang imam di negara Azadistan yang kuat berpengaruh di kalangan paksi-paksi konservatif di Parlimen Azadistan. Dikenali sebagai "Rasa"[18] di kalangan paksi konservatif, apabila Marina menerima gelaran Ratu, maka dia menawarkan dirinya untuk mengawal golongan konservatif dari menjadi radikal dan ganas bagi pihak baginda.[19] Apabila diculik oleh angkatan Ali secara tiba-tiba, tercetusnya rampasan kuasa yang didalangi paksi radikal dalam tentera Azadistan menentang Marina dan kerajaan pembaharunya. Lambat-laun dia dicari lalu diselamatkan oleh Setsuna, Lockon dan Hong Long, lalu kembali untuk berucap bersama Marina untuk meredakan pemberontakan buat seketika.[20] Di musim kedua, Marina memaklumkan bahawa dia terkorban atas sebab-sebab yang tidak diketahui di tengah jurang antara musim pertama dan kedua.
Saji Crossroad (沙慈・クロスロード )
Seorang penduduk Jepun dan pelajar sekolah tinggi yang mengkaji kejuruteraan aeroangkasa. Saji yang lemah lembut dan ini selalu dikuasai oleh teman wanitanya Louise. Dia tinggal sebumbung dengan kakaknya Kinue, berjiran dengan Setsuna.[10] Dia dan kakaknya kehilangan ibu bapa sewaktu kecil. [21] Walaupun tidak agresif pada mulanya, lama-kelamaan Saji terpengaruh oleh perbuatan Gundam. Teman wanitanya Louise, kehilangan seluruh keluarga dan tangan kirinya akibat serangan Throne Drei Gundam. Kemudian, Saji mendapat khabar kakaknya dibunuh (oleh Ali Al-Saachez, bukan Celestial Being) ketika mengejar maklumat mengenai pengasas Celestial Being iaitu Aeolia Schenberg. Kejadian-kejadian inilah yang menyebabkan Saji amat membenci Gundam, lalu terus menggapai impiannya menjadi jurutera angkasa.
Di musim kedua, Saji dituduh menjadi ejen Katharon lalu dihukum menjadi buruh kasar dalam persekitaran graviti buatan. Dia terselamat apabila bertembung dengan Setsuna lalu bersikap dingin terhadap bekas jirannya setelah mengetahui peranan Setsuna selaku Gundam Meister.
Louise Halevy (ルイス・ハレヴィ )
Seorang pelajar pertukaran yang mengkaji kejuruteraan aeroangkasa bersama Saji. Warga AEU ini agak mementingkan diri orang. Ketika diserang oleh Nena Trinity di majlis perkahwinan yang dianjurkan keluarganya, dia kudung tangan kirinya serta kematian seluruh keluarganya. Ketika dirawat, adalah dimaklumkan bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan lukanya yang menghalang pihak hospital dari menumbuhkan semula tangannya. Tanpa hendak membebankan Saji, Louise 'berpisah' dari Saji lalu merayunya agar balik ke Jepun untuk mengejar impiannya menjadi jurutera aeroangkasa. Di musim kedua, Louise menjadi ahli dan pengemudi MS A-Laws.
Kinue Crossroad (絹江・クロスロード )
Kakak kepada Saji yang mengejar Celestial Being bagi pihak media. Dia tidak berapa suka Louise. Kinue nampak begitu taksub terhadap Aeolia Schenberg, kerana percaya bahawa Celestial Being ada motif lain selain menamatkan peperangan dan bahawa motif-motif itu boleh dikatahui dengan mengkaji Schenberg. Di episod 20, Kinue dibunuh oleh Ali Al-Saachez.
Pembukaan:
Penutup:
Lagu selingan
Mobile Suit Gundam 00 pertama kali disiarkan di Malaysia melalui NTV7 pada setiap Sabtu jam 10.30 pagi dari episod 1 hingga 25 musim pertama menggantikan Kekkaishi. Kemudiannya diulang tayang pada setiap Sabtu jam 12.00 tengah hari. Sekarang disiarkan kembali di TV9 pada setiap Sabtu jam 7.00 malam. Tiada episod baru diambil.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.