kelas tertinggi perlombaan formula From Wikipedia, the free encyclopedia
Formula Satu, juga dikenali sebagai Formula 1 atau F1 (Tulisan Jawi: فورمولا ساتو; bahasa Inggeris: Formula One ) dan dirujuk secara rasmi sebagai Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA (bahasa Inggeris: FIA Formula One World Championship ),[2] adalah kelas tertinggi perlumbaan formula kereta satu tempat duduk dengan tayar terdedah ditakrifkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA). Musim kejuaraan Formula Satu terdiri daripada siri perlumbaan, dikenali sebagai Grand Prix yang diadakan di litar perlumbaan ataupun di jalan raya tertutup bagi menentukan dua Kejuaraan Dunia, satu untuk pemandu dan pengeluar.
Formula Satu | |
---|---|
Formula Satu musim 2022 | |
Kategori | Kereta roda terbuka |
Negara atau benua | Antarabangsa |
Musim pertama | 1950[1] |
Pemandu | 20 |
Pasukan | 10 |
Pembekal enjin | Honda · Ferrari · Mercedes · Renault |
Pembekal tayar | Pirelli |
Kejuaraan pemandu | Max Verstappen (Red Bull Racing Team) |
Kejuaraan pengeluar | Mercedes AMG Petronas |
Laman rasmi | formula1.com |
Formula Satu |
---|
Musim semasa |
Artikel berkaitan |
Sejarah Formula Satu |
Senarai |
Pemandu (Juara • Naib juara) Pengeluar(Juara • Naib juara)
Grand Prix · Litar |
Rekod |
Pemandu (Kemenangan) |
Kereta Formula Satu adalah antara kereta lumba yang terpantas di dunia, dan boleh mencapai kelajuan lebih daripada 360 km/j, dan mampu menarik sehingga 5g di sesetengah selekoh. Prestasi kereta bergantung kepada sistem elektronik, aerodinamik, ampaian dan tayar, manakala sistem kawalan cengkaman dan alat bantuan lain telah diharamkan sejak tahun 2008.
Walaupun Eropah merupakan asas sukan ini, dan menjadi tuan rumah kira-kira separuh perlumbaan setiap tahun, skop Formula Satu telah berkembang dengan ketara sejak kebelakangan ini dan lebih banyak perlumbaan Grand Prix diadakan di benua lain. Formula Satu mempunyai jumlah penonton televisyen global sebanyak 527 juta orang sepanjang Kejuaraan Dunia Formula Satu 2010.[3]
Siri Formula Satu berasaskan lumba kereta Grand Prix Eropah pada tahun 1920-an dan 1930-an. "Formula" tersebut ialah satu set peraturan yang perlu dipatuhi kesemua peserta. F1 merupakan formula baru yang dipersetujui setelah Perang Dunia Kedua pada tahun 1946, iaitu tahun ketika perlumbaan bukan kejohanan dilangsungkan. Sebilangan pertubuhan perlumbaan Grand Prix telah merangka peraturan bagi satu Kejohanan Dunia sebelum perang, namun akibat penggantungan acara lumba ketika perang, Kejohanan Pelumba Dunia tidak dirasmikan sehingga 1947. Perlumbaan kejohanan dunia pertama diadakan di Silverstone, United Kingdom pada tahun 1950. Satu kejohanan bagi pembina kereta menyusul pada 1958. Kejohanan negara wujud di Afrika Selatan dan UK pada 1960-an dan 1970-an. Perlumbaan F1 bukan kejohanan dilangungkan selama beberapa tahun, namun oleh sebab kos penganjuran yang makin tinggi, perlumbaan sedemikian yang terakhir diadakan pada 1983.
Gelaran sukan ini, Formula Satu, menandakan bahawa sukan ini dihendakkan menjadi formula perlumbaan yang paling canggih dan kompetitif.
Kejohanan Dunia F1 pertama dijuarai oleh Giuseppe Farina dari Itali dengan kereta Alfa Romeonya pada tahun 1950, dengan menang tipis atas rakan sepasukannya dari Argentina Juan Manuel Fangio. Namun begitu, Fangio merangkul gelaran juara pada musim-musim 1951, 1954, 1955, 1956 dan 1957, manakala Alberto Ascari dari pasukan Ferrari memenangi kejohanan pada thaun 1952 dan 1953. Meskipun Stirling Moss dari UK mampu bertanding dengan kerap, beliau tidak pernah mampu menjuarai Kejohanan Dunia, maka kini banyak dianggap sebagai pemandu terhebat yang tidak pernah merangkul gelaran itu. Sementara itu, Fangio dikenang kerana mendominasi dekad pertama F1 maka sekian lama dipandang sebagai "grand master" F1.
Zaman ini didominasi oleh pasukan-pasukan yang dikendali oleh pembuat kereta jalanan - Alfa Romeo, Ferrari, Mercedes Benz dan Maserati - keempat-empatnya pernah bertanding sebelum tercetusnya perang. Musim-musim terawal menyaksikan penggunaan kereta yang dibangunkan sebelum zaman perang seperti Alfa Romeo 158. Kereta-kereta ini berenjin di bahagian hadapan, dengan tayar berjejak nipis dan enjin meruap 1.5 liter atau enjin beraspirasi biasa 4.5 liter. Kejohanan dunia 1952 dan 1953 diadili meenurut peraturan Formula Dua, lalu menyaksikan kereta yang lebih kecil dan kurang kuasanya, atas sebab kebimbangan mengenai bilangan kereta Formula Satu yang ada. Apabila Formula Satu yang baru, demgan enjin-enjin yang terhad kepada 2.5 liter, dipulihkan dalam kejohanan dunia pada tahun 1954, Mercedes-Benz memperkenalkan W196 yang canggih, yang bercirikan inovasi seperti injap desmodromik dan suntikan bahan api serta juga pembuatan badan yang diperkemas dan terlitup. Mercedes memenangi kejohanan pemandu selama dua tahun, sebelum menarik diri daripada semua sukan bermotor akibat Bencana Le Mans 1955.
Perkembangan teknologi utama yang pertama, pengenalan semula kereta berenjin tengah oleh Cooper's (mengikuti jejak pempeloporan Auto Union oleh Ferdinand Porsche pada 1930-an), yang berevolusi daripada rekaan Formula Tiga yang berjaya daripada syarikat tersebut, berlaku pada 1950-an. Jack Brabham dari Australia yang menjadi Juara Dunia pada musim-musim 1959, 1960 dan 1966, membuktikan kecanggihan rekabentuk baru tersebut. Menjelang musim 1961, kesemua pasukan yang bertanding beralih kepada kereta berenjin tengah.
Juara Dunia yang pertama dari United Kingdom World Champion ialah Mike Hawthorn, yang memandu kereta Ferrari untuk merangkul gelaran tersebut pada musim 1958. Bagaimanapun, apabila Colin Chapman menyertai F1 sebagai pereka rangka kereta dan kemudiannya pengasas Team Lotus, warna hijau kereta lumba British mula mendominasi pertandingan F1 bagi sedekad yang seterusnya. Antara Jim Clark, Jackie Stewart, John Surtees, Jack Brabham, Graham Hill, dan Denny Hulme, pasukan British dan pemandu dari negara Komanwel memenangi 12 kejohanan dunia antara 1962 dan 1973.
Pada musim 1962, Lotus memperkenalkan sejenis kereta dengan rangka monokok helaian aluminium sebagai ganti kepada rekaan bingkai ruangan yang biasa. Ini terbukti sebagai kejayaan teknologi paling cemerlang sejak pengenalan kereta berenjin tengah. Pada musim 1968, Lotus mengecat keretanya dengan warna seragam Imperial Tobacco, lalu mempelopori penajaan kepada sukan ini.
