Kerajaan Yugoslavia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kerajaan Beraja Yugoslavia (Bahasa Serbo-Croatia:Kraljevina Jugoslavija, Bahasa Serbia Cyrillic:Краљевина Југославија, "Kerajaan Beraja Slavia Selatan")[4] adalah sebuah negara yang terletak di Eropah Tenggara dan Eropah Tengah, yang wujud pada zaman antara perang (1918–1939) dan separuh pertama Perang Dunia II (1939–1943).
Remove ads
Ia telah ditubuhkan pada tahun 1918 dengan menggabungkan kerajaan sementara negara Croat, Serb dan Slovene (di mana diasaskan daripada wilayah-wilayah daripada bekas empayar Austria-Hungary) dengan bekas kerajaan bebas, Kerajaan Beraja Serbia. Kerajaan Beraja Montenegro telah bergabung dengan Serbia lima hari sebelumnya, sementara wilayah-wilayah di Kosovo, Vojvodina dan Vardar Macedonia merupakan sebahagian daripada Serbia sebelum penyatuan.
Untuk sebelas tahun pertama kewujudannya, kerajaan ini secara rasminya dikenali sebagai Kerajaan Beraja Serb, Croat dan Slovene, tetapi istilah "Yugoslavia" merupakan nama seharian yang berakar umbi dari asal.[5] Nama rasmi negara ditukar kepada "Kerajaan Beraja Yugoslavia" oleh Raja Alexander I pada 3 Oktober 1929.[5]
Negara ini telah diperintah oleh dinasti Karađorđević Serbia, yang mana dahulunya memerintah Kerajaan Beraja Serbia di bawah Peter I bermula pada tahun 1903 (selepas Penggulingan Mei) dan selepasnya. Peter I menjadi raja pertama Yugoslavia sehingga kematian beliau pada tahun 1921. Beliau telah digantikan oleh anak lelaki beliau Alexander I, yang mana merupakan raja muda. Beliau dikenali sebagai "Alexander si Penyatu" dan kemudian menamakan semula kerajaan ini "Yugoslavia" pada tahun 1929. Beliau telah dibunuh di Marseille oleh Vlado Chernozemski, seorang anggota Pertubuhan Revolusi Macedonia Dalaman (IMRO), semasa lawatan beliau ke Perancis pada tahun 1934. Takhta kemudian diberikan kepada anak lelaki beliau (yang masih di bawah umur) Peter. Sepupu beliau Paul memerintah sebagai pemangku raja sehingga tahun 1941, apabila Peter II menaiki takhta.[6] Keluarga diraja melarikan diri ke London pada tahun sama, sebelum negara diceroboh oleh kuasa-kuasa Paksi.
Pada April 1941, negara ini telah diduduki dan dipecahkan oleh kuasa-kuasa Paksi. Sebuah kerajaan buangan diraja yang diakui oleh United Kingdom dan, kemudian oleh kesemua kuasa-kuasa Berikat, telah ditubuhkan di London. Pada tahun 1944, selepas ditekan oleh Perdana Menteri Britain Winston Churchill, Raja mengiktiraf kerajaan Persekutuan Demokratik Yugoslavia sebagai sebuah kerajaan yang sah. Ia diwujudkan pada 2 November berikutan tandatangan dalam Persetujuan Vis oleh Ivan Šubašić (bagi pihak Kerajaan Beraja) dan Josip Broz Tito (bagi pihak Partisan Yugoslavia).[7]
Remove ads
Lihat juga
- Pilihanraya parlimen Kerajaan Beraja Serb, Croat dan Slovenia, 1923
- Republik Prekmurje
- Perbarisan Slovene (Kerajaan Beraja Hungary)
Rujukan
Sumber
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads