Erneelya Elyana Emrizal (lahir 5 Julai 1987)[a] merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun. Sepanjang kerjaya muzik beliau, Elyana telah menerbitkan 4 album studio, 2 album kompilasi dan telah merakamkan lebih 40 buah lagu. Di awal kemunculannya, Elyana membawakan lagu-lagu berentak pop, balada dan R&B dan seterusnya beralih kepada pop rock.[3]
Elyana | |
---|---|
Kelahiran | Erneelya Elyana binti Emrizal 5 Julai 1987 |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2000–kini |
Pasangan | Khairul Anuar Husin (k. 2010) |
Anak-anak | 2 (termasuk 1 anak tiri) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Fantasia Music City (2001–2011) Aquarius Musikindo (Indonesia) |
Pengkarya berkait | Antz |
Laman sesawang | www.elyanamusic.net |
Kerjaya
Muzik
Elyana mula diperkenalkan oleh komposer Patrick Khamis menerusi lagu balada yang pertama iaitu single berjudul "Niat" yang dimuatkan dalam album komposer tersebut.[4][5][6] Lagu "Niat" yang diputar pada tahun 2001 menjadi antara lagu paling hits sekaligus memperkenalkan Elyana dan mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai majlis anugerah muzik.[7]
Elyana muncul dengan album pertama ketika berusia 15 tahun menerusi album berjudul Satu pada April 2002,[8] kemudian disusuli dengan album kedua (yang kurang mendapat publisiti) iaitu album Segalanya pada 2003. Menerusi album ini, Elyana bereksperimentasi dengan muzik pop rock sentuhan Tam Spider menerusi lagu berjudul "Cahaya Gelita".
Masih bersekolah di tingkatan 4 ketika muncul dengan 2 album ini, Elyana telah menamatkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2004.
Album solo ketiganya, Bicara Mata Ini yang muncul pada 2005 ketika beliau berusia 18 tahun melonjakkan kembali nama beliau. Album ini menampilkan banyak lagu hits, antaranya ialah "Tak Tercapai Akalmu". Elyana dan penerbitnya, Aidit Alfian mempertaruhkan genre muzik yang berlainan daripada penyanyi sedia ada. Menerusi lagu "Tak Tercapai Akalmu", mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-21 pada Januari 2007.
Rentetan kejayaan itu, Elyana dan Aidit Alfian kini mempertaruhkan album terbaru berjudul Jadi Diriku yang muncul pada November 2007. Album ini mendapat ulasan yang baik dari penggiat seni muzik dan juga media di Malaysia.[9] Album ini menampilkan lagu-lagu hit pop dan pop rock seperti "Kau atau Aku (Main Tarik Tali)" dan "Kalis Rindu", album Jadi Diriku menjadi antara album terbaik untuk tahun 2007.[perlu rujukan]
Pada tahun 2011, Elyana menerbitkan album kompilasi, Terbaik Elyana dan melancarkan single terbarunya, "Sewaktu Dulu-dulu" ciptaan Aidit Alfian.
Pada tahun 2017, beliau muncul dengan "Ikhlas Dalam Resah" yang menjadi rakaman rasmi pertamanya dalam tempoh enam tahun.[10] Beliau kemudian terpilih sebagai salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza musim keempat.
Lakonan
Elyana juga menceburi dunia lakonan secara serius. Pada mulanya, Elyana muncul dalam sebuah drama yang tidak ditayangkan iaitu Sepai Tajul Muluk pada 2003, kemudian Elyana hanya secara suka-suka muncul dalam drama seram arahan Ellie Suriati pada tahun 2004 berjudul Seriau. Namun selepas aksi lakonannya yang dikatakan baik, beliau mendapat tawaran untuk muncul dalam beberapa produksi lain.
Filem pertama Elyana ialah filem bengenre seram dan pengembaraan remaja - Gong (2006) yang menjalani pengambaran di Jogjakarta, Indonesia. Filem arahan Sandosh Kesavan ini menerima 3 pencalonan di Festival Filem Malaysia yang ke-19 malah turut berlakon dalam filem ini ialah pelakon Fasha Sandha dan aktor terkenal Indonesia, Teuku Zacky.
