Dwight David Eisenhower (Jawi: دواءيت ديۏيد اءزنهاوار) atau dikenali juga dengan nama panggilan Ike ialah Presiden Amerika Syarikat ke-34 yang berkhidmat dari tahun 1953 hingga 1961.

Fakta Segera Presiden Amerika Syarikat ke-34, Naib Presiden ...
Dwight D. Eisenhower
دواءت دي. اءيزنهاوار
Thumb
Presiden Amerika Syarikat ke-34
Dalam jawatan
20 Januari 1953  20 Januari 1961
Naib PresidenRichard Nixon
Didahului olehHarry S. Truman
Digantikan olehJohn F. Kennedy
Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah Pertama
Dalam jawatan
2 April 1951  30 Mei 1952
PresidenHarry S. Truman
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehMatthew Ridgway
Ketua Turus Tentera Darat ke-16
Dalam jawatan
19 November 1945  6 Februari 1948
PresidenHarry S. Truman
TimbalanJ. Lawton Collins
Didahului olehGeorge Marshall
Digantikan olehOmar Bradley
Gabenor Zon Jerman Jajahan Amerika ke-1
Dalam jawatan
8 Mei 1945  10 November 1945
PresidenHarry S. Truman
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehJoseph T. McNarney
Presiden Universiti Columbia Ke-13
Dalam jawatan
1948–1953
Didahului olehNicholas Murray Butler
Digantikan olehGrayson Kirk
Maklumat peribadi
Lahir
David Dwight Eisenhower

(1890-10-14)14 Oktober 1890
Denison, Texas, A.S.
Mati28 Mac 1969(1969-03-28) (umur 78)
Hospital Besar Walter Reed
Washington, D.C., A.S.
Tempat semadiPusat Presiden Eisenhower
Abilene, Kansas, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganMamie Geneva Doud
AnakDoud Eisenhower
John Eisenhower
Tempat belajarAkademi Tentera A.S.
Bidang pengkhususanPegawai tentera
Anugerah awamArmy Distinguished Service Medal (5)
Navy Distinguished Service Medal
Legion of Merit
Order of the Southern Cross
Order of the Bath
Order of Merit
Legion of Honor
See more
TandatanganThumb
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Amerika Syarikat
Cabang/khidmat Tentera Darat Amerika Syarikat
Tahun khidmat1915–1953
1961–1969[1]
Pangkat Jeneral Angkatan Darat
Perang/PertempuranPerang Dunia II
Tutup

Pada Perang Dunia II, beliau adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersekutu di Eropah dengan pangkat General of the Army (Jeneral Angkatan Darat). Pada 3 Januari 1959, beliau merasmikan penetapan Alaska sebagai negeri yang ke-49 yang merupakan wilayah terluas di Amerika. Eisenhower adalah satu-satunya presiden yang pernah berkhidmat dalam Perang Dunia I mahupun Perang Dunia II.

Perjalanan kerjaya

Thumb
Ike semasa berpangkat jeneral 4 bintang pada Disember 1943
Thumb
Lukisan potret Eisenhower sebagai Jeneral Besar 5 bintang
Thumb
Eisenhower sebagai Jeneral Besar 5 bintang tahun 1945


Dwight D. Eisenhower dilahirkan di Denison, Texas, pada 14 Oktober 1890.

Sebelum menjadi Presiden Amerika ke-34, Dwight Eisenhower telah mempunyai kerjaya yang kukuh bidang ketenteraan. Beliau amat mahir dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota staf, dan ia menjalankan tugas di bawah tiga Jeneral, antara lain Jeneral Douglas MacArthur.

Setelah Jepun menyerang Pearl Harbor di Hawaii, pada Disember 1940, Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat Jeneral George Marshall, mengangkat Dwight Eisenhower menjadi Ketua Bahagian Perancangan Perang, dan kemudian menjadi Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi. Tak lama sesudah itu, beliau naik pangkat menjadi Mejar Jeneral.

Pada November 1942 sebagai Leftenan Jeneral, Dwight Eisenhower memimpin pendaratan tentera bersekutu di Afrika Utara.

Pada 1944, beliau diangkat menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu yang menyerang Perancis. Serangan itu akhirnya menghasilkan penyerahan kalah Jerman pada 8 Mei 1945.