Daya turun (downforce) aerodinamik lambat-launnya makin dipandang berat dalam rekabentuk kereta sejak munculnya aerofoil pada akhir 1960-an. pada akhir 1970-an Lotus memperkenalkan aerodinamik "kesan bumi" (ground effect) yang memeberi daya turun yang amat kuat dan banyak meningkatkan kelajuan membelok (meskipun konsep ini pernah digunakan oleh Chaparral 2J panduan Jim Hall pada 1970-an). Oleh sebab daya aerodinamik aamt kuat sekali menekan kereta pada permukaan landasan, ada sesetengah kereta yang menanggalkan spring dalam suspensinya dan menggantikannya dengan ketulan aluminium pejal untuk meminimumkan perubahan dalam ketinggian pemandu akibat perubahan drastik dalam daya turun dari kelajuan rendah ke kelajuan tinggi, inipun bergantung segalanya kepada tayar bagi mana-mana amaun kecil perlindungan dalam kereta dan pemandu dari apa-apa kelaurbiasaan dalam permukaan jalan.[perlu rujukan]
Pengasasan Fédération Internationale du Sport Automobile (FISA) pada tahun 1979 mencetuskan perang FISA-FOCA, apabila FISA dan presidennya Jean-Marie Balestre kerap berselisih dengan Persatuan Pembina Kereta Formula Satu mengenai keuntungan siaran televisyen dan peraturan teknikal.
Tahun 1981 menyaksikan penandatanganan Persetujuan Concorde yang pertama, satu kontrak yang mewajibkan semua pasukan untuk bertanding sehingga tarikh luput kontrak itu dan dijaminkan sebahagian daripada untung penjualan hak-hak penyiaran televisyen, maka terlerailah Perang FISA-FOCA lalu membawa kepada kawalan kewangan menyeluruh terhadap sukan ini oleh Bernie Ecclestone, itupun setelah banyak melalui rundingan.
FIA mengharamkan aplikasi areodinamik kesan bumi mulai musim 1983. Meskipun begitu, pada masa itu enjin berkuasa turbo yang dipelopori Renault pada musim 1977, menghasilkan lebih 700 bhp (520 kW) dan dijadikan penting untuk daya saing. Pada tahun-tahun kemudian, terutamanya musim 1986, kereta turbo Formula One turbo menghasilkan lebih 1,100 bhp (820 kW) pada hari perlumbaan (dan sebanyak 1,400 bhp / 1050 kW pada pusingan kelayakan). Kereta-kereta ini menjadi kereta lumba litar beroda terbuka (open-wheeled) paling berkuasa yang pernah wujud. Bagi mengurangkan hasil keluaran kuasa enjin dan kelajuannya, FIA mengehadkan muatan tangki minyak pada musim 1984 dan tekanan perangsang pada musim 1988 sebelum melarang penggunaan enjin berkuasa turbo sama sekali pada musim 1989.
Pada awal 1990-an, pasukan-pasukan mula memperkenalkan bantuan pemandu elektronik seperti ssupensi aktif (active suspension), kotak gear semi-automatik dan kawalan penarikan (traction control). Ada juga ciri-ciri yang dipinjam dari kereta jalanan terkini.[perlu rujukan] Sesetengah ciri-ciri baru itu, seperti suspensi aktif, dibangunkan terutama untuk kereta lumba dan kemudiannya dipasang kepada kereta jalanan. Akibat rungutan sesetengah pihak bahawa teknologi makin banyak menentukan keputusan perlumbaan berbanding kemahiran pemandu, FIA melarang kebanyakan bantuan baru tersebut bagi musim 1994. Namun begitu, kebanyakan pemerhati sukan ini merasa bahawa larangan terhadap bantuan pemandu setakat larangan atas nama semata-mata kerana FIA tidak mempunyai teknologi atau kaedah menghapuskan ciri-ciri ini dari pertandingan.
Pasukan-pasukan menandatangani Persetujuan Concorde yang kedua pada tahun 1992 dan yang ketiga pada 1997, yang dijangka luput pada hari terakhir tahun 2007.
Di atas landasan perlumbaan, pasukan McLaren dan Williams mendominasi musim-musim 1980-an dan 1990-an. McLaren yang pernah dibantu oleh Porsche, Honda, dan Mercedes-Benz, memenangi 16 kejuaraan (tujuh untuk pembina, sembilan untuk pemandu) selama tempoh itu, manakala Williams memakai enjin sumbangan Ford, Honda, dan Renault untuk juga mencapai 16 gelaran (sembilan untuk pembina, tujuh untuk pemandu). Persaingan antara lagenda perlumbaan Ayrton Senna dan Alain Prost benjdai tumpuan utama F1 pada musim 1988, dan berterusan sehinggalah Prost bersara pada akhir musim 1993. Malangnya, Senna yang mengambil alih penerajuan Prost pada musim 1994 itu kehilangan nyawa di San Marino setelah melanggar tembok pada sudut keluar pada lengkok Tamburello yang bahaya itu. Turut terkorban di tempat dan masa yang sama ialah Roland Ratzenberger yang turut terkorban dalam kemalangan ketika pusingan kelayakan hari sabtu. Sejak insiden itu, FIA bekerja keras untuk meningkatkan piawaian keselamatan sukan ini. Maka, sejak itu tiada seorang pun pemandu yang terkorban di atas landasan dalam kereta F1, meskipun dua orang marsyal landasan pernah diragut, seorang pada Grand Prix Itali 2000, dan seorang lagi pada Grand Prix Australia 2001.