Seterusnya Elyana disunting untuk membintangi filem seram blokbuster berjudul Dukun.[11] Filem arahan Dain Iskandar Said ini menjalani penggambaran pada 2006 dan dilakonkan oleh pelakon tersohor Malaysia, Umie Aida disamping barisan pelakon kelas A seperti Faizal Hussein, Nam Ron, Adlin Aman Ramli, Ramli Hassan dan Hasnul Rahmat. Elyana memegang watak sebagai banduan juvana dalam filem ini, lakonan Elyana dalam filem ini mendapat pujian dari penggiat seni. Walau bagaimanapun, lakonan mantap beliau dalam filem ini tidak dapat ditonton peminat kerana filem ini telah diharamkan tayangan kerana dikatakan dibuat berdasarkan kisah benar pembunuhan oleh dukun terkenal, Mona Fandey.
Selari dengan 3 produksi drama/filem seram lakonannya, muzik dan imej Elyana juga tampil ghotik seperti yang ditampilkannya menerusi album kedua dan ketiganya.
Karier lakonan Elyana tidak berakhir disitu. Pada tahun 2006, Elyana berjaya mendapat watak utama dalam drama siri TV komedi remaja berjudul Dunia Baru terbitan Grand Brilliance. Siri TV ini mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi rancangan TV yang tinggi rating nya dengan 2.3 juta penonton. Dalam drama siri TV Dunia Baru, Elyana memegang watak utama sebagai Sofea Nordin atau Opie, seorang gadis biasa yang kasar dan sentiasa merasakan dirinya tidak sempurna malah tidak berkeyakinan tinggi bagi kehidupannya. Kisah pelajar jurusan kejuruteraan ini juga telah dibintangi beberapa pelakon remaja seperti Pierre Andre, Iqram Dinzly, Ryzal Jaafar, Wan Ellyas, Almy Nadia, Anne Ngasri, Baizura Kahar, Anita Baharom dan Que Haidar, serta ramai pelakon yang lain. Lagu Pakai Kanta Cinta ciptaan AG Coco daripada kumpulan Hujan dijadikan lagu tema drama ini.
Lanjutan dari kejayaan musim pertama siri TV ini, Dunia Baru dilanjutkan kemusim kedua pada akhir 2006 dan musim ketiga pada akhir 2007. Siri TV ini masih kekal antara program paling tinggi rating di TV. Elyana juga sudah serasi dengan watak Opie dalam drama ini.
Tidak hanya di TV, pada Februari 2008 ini, Elyana buat pertama kali akan memegang watak utama dalam filem Dunia Baru The Movie. Filem arahan pengarah M. Hitler Zami ini mengekalkan pelakon siri TV Dunia Baru dengan kemunculan beberapa pelakon komedi seperti Opie Zami, Kenchana Dewi, Ilya Buang dan Ropie Cecupak.
Selepas tamat siri Dunia Baru musim ketiga pada Januari 2008, Elyana muncul dengan siri TV terbaru berjudul Renjis. Drama siri ini juga mendapat sambutan menggalakkan hingga mencecah 2.1 juta penonton di Astro Ria. Pada musim pertama, Elyana memegang watak sebagai Kirana, perunding perkahwinan yang menghadapi dilema dalam memilih bakal suami. Musim pertama menyaksikan Elyana bergandingan bersama aktor Ashraf Sinclair, manakala musim kedua bersama aktor Kamal Adli. Pelakon lain yang turut membintangi siri tersebut ialah Ashraf Muslim, Liza Abdullah, Syed Ali dan Sherry Ibrahim.
Pada November 2009, Elyana muncul dengan siri TV terbaru beliau berjudul Kamelia Katrina sementara filem terbarunya berjudul Hooperz bergandingan bersama aktres komedi popular Amy Mastura dan aktor kacak Remy Ishak dijadualkan bakal muncul pada awal 2010.
