Fatimah Abdullah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato Sri Fatimah Ting binti Abdullah (lahir Ting Sai Ming; 1 Februari 1957) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen gabungan pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS). Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Wanita, Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sarawak di bawah Ketua Menteri Sarawak, Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg, Adenan Satem dan Abdul Taib Mahmud sejak September 2011 serta [1][2] Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) untuk Dalat sejak September 2001.
Fatimah Ting Abdullah | |
---|---|
![]() Fatimah pada tahun 2017 semasa persidangan bersama UNIMAS | |
Peranan menteri (Sarawak) | |
2011– | Menteri Wanita, Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Komuniti |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak | |
2001–2018 | Barisan Nasional |
2018– | Gabungan Parti Sarawak |
2018 | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ting Sai Ming 1 Februari 1957 Dalat, Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (–2018, bersekutu : sejak 2020) Gabungan Parti Sarawak (GPS) (sejak 2018) Perikatan Nasional (PN) (bersekutu : sejak 2020) |
Pasangan | Datu Dr. Adi Badozaman Tuah |
Anak | 2 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web | Official Facebook |
Latar belakang
Fatimah berasal dari Kampung Teh di Dalat, Sarawak.[3] Bapanya merupakan Cina Foochow dan ibunya seorang Melanau. Beliau dibesarkan sebagai seorang Muslim oleh nenek sebelah ibunya.[4] Beliau berkahwin dengan Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah, seorang aktivis sosial dan Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak. Mereka mempunyai dua orang anak.[5][6]
Fatimah merupakan seorang ahli pendidikan. Beliau merupakan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah di Kuala Lumpur.[3]
Kerjaya politik
Pencalonan Fatimah untuk jawatan Ketua Wanita dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen gabungan GPS yang memerintah, tidak mendapat tentangan selepas Empiang Jabu Anak Antak berundur pada 2018.[7] Fatimah, dari entik Bumiputera, mengambil alih daripada Empiang, yang berasal dari entik Pesaka.[7]
Keputusan Pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2001 | N44 Dalat | Fatimah Abdullah (PBB) | 7,497 | 88.51% | Peter Nari Dina (BEBAS) | 973 | 11.49% | 8,660 | 6,524 | 62.82% | ||
2006 | N50 Dalat | Fatimah Abdullah (PBB) | Tiada berlawanan | |||||||||
2011 | Fatimah Abdullah (PBB) | 6,288 | 80.17% | Sylvester Ajah Subah @ Ajah Bin Subah (PKR) | 1,298 | 16.55% | 8,069 | 4,990 | 68.05% | |||
Salleh Mahali (BEBAS) | 257 | 3.28% | ||||||||||
2016 | N56 Dalat | Fatimah Abdullah (PBB) | 7,107 | 90.14% | Sim Eng Hua (PKR) | 777 | 9.86% | 8,080 | 6,330 | 70.63% | ||
2021 | Fatimah Abdullah (PBB) | 7,085 | 93.90% | Salleh Mahali (PBK) | 460 | 6.10% | 7,657 | 6,625 | 61.24% |
Penghargaan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.