Sejak kematian Senna dan Ratzenberger, FIA telah mengetengahkan keselamatan sebagai sebab mengenakan perubahan dalam peraturan yang sebaliknya, di bawah Persetujuan Concorde, perlu dipersetujui oleh kesemua pasukan - terutamanya perubahan yang diperkenalkan bagi musim 1998. Masa yang bergelar zaman 'trek sempit' ini menyaksikan kereta mempunyai tayar belaakng yang lebih kecil, trek perlumbaan yang lebih sempit keseluruhannya dan pengenalan tayar 'beralur' bagi emngurangkan cengkaman mekanikal. Terdapat empat alur, pada bahagian hadapan dan belakang, yang berfungsi melalui seluruh lilitan tayar. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kelajuan membelok dan untuk menghasilkan keadaan perlumbaan yang serupa kerpada keadaan hujan dengan menguatkuasakan a smaller tampalan sentuhan (contact patch) di antara tayar dan trek, bagi memupuk kemahiran pemandu dan meningkatkan mutu persembahannya.
Kesannya banyak bercampur-campur setelah ketiadaan cengkaman mekanikal menyebabkan pereka-pereka yang lebih bijak menutup kepincangan ini dengan cengkaman aerodinamik - menolakkan lebih daya pada tayar melalui sayap, alatan aerodinamik dan sebagainya - yang turut menyebabkan kurangnya pemotongan dalam perlumbaan kerana alatan-alatan ini sering menyebabkan ekor kereta menjadi 'kotor' lalu menghalang kereta lain daripada merapatinya, akibat pergantungannya kepada udara 'bersih' untuk memastikan kereta masih di atas trek. Tayar beralur ini juga ada kesan sampingan negatif iaitu mula-mulanya dibentuk daripada bahan kompaun yang lebih keras bagi memegang blok-blok pijakan alur, mengakibatkan kemalangan teruk jika berlakunya kegagalan cengkaman aerodinamik, seperti kegagaan sayap belakang, kerana bahan kompaun yang keras itu tidak boleh mencengkam trek dengan sebaiknya.
Pasukan-pasukan yang lebih inovatif telah mencari ikhtiar untuk memaksimumkan perubahan mendadak ini. McLaren, dengan kereta rekaan Adrian Newey, menggunakan brek 'fiddle' pada kereta 1998-nya membolehkan pemandu menekan brek pada salah satu daripada dua roda belakang keretanya untuk memberi mereka pembelokan yang lebih keams. Ini pun telah diharamkan sebagai bantuan pemandu.
Pemandu-pemandu McLaren, Williams, Renault (dahulunya Benetton) dan Ferrari, bergelar "the Big Four", telah menjuarai setiap Kejohanan Dunia dari musim 1984 hingga ke hari ini. Akibat kemajuan teknologi pada 1990-an, kos bertanding dalam Formula Satu turut meningkat secara mendadak. Ini telah menambahkan beban kewangan, dan beserta dengan dominasi dominasi keempat-empat pasukan tersebut (yang banyak dibiayai oleh pembuat kereta ternama seperti Mercedes-Benz), menyebabkan pasukan persendirian yang tidak sekaya untuk bergelut bukan sahaja untuk memastikan daya saing, malah juga untuk terus beroperasi. Masalah kewangan banyak memaksa beberapa pasukan untuk menarik diri. Sejak musim 1990, 28 pasukan telah menarik diri daripada Formula Satu. Ini menyebabkan bekas pemilik Jordan, Eddie Jordan untuk menyatakan bahawa zaman persaingan adil sudah tamat.[4]
Tanpa disangka-sangka, Michael Schumacher dan Ferrari bersama-sama memenangi lima kejuaraan pemandu dan enam kejuaraan pengeluar berturut-turut antara 1999 hingga 2004. Schumacher telah mencatat banyak rekod baru, termasuk jumlah kemenangan Grand Prix terbanyak (91), kemenangan terbanyak dalam semusim (13 daripada 18), dan kejuaraan pemandu terbanyak (7).[5] Tuah Schumacher berakhir pada 25 September 2005 apabila pemandu Renault Fernando Alonso menjadi juara Formula Satu termuda. Pada tahun 2005 dan 2006, Renault dan Alonso merangkul kejuaraan pemandu dan pengeluar selama dua tahun berturut-turut. Schumacher bersara pada akhir musim 2006, setelah 16 tahun berkecimpung dalam Formula Satu.