Kehidupan peribadi
Elyana dilahirkan dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak kedua daripada empat bersaudara, 3 perempuan dan 1 lelaki kepada pasangan Emrizal Shamsuddin dan Shamsidar Alias.[12]
Beliau telah berkahwin pada 19 November 2010 dengan Khairul Anuar Husin, dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah.[13][14]
Elyana menjalani rawatan untuk kanser limfoma Peringkat 4.[15] Selepas tersingkir dalam Gegar Vaganza 4, Elyana telah mengumumkan yang beliau telah menghidap barah limfoma tahap empat selama 7 tahun.[16]
Beliau menyifatkan dirinya seorang yang buta IT.[10]
Pada Oktober 2018, Elyana telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang menghidap sindrom Down.[17][18]
Pada 8 Disember 2021, Elyana mengumumkan telah bebas daripada kanser limfoma.[19]
Diskografi
Album studio
- Satu (2002)
- Segalanya (2003)
- Bicara Mata Ini (2005)
- Jadi Diriku (2007)
Album kompilasi
- Terbaik... Elyana (2012)
Single
Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Hot.fm | Muzik-muzik | |||
2001 | "Niat" | 2 | 1 | — | 4 | Pilihan Bestari Patrick Kamis |
"Keindahan Aidilfitri" duet bersama kumpulan Siti Nordiana, Syura Badron, Achik Spin, Renggo Arrow & Amy Grand |
— | — | — | — | Minal Aidilwafaizin | |
2002 | "Rela" | 4 | 3 | — | — | Satu |
"Ironi" | 1 | 1 | — | 5 | ||
"Suka" | — | — | — | — | ||
"Hasrat" | — | 12 | — | — | ||
"Cinta Remaja" duet bersama kumpulan Antz |
8 | 7 | — | — | Pintas | |
2003 | "Sandiwara" | 18 | 9 | — | — | Segalanya |
"Cahaya Gelita" | 4 | 5 | — | 6 | ||
"Pulang Menjadi Milikku" | — | — | — | — | ||
2004 | "Ku Punya Waktu" | — | — | — | — | |
2005 | "Tak Tercapai Akalmu" | 1 | 1 | — | 1 | Bicara Mata Ini |
"Diriku Tapak Sulaiman" | 2 | 1 | — | 2 | ||
2006 | "Di Atas Medan Kasih" | — | — | — | 8 | |
"Missed Call" | — | 7 | — | — | ||
"Pakai Kanta Cinta" | 12 | 4 | — | — | ||
2007 | "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)" | 1 | 1 | 2 | 1 | Jadi Diriku |
"Kalis Rindu" | 1 | 1 | 1 | 1 | ||
2008 | "Bukannya Satelit" | 5 | 6 | 10 | — | |
"Syukur Ku Sedar" | — | 14 | — | — | ||
"Molek" | 7 | 11 | 4 | — | ||
2011 | "Sewaktu Dulu-dulu" | 6 | 4 | 17 | — | Terbaik Elyana |
2017 | "Ikhlas Dalam Resah" | — | — | — | — | — |
2018 | "Merana Jiwa" | — | — | — | — | OST Dukun |
2019 | "Raya Balik" | — | — | — | — | — |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Gong | Ika | Filem pertama |
2008 | Dunia Baru The Movie | Sofia Nordin / Opie | |
2010 | Hooperz | ||
2018 | Dukun | Nadia Karim | |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Sepai Tajul Muluk | Tidak ditayangkan | ||
2007 | Susuk | TV3 | Pelakon undangan | |
2006–2008 | Dunia Baru | Sofia Nordin / Opie | ||
2008 | Sabrina | |||
Renjis | Kirana | Astro Ria | ||
2008–2009 | Renjis 2 | |||
2009 | Kamelia Katrina | Katrina | ||
2010 | Dunia Baru Reunion | Opie | Gua.com.my | |
2012 | Masyitah | Masyitah | TV2 | |
2013 | Tanah Kubur (Musim 7) | Aisyah | Astro Oasis | Episod: "Wajah Rahsia Hati" |
2015 | Keluarga Karaoke | Baizura | Astro Bella | |
2015-2016 | Memori Cinta Suraya | Dirinya sendiri | Astro Prima & Astro Maya HD | Penampilan khas |
2019 | Misi Dania Cun | Dania | TV1 | |
2022 | Misi Dania Cun 2 | |||
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2004 | Seriau | Tasya | VCD |