Sebagai presiden

Sesudah perang, Dwight Eisenhower berturut-turut menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat, Presiden Universiti Columbia di New York, dan Panglima Tertinggi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau NATO, di Paris. Pada saat itu, baik Parti Demokrat mahupun Parti Republik memujuknya supaya bersedia menjadi calon Presiden masing-masing. Akhirnya, beliau dipilih menjadi Presiden dengan perbezaan undi yang banyak sekali.

Dengan berunding berdasarkan kekuatan tentera, Presiden Dwight Eisenhower berusaha meredakan ketegangan akibat perang dingin. Beliau antara lain berjaya mengadakan penghentian tembak-menembak sepanjang sempadan Korea Selatan, dan menutup perjanjian perdamaian yang menjadikan Austria sebuah negara neutral.

Presiden Dwight Eisenhower, yang dua kali berturut-turut menjadi Presiden hingga 1960, menyebutkan dirinya seorang sederhana.

  • Beliau berpegang pada sistem pasaran bebas.
  • Menentang pengawasan pemerintah atas harga-harga barang-barang dan kenaikan gaji.
  • Mencegah keterlibatan pemerintah dalam pertentangan antara kaum buruh dan pihak majikan.
  • Mendorong program-program peluru berpandu dan melanjutkan bantuan luar negeri.

Dalam awal masa pentadbirannya, Mahkamah Agung Amerika Syarikat memerintahkan pengasingan kaum sekolah di seluruh Amerika. Untuk menjamin agar sekolah-sekolah di kota Little Rock di negeri Arkansas taat pada keputusan mahkamah persekutuan untuk mengadakan pengasingan kaum, Presiden Dwight Eisenhower mengirim pasukan tentera ke kota tersebut. Beliau juga memerintahkan pengasingan kaum dijalankan sepenuhnya di kalangan angkatan bersenjata Amerika.

Presiden Dwight Eisenhower memusatkan perhatiannya pada usaha memelihara perdamaian dunia;

  • Beliau mengadakan program rakyat ke rakyat yang mengajurkan agar rakyat biasa dari semua negara saling bertemu dan berbicara untuk memupuk saling pengertian dan persahabatan. Dari program ini timbullah program hubungan persaudaraan antara kota-kota Amerika dan kota-kota negara-negara lain. Kini lebih dari 100 bandar Amerika mempunyai hubungan semacam itu dengan bandar-bandar di seluruh dunia. Program ini dinamakan bandar kembar.
  • Presiden Eisenhower dengan gembira menyaksikan perkembangan programnya, "atom untuk perdamaian." Dalam program itu, Amerika menyumbangkan uranium kepada negara-negara membangun demi kesejahteraan manusia. Pada 1964, Indonesia mendapat bantuan sebanyak AS$350,000 sebagai sumbangan untuk pembangunan reaktor atom di Bandung.

Setelah tamat penggal

Sebelum meninggalkan Rumah Putih pada Januari 1961, Presiden Eisenhower menganjurkan agar kekuatan ketenteraan Amerika tetap dipelihara, tetapi juga memperingatkan bahwa pengeluaran anggaran belanja yang sangat besar dan terus menerus untuk keperluan ketenteraan dapat membahayakan cara hidup rakyat Amerika. Dalam kata perpisahannya, beliau berdoa semoga semua bangsa di dunia ini hidup bersama dalam damai, berdasarkan rasa kasih sayang dan saling menghargai antara sesama manusia.

Eisenhower meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac 1969 di Washington, D.C.. Beliau meninggalkan isterinya dan seorang anak lelaki yang sewaktu itu sedang bertugas sebagai Duta Besar Amerika di Belgium.

