Adenan Satem
Ketua Menteri kelima Sarawak, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Allahyarham Tan Sri Pehin Sri Dr. Haji Adenan bin Haji Satem (Jawi: حاج عدنان بن حاج صتيم; 27 Januari 1944 – 11 Januari 2017) ialah seorang bekas ahli politik Malaysia. Pada 28 Februari 2014, beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang ke-5 setelah Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada akhir Februari 2014.[1][2]. Beliau telah menghembus nafas terakhir pada 11 Januari 2017 di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak.
Remove ads
Kehidupan awal
Adenan dilahirkan di Kuching, Sarawak semasa pendudukan Jepun di Perang Dunia II. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Joseph, dan kemudian di Sekolah Menengah St Joseph.[3] Beliau pernah bekerja sebagai seorang wartawan dan guru sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Adelaide, Australia.[4][5] Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1970, beliau telah dilantik sebagai Majistret dari tahun 1971 hingga 1972. Beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha bagi Kementerian Perusahaan Utama dari 1972 hingga 1974.[6]
Remove ads
Kerjaya politik
Pemilihan pucuk pimpinan
Dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu tahun 2002, beliau bersama-sama Datuk Sri Abang Abdul Rahman Zohari bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Parti. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas di tangan Abang Zohari, seterusnya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Parti oleh Majlis Tertinggi, sesuatu yang janggal di dalam parti semenjak 30 tahun penubuhannya. Penonjolan kepimpinan beliau amat ketara di dalam parti sehingga ada desas desus yang mengatakan bahawa beliau bakal menggantikan Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. Selepas Pilihan raya Parlimen diadakan pada tahun 2004 yang lepas, dengan menggantikan Cikgu Sukinam Domo di Parlimen Batang Sadong, beliau dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, suatu jawatan yang tidak asing bagi menteri yang berasal dari Sarawak.
Perubahan pucuk pimpinan
Namun begitu pada Februari 2006, rombakan kabinet Persekutuan telah diadakan dan beliau tidak disenaraikan di dalam kabinet tersebut. Alasan Perdana Menteri ialah Dato' Sri Adenan sendiri meminta supaya beliau tidak dinamakan sebagai menteri, kemudiannya diakui oleh Adenan sendiri.
Lain alasan ialah untuk memberi konsentrasi di dalam pilihan raya negeri yang bakal dilangsungkan pada Mei 2006. Episod Adenan dan kepimpinan serta politik negeri Sarawak amat sunyi sehinggalah selepas pilihan raya ke-9 2006 beliau tidak dilantik semula di dalam kabinet negeri. Untuk rekod di dalam pilihan raya ke-9 2006 tersebut beliau ditukarkan ke kerusi Tanjung Datu, dan kerusi lama beliau bertukar tangan kepada calon baru iaitu Datuk Sri Muhammad Ali bin Mahmud iaitu adik kandung Ketua Menteri sendiri. Dalam rekod pilihan raya yang lepas kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Kawasan Muara Tuang merupakan kubu kuat Parti Barisan Nasional dan mempunyai majoriti yang tertinggi bagi negeri Sarawak. Adenan sekali lagi di kawasan barunya mendapat majoriti undi yang juga tinggi dengan mengalahkan dua pencabarnya dari BEBAS dan calon Keadilan Rakyat dengan majoriti 4136.
Melepaskan jawatan Naib Presiden
Pada bulan Februari 2007, beliau telah melepaskan jawatan Naib Presiden PBB. Akan tetapi beliau dilantik semula menjadi Ketua Penerangan PBB berkuatkuasa 4 Mac 2007 sekaligus menamatkan desas-desus yang beliau akan mengundurkan diri daripada arena politik.
Keputusan pilihanraya negeri 2006
Dalam Pilihan raya DUN Sarawak 2006, Adenan Satem mewakili BN mendapat 4,545 undi dan menang dengan majoriti 4,136 undi. Calon lawan ialah Sobey bin Daud (Keadilan memperoleh undi sebanyak 409 (hilang deposit) dan Larry Dominic Linang (Bebas) memperoleh undi sebanyak 357 (hilang deposit).
Keputusan pilihanraya negeri 2011
Dalam pilihan raya 2011, beliau bertanding mewakili BN dan mendapat 4218 undi dengan majoriti 3216. Lawan beliau ialah calon bebas Gilbert Asson anak Kulong yang mendapat 215 undi, serta Nani bt Sahari dari PAS dengan 1002 undi.
Remove ads
Pelantikan sebagai Ketua Menteri
Pada bulan Mac 2014, Adenan menggantikan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri atau Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Beliau secara rasmi mengangkat sumpah jawatan pada majlis yang diadakan di Astana pada 28 Februari 2014,[7][8] Kemudian tahun itu, sempena Hari Keputeraan Gabenor ke-78 di Sarawak, beliau telah dianugerahkan gelaran "Datuk Patinggi".[9] Sebelum pilihan raya negeri Sarawak 2016, beliau telah dipuji kerana inspirasi sokongan di kalangan pengundi Cina. Beliau memenangi kerusi Tanjung Datu dengan 93.4% undi popular. Partinya memenangi 72 daripada 82 kerusi yang ditawarkan.
Sebagai Ketua Menteri, beliau bertempur dengan kerajaan persekutuan dari semasa ke semasa walaupun parti yang beliau sebahagian daripada gabungan persekutuan yang memerintah. Beliau bercakap secara terbuka mengenai mengukuhkan autonomi Sarawak[10] dan dipanggil untuk bahagian negeri yang lebih tinggi terhadap royalti petroleum, banyak kepada kebingungan Putrajaya dan syarikat minyak negara Petronas.[11] Antara isu-isu lain beliau tidak bersetuju dengan kerajaan persekutuan termasuk pengiktirafan rasmi untuk sijil pendidikan Cina.[12]
Meninggal dunia
Allahyarham mengadu keletihan melampau dan kesukaran untuk bernafas sebelum dimasukkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.24 petang, 11 Januari 2017 di Pusat Jantung HUS akibat komplikasi jantung.Allahyarham meninggal dunia 16 hari sebelum hari lahirnya kali ke-73 tahun. Allahyarham meninggalkan balu, Puan Sri Jamilah Anu dan 5 orang anak.[13]
Remove ads
Kelayakan
Kelayakan beliau yang lain ialah:
- Pengerusi Yayasan Sarawak (sejak 1998)
- Pengerusi Swinburne University of Technology Council Kampus Sarawak (sejak 2004)
- Pengerusi Yayasan Budaya Melayu Sarawak (Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak)
- Lembaga Pengarah untuk Yayasan Pengajian Tinggi Sarawak (Shef)
- Ahli Lembaga Pengarah Curtin University of Technology Sarawak Kampus Miri
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