2019 | Aneh | Nadia | Astro Citra |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Kelas Sebelah | TV1 | Pelakon undangan | |
2013 | Romantika Ramadan | Dirinya sendiri | Astro Ria | bersama suaminya |
2017 | Gegar Vaganza (musim 4) | Peserta | ||
Konsert dan jelajah
- Anugerah Personaliti Hiburan (Media Hiburan) 2002 menyampaikan lagu Warna bersama Sarah dan Misha Omar
- Konsert Jamm@McD 2003 menyanyikan lagu Ku Bahagia (Melly Goeslaw)
- Anugerah Era 03 bergandingan bersama Ezlynn, Azharina dan Naufara dalam medley 70an
- Anugerah Industri Muzik ke-13 (2006) menyampaikan lagu Tak Tercapai Akalmu
- Anugerah Era 06 menyampaikan lagu Diriku Tapak Sulaiman
- Anugerah Juara Lagu ke-21 (2007) mempertandingkan lagu Tak Tercapai Akalmu
- Konsert Hot FM Big Jamm 2008 menyampaikan lagu Kalis Rindu dan Kau Atau Aku bersama kumpulan COCO
- Konsert Zoom In RTM bersama Elyana (Mac 2008) di Angkasapuri.Elyana diiringi band COCO berkolaborasi bersama band-band indie seperti Hujan,Meet Uncle Hussein,dan penyanyi remaja Iqwal.
- Anugerah Planet Muzik 2008 menyampaikan lagu Kalis Rindu
- Anugerah Industri Muzik ke-15 (2008) sebagai penyampai anugerah bersama Dina dan Lah Ahmad
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2002 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 | Artis Baru Wanita Popular | Elyana | Menang |
Anugerah Media Hiburan | Anugerah Bakat Baru Penyanyi | Elyana | Menang | |
Voice of Asia Kazakhstan | Artis Baru Wanita Popular | Elyana | Menang | |
Peserta Paling Popular | Elyana | Menang | ||
Anugerah Era 2002 | Artis Harapan | Elyana | Tercalon | |
Anugerah Industri Muzik ke-9 | Artis Harapan | Elyana/"Niat" | Tercalon | |
Anugerah Planet Muzik 2002 | Artis Baru Wanita Terbaik | Elyana | Tercalon | |
Anugerah Juara Lagu ke-17 | Balada | "Niat" | Kandas | |
2005 | Anugerah Citrawangsa, Dewan Bahasa Pustaka | Galakan Penulisan Lirik Bahasa Melayu | "Cahaya Gelita" | Menang |
Anugerah Senarai EH! Yang Anggun | Top 20 | Elyana | Menang | |
2006 | Anugerah Industri Muzik ke-13 | Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik | "Tak Tercapai Akalmu"/Bicara Mata Ini | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu ke-21 | Pop Rock | "Tak Tercapai Akalmu" | Tercalon | |
2007 | Anugerah Planet Muzik 2007 | Artis Wanita Terbaik | Elyana | Tercalon |
Artis Wanita Popular | Tercalon | |||
2008 | Anugerah Industri Muzik ke-15 | Persembahan Vokal Wanita Terbaik | Jadi Diriku/ "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)" | Tercalon |
Video Muzik Terbaik | Tercalon | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 | Penyanyi Wanita Popular | Elyana | Tercalon | |
Anugerah Juara Lagu ke-23 | Pop Rock | "Kalis Rindu" | Tercalon | |
Anugerah Skrin 2008 | Pelakon Wanita Terbaik | Dunia Baru The Movie | Tercalon | |
Anugerah Senarai EH! Yang Anggun | Top 20 | Elyana | Menang | |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Sensasi Popular | Elyana | Tercalon |
Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Dukun | Tercalon | |
Catatan
- Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Raja Farah dan Juliana Evans yang juga dilahirkan pada 5 Julai, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Elyana lahir pada 5 Julai 1987, manakala Raja Farah lahir pada 5 Julai 1988 dan Juliana Evans lahir pada 5 Julai 1989.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.