Sepanjang tempoh ini peraturan kejohanan seringkali diubah oleh FIA yang bertujuan meningkatkan aksi atas litar dan menurunkan kos.[6] Arahan pasukan yang dibenarkan sejak kejohanan bermula pada tahun 1950, diharamkan pada tahun 2002 setelah berlakunya beberapa kejadian di mana pasukan-pasukan memanipulasi keputusan perlumbaan secara terbuka, lalu menarik publisiti negatif, terutamanya yang dilakukan oleh Ferrari sewaktu Grand Prix Austria 2002. Perubahan-perubahan lain termasuk format kelayakan, sistem pungutan mata, peraturan teknikal yang menentukan berapa lama enjin dan tayar perlu bertahan. Satu 'perang tayar' yang meletus antara pembekal Michelin dan Bridgestone menyaksikan masa pusingan jatuh, meskipun semasa Grand Prix Amerika Syarikat 2005 di Indianapolis tujuh daripada sepuluh pasukan tidak berlumba setelah tayar Michelin yang digunakan didapati tidak selamat digunakan. Pada akhir musim 2006 Max Moseley menggariskan masa depan yang lebih ‘mesra alam’ bagi Formula Satu, yang mana penggunaan tenaga yang cekap akan menjadi faktor penting.[7] Dan perang tayar telah berakhir, apabila Bridgestone menjadi pembekal tayar tunggal untuk Formula Satu untuk musim 2007.
Sejak tahun 1983, Formula Satu telah didominasi oleh pasukan pakar perlumbaan seperti Williams, McLaren dan Benetton yang menggunakan enjin yang dibekal oleh pengeluar kereta besar seperti Honda, Renault dan Ford. Bermula pada 2000 dengan penciptaan Ford pasukan Jaguar yang sebahagian besar gagal, pasukan-pasukan baru dimiliki pengeluar menyertai Formula Satu buat kali pertama sejak pemergian Alfa Romeo dan Renault pada hujung 1985. Pada tahun 2006, pasukan pengeluar – Renault, BMW, Toyota, Honda dan Ferrari – mendominasi kejuaraan dengan merangkul lima daripada enam tempat teratas dalam kejuaraan pengeluar kereta. Pengecualian tunggal itu adalah McLaren yang sebahagiannya dimiliki oleh Mercedes Benz. Melalui Grand Prix Manufacturers Association (GPMA) mereka berunding keuntungan komersil Formula Satu yang lebih besar dan hak untuk memberi pandangan mengenai hal pengendalian sukan ini.
Bilangan Grand Prix yang diadakan dalam satu musim banyak berubah dari tahun ke tahun. Hanya tujuh perlumbaan membentuk musim julung pada 1950; selama bertahun-tahun saiz kalendar penganjurannya berganda tiga kali. Walaupun bilangan perlumbaan kekal pada enam belas atau tujuh belas sejak 1980-an, mencecah 19 perlumbaan pada 2005.
Enam daripada tujuh perlumbaan original diadakan di Eropah; cuma satu perlumbaan bukan-Eropah yang d Kejuaraan Dunia dalam 1950 iaitu Indianapolis 500, dimana disebabkan oleh kurang penyertaan dari pasukan F1, since it required cars with spesifikasi berlainan daripada perlumbaan lain, adalah diganti dengan Grand Prix Amerika Syarikat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.