Tarikh kenaikkan pangkat

Tiada insignia Kadet, Akademi Tentera Amerika Syarikat: 14 Jun 1911
Tiada lencana pangkat pada 1915 Leftenan Kedua, Regular Army: 12 Jun 1915
Leftenan Pertama, Regular Army: 1 Julai 1916
Kapten, Regular Army: May 15, 1917
Mejar, Sementara: 17 Jun 1918
Leftenan Kolonel, Sementara: 20 Oktober 1918
Mejar, Regular Army: 2 Julai 1920
Kapten, Regular Army: 4 November 1922
Mejar, Regular Army: 26 Ogos 1924
Leftenan Kolonel, Regular Army: 1 Julai 1936
Kolonel, Tentera Darat Amerika Syarikat: 6 Mac 1941
Brigedier Jeneral, Army of the United States: 29 September 1941
Thumb Mejar Jeneral, Army of the United States: 27 Mac 1942
Thumb Leftenan Jeneral, Army of the United States: 7 Julai 1942
Thumb Jeneral, Army of the United States: 11 Februari 1943
Brigedier Jeneral, Regular Army: 30 Ogos 1943
Thumb Mejar Jeneral, Regular Army: 30 Ogos 1943
Thumb Jeneral Angkatan Darat, Army of the United States: 20 Disember 1944
Thumb Jeneral Angkatan Darat, Regular Army: 11 April 1946

Nota - Eisenhower melepaskan status aktif duty selepas beliau menjadi Presiden pada 20 Januari 1953. Beliau kembali aktif bertugas selepas melepaskan jawatan lapan tahun kemudian.

Pingat dan darjah kebesaran

Thumb
Bintang Order of Victory Soviet yang dikurniakan kepada Eisenhower.
Pingat tentera A.S.
Army Distinguished Service Medal berserta empat kelompok daun oak
Navy Distinguished Service Medal
Legion of Merit
Pingat Jasa A.S.
Mexican Border Service Medal
World War I Victory Medal
American Defense Service Medal
European-African-Middle Eastern Campaign Medal dgn 9 bintang khidmat
World War II Victory Medal
Army of Occupation Medal dgn klasp "Germany"
National Defense Service Medal dgn 1 bintang khidmat
Anugerah Antarabangsa dan Asing
Order of the Liberator San Martin, Grand Cross (Argentina)
Grand Decoration of Honour in Gold with Sash (Austria)
Order of Leopold, Grand Cordon (Belgium)
Croix de guerre w/ palm (Belgium)
Order of the Southern Cross, Grand Cross (Brazil)
Order of Military Merit, Grand Cross (Brazil)
Order of Aeronautical Merit, Grand Cross (Brazil)
War Medal (Brazil)
Campaign Medal (Brazil)
Order of the Merit of Chile, Grand Cross (Chile)
Order of Cloud and Banner, Grand Cordon, Special Class (China)
Order of the White Lion, Grand cross (Czechoslovakia)
War Cross 1939–1945 (Czechoslovakia)
Order of the Elephant, Knight (Denmark)
Order of Abdon Calderón, First Class (Ecuador)
Order of Ismail, Grand Cordon with Star (Mesir)
Order of Solomon, Knight Grand Cross with Cordon (Ethiopia)
Order of the Queen of Sheba, Member (Ethiopia)
Legion of Honor, Grand Cross (Perancis)
Order of Liberation, Companion (Perancis)
Military Medal (Perancis)
Croix de guerre w/ palm (Perancis)
Royal Order of George I, Knight Grand Cross with Swords (Greece)
Royal Order of the Savior, Knight Grand Cross (Greece)
Cross of Military Merit, First Class (Guatemala)
National Order of Honour and Merit, Grand Cross with Gold Badge (Haiti)
Order of the Holy Sepulchre, Knight (Holy See)
Military Order of Italy, Knight Grand Cross with Swords (Itali)
Order of the Chrysanthemum, Grand Cordon (Jepun)
Order of the Oak Crown, Grand Cross (Luxembourg)
Luxembourg War Cross (Luxembourg)
Order of the Aztec Eagle, Collar (Mexico)
Medal of Military Merit (Mexico)
Medal of Civic Merit (Mexico)
Order of Ouissam Alaouite, Grand Cross (Maghribi)
Order of the Netherlands Lion, Knight Grand Cross (Belanda)
Royal Norwegian Order of St. Olav, Grand Cross (Norway)
Order of Nishan-e-Pakistan, First Class (Pakistan)
Orden Vasco Núñez de Balboa, Grand Cross (Panama)
Order of Manuel Amador Guerrero, Grand Collar (Panama)
Order of Sikatuna, Grand Collar (Filipina)
Legion of Honor, Chief Commander (Filipina)
Distinguished Service Star, (Filipina)
Order of Polonia Restituta, Knight (Poland)
Order of Virtuti Militari, First Class (Poland)
Cross of Grunwald, First Class (Poland)
Order pro merito Melitensi, Knight Grand Cross (Sovereign Military Order of Malta)
Order of the Royal House of Chakri, Knight (Thailand)
Order of Nichan Iftikhar, Grand Cordon (Tunisia)
Order of the Bath, Knight Grand Cross (United Kingdom)
Order of Merit, Member (United Kingdom)
Africa Star, with "8" and "1" numerical devices (United Kingdom)
Order of Victory, Star (Soviet Union)
Order of Suvorov, First Class (Soviet Union)
The Royal Yugoslav Commemorative War Cross (Yugoslavia)

