Koyote
From Wikipedia, the free encyclopedia
Koyote (Jawi: کويوتي; Sebutan bahasa Melayu: [kojoˈte]; Canis latrans) ialah satu spesies Canidae yang dijumpai di seluruh Amerika Utara dan di Tengah, dari Panama di selatan, ke utara melalui Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Koyote kerap dijumpai jauh di utara di Alaska dan semua kecuali bahagian paling utara Kanada.[5] Setakat ini, 19 subspesies telah diakui.[6]
Koyote | |
---|---|
![]() | |
Koyote gunung (C. l. lestes) di Taman Negara Yosemite, California | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Carnivora |
Suborder: | Caniformia |
Keluarga: | Canidae |
Genus: | Canis |
Spesies: | C. latrans |
Nama binomial | |
Canis latrans Say, 1823[3] | |
![]() | |
Julat moden Canis latrans | |
Sinonim[4] | |
Senarai
|
Koyote berevolusi di Amerika Utara semasa zaman Pleistosen 1.8 juta tahun lalu,[7] bersama dengan Canis dirus yang kini pupus.[8] Ia mengisi ceruk ekologi yang sama dengan kasar di Amerika yang diisi di Eurasia dan Afrika oleh kanid bersaiz serupa yang dipanggil jakal, yang antaranya koyote kadang-kadang dikira. Kerabat hidupnya yang terdekat walau bagaimanapun merupakan serigala kelabu, yang menjejaskan populasi koyote dengan kedua-dua pemangsaan dalam perseikatan dan saling pembiakbakaan kadang-kadang; koyote timur (Canis latrans var.) mengandungi peratusan ketara keleluhuran Canis lupus lycaon.[9] Tidak seperti serigala, kawasan koyote telah berkembang pada kebangkitan tamadun manusia, dan koyote dengan sedianya membiak di kawasan metropolitan.[10][11]
Penamaan
Nama "koyote" dipinjam daripada bahasa Sepanyol Mexico coyote, pada dasarnya diperoleh daripada perkataan bahasa Nahuatl cóyotl (sebutan moden: [ˈkojoːt͡ɬ ]) bererti "penipu licik";[12] ia pertama dicatatkan secara bertulis dalam buku Historia de México karya Francisco Javier Clavijero tahun 1780.[13]
Nama saintifiknya Canis latrans bererti "anjing menyalak" dalam bahasa Latin.[14]
Tabiat
Tabiat haiwan ini diperhatikan dari segi pemakanan dan pergerakan serta hubungan dengan ekosistem sekeliling mirip jakal emas yang bertaburan di Eurasia.[15]
Pemakanan
Ia karnivor 90% sumber makanannya terdiri dari pelbagai aneka haiwan termasuk bison, rusa termasuk moose dan elk, arnab, dan kelinci, pelbagai jenis tikus mencit (terutamanya jenis yang bersarang bawah tanah),[16][17][18] unggas ayam merpati bahkan sampai labi-labi, ikan, krustasea dan serangga.
Hubungan dengan manusia
Tamadun klasik Teotihuacan di Mesoamerika menjadikan koyote suatu lambang kekuasaan dan keperkasaