From Wikipedia, the free encyclopedia
Geseran belakang gusi tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan/sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʃ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan S dalam X-SAMPA.
Nombor AFA | 134 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | S | ||
| |||
Sampel audio | |||
Bunyi konsonan ini didapati dalam bahasa Melayu melalui kata serapan bahasa Arab dieja dengan huruf ش syin[1]:112 (turut dieja sedemikian dalam tulisan Jawi) atau bahasa Inggeris. Bunyi ini dirumikan berlambang dwihuruf sy (contohnya: syarat, Musytari dan skuasy) dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan disetujui Malaysia dan Indonesia pada tahun 1972;[2] sebelum ini ia hanya diwakili mengikut gaya ejaan diperkenalkan hasil pengaruh Barat - Ejaan Rumi Baharu di Malaysia mengeja bunyi ini dengan dwilambang sh mengikut kelaziman bahasa Inggeris dipelopori Richard James Wilkinson manakala sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang sj mengikut kelaziman bahasa Belanda.[2][3]
Ciri-ciri geseran belakang gusi tak bersuara:
Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
Melayu | [[[Ortografi bahasa Melayu|sy'arikat]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda cacat (bantuan) | [ʃarikat] | 'syarikat' | Rujuk fonologi bahasa Melayu | |
Arab | Baku[4] | شمس | [ʃams] | 'matahari' | Rujuk fonologi bahasa Arab |
Belanda[5] | [[[Ortografi bahasa Belanda|sjabloon]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ʃabloun] | 'templat' | Mungkin juga [sʲ]. Rujuk fonologi bahasa Belanda | |
Esperanto | [[[Ortografi bahasa Esperanto|ŝelko]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ʃelko] | 'pita ambin' | Rujuk fonologi bahasa Esperanto | |
Georgia[6] | შარი | [ˈʃɑɾi] | 'merungut' | ||
Inggeris | [[[Ortografi bahasa Inggeris|sheep]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ʃiːp] | 'biri-biri' | Rujuk fonologi bahasa Inggeris | |
Itali[7] | [[[Abjad Itali|fasce]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈfaʃʃe] | 'jalur-jalur' | Rujuk fonologi bahasa Itali | |
Jerman | [[[Ortografi bahasa Jerman|schön]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ʃøːn] | 'cantik' | Rujuk fonologi bahasa Jerman | |
Perancis[8] | [[[Ortografi bahasa Perancis|cher]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ʃɛʁ] | 'mahal' | Rujuk fonologi bahasa Perancis | |
Portugis[9] | [[[Ortografi bahasa Portugis|cheirar]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ʃeiˈɾaɾ] | 'menghidu' | Rujuk fonologi bahasa Portugis | |
Sepanyol | Andalusian | chico | [ˈʃiko̞] | 'budak lelaki' | |
Rioplatense | mayo | [maˈʃo] | 'bulan Mei' | ||
Chile | chileno | [ʃiˈle̞no̞] | 'orang Chile' | ||
Zapotec | Tilquiapan[10] | xana | [ʃana] | 'bagaimana?' |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.