Penghormatan lain

  • Pada tahun 1947 Ratu Wilhelmina dari Belanda menganugerahkan Jeneral Eisenhower dengan sebilah Pedang Kehormat bertahta emas.
  • Pada tahun 1966, Eisenhower merupakan orang kedua dianugerahkan Civitan International World Citizenship Award.
  • Lokomotif stim LNER A4 Pacific 4496 Dwight D. Eisenhower, dibina pada 1937 dibawah nama Golden Shuttle, telah dinamakan semula sempena bekas presiden selepas berakhirnya Perang dunia II. Ditempatkan di Muzium Keretapi Kebangsaan di Green Bay, Wisconsin, ia adalah salah satu dari enam gerabak yang terselamat dari kelas pemeliharaan.
  • Nama Eisenhower telah diberikan kepada pelbagai jalan, lebuh, dll., di bandar-bandar seluruh dunia, termasuk Paris, Perancis.
  • Pada Disember 1999, Eisenhower telah disenaraikan dalam Gallup's List of Most Widely Admired People of the 20th century.
  • Pada tahun 2009, nama Eisenhower dimasukkan kedalam Dewan Kemasyhuran Golf Dunia bagi kategori Pencapaian Seumur Hidup kerana sumbangannya terhadap sukan tersebut.
  • Sebuah apartmen di puncak Istana Culzean di Scotland telah diberikan kepada General of the Army Dwight D. Eisenhower sebagai mengenang jasanya sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Eropah semasa Perang Dunia Kedua. Lawatan pertama Eisenhower keatas Istana Culzean pada 1946 dan tinggal disana sebanyak empat kali, termasuk sekali sebagai Presiden Amerika Syarikat. Satu pameran Eisenhower memenuhi salah satu bilik, dipenuhi dengan cendera mata tentang kehidupannya.

Rujukan

Biografi am

  • Ambrose, Stephen (1983). Eisenhower: (vol. 1) Soldier, General of the Army, President-Elect (1893–1952). New York: Simon & Schuster.
  • Ambrose, Stephen (1984). Eisenhower: (vol. 2) The President (1952–1969). New York: Simon & Schuster.
  • D'Este, Carlo (2002). Eisenhower: A Soldier's Life.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Krieg, Joann P. ed. (1987). Dwight D. Eisenhower, Soldier, President, Statesman. 24 essays by scholars.
  • Newton, Jim. Eisenhower: The White House Years (2011)
  • Parmet, Herbert S. (1972). Eisenhower and the American Crusades.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Smith, Jean Edward. Eisenhower in War and Peace (Random House; 2012) 950 pages

Kerjaya tentera

  • Ambrose, Stephen E. (1970) The Supreme Commander: The War Years of Dwight D. Eisenhower excerpt and text search
  • Ambrose, Stephen E. (1998). The Victors: Eisenhower and his Boys: The Men of World War II, New York : Simon & Schuster. ISBN 0-684-85628-X
  • Eisenhower, David (1986). Eisenhower at War 1943–1945, New York : Random House. ISBN 0-394-41237-0. A detailed study by his grandson.
  • Eisenhower, John S. D. (2003). General Ike, Free Press, New York. ISBN 0-7432-4474-5
  • Irish, Kerry E. "Apt Pupil: Dwight Eisenhower and the 1930 Industrial Mobilization Plan", The Journal of Military History 70.1 (2006) 31–61 online in Project Muse.
  • Jordan, Jonathan W. (2011). Brothers, Rivals, Victors: Eisenhower, Patton, Bradley, and the Partnership That Drove the Allied Conquest in Europe. NAL. ISBN 978-0-451-23212-0CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pogue, Forrest C. The Supreme Command, Washington, D.C. : Office of the Chief of Military History, Dept. of the Army, 1954. The official Army history of SHAEF.
  • Weigley, Russell (1981). Eisenhower's Lieutenants, Indiana University Press. Ike's dealings with his key generals in World War II.

Kerjaya awam

  • Bowie, Robert R. and Immerman, Richard H. (1998). Waging Peace: How Eisenhower Shaped an Enduring Cold War Strategy, Oxford University Press.
  • Chernus, Ira (2008). Apocalypse Management: Eisenhower and the Discourse of National Insecurity, Stanford University Press.
  • Damms, Richard V. The Eisenhower Presidency, 1953–1961 (2002).
  • David Paul T., ed. (1954). Presidential Nominating Politics in 1952. 5 vols., Johns Hopkins Press.
  • Divine, Robert A. (1981). Eisenhower and the Cold War.
  • Greenstein, Fred I. (1991). The Hidden-Hand Presidency: Eisenhower as Leader.
  • Harris, Douglas B. "Dwight Eisenhower and the New Deal: The Politics of Preemption", Presidential Studies Quarterly, Vol. 27, 1997.
  • Harris, Seymour E. (1962). The Economics of the Political Parties, with Special Attention to Presidents Eisenhower and Kennedy.
  • Medhurst, Martin J. (1993). Dwight D. Eisenhower: Strategic Communicator Greenwood Press.
  • Mayer, Michael S. (2009). The Eisenhower Years, 1024 pp; short biographies by experts of 500 prominent figures, with some primary sources.
  • Newton, Jim. (2011) Eisenhower: The White House Years
  • Pach, Chester J. and Richardson, Elmo (1991). Presidency of Dwight D. Eisenhower. Standard scholarly survey.

Pensejarahan dan tafsiran oleh para sarjana

  • Burk, Robert. "Eisenhower Revisionism Revisited: Reflections on Eisenhower Scholarship", Historian, Spring 1988, Vol. 50, Issue 2, pp. 196–209
  • McAuliffe, Mary S. "Eisenhower, the President", Journal of American History 68 (1981), pp. 625–632 in JSTOR
  • McMahon, Robert J. "Eisenhower and Third World Nationalism: A Critique of the Revisionists," Political Science Quarterly (1986) 101#3 pp. 453–473 in JSTOR
  • Rabe, Stephen G. "Eisenhower Revisionism: A Decade of Scholarship," Diplomatic History (1993) 17#1 pp 97–115.
  • Schlesinger, Jr., Arthur. "The Ike Age Revisited," Reviews in American History (1983) 11#1 pp. 1–11 in JSTOR
  • Streeter, Stephen M. "Interpreting the 1954 U.S. Intervention In Guatemala: Realist, Revisionist, and Postrevisionist Perspectives," History Teacher (2000) 34#1 pp 61–74. in JSTOR

Sumber utama

  • Boyle, Peter G., ed. (1990). The Churchill–Eisenhower Correspondence, 1953–1955. University of North Carolina Press.
  • Boyle, Peter G., ed. (2005). The Eden–Eisenhower correspondence, 1955–1957. University of North Carolina Press. ISBN 0-8078-2935-8
  • Butcher, Harry C. My Three Years With Eisenhower The Personal Diary of Captain Harry C. Butcher, USNR (1946), candid memoir by a top aide
  • Eisenhower, Dwight D. (1948). Crusade in Europe, his war memoirs.
  • Eisenhower, Dwight D. (1963). Mandate for Change, 1953–1956.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Eisenhower, Dwight D. (1965). The White House Years: Waging Peace 1956–1961, Doubleday and Co.
  • Eisenhower Papers Diarkibkan 2008-03-12 di Wayback Machine 21 volume scholarly edition; complete for 1940–1961.
  • Summersby, Kay (1948). Eisenhower was My Boss, New York: Prentice Hall; (1949) Dell paperback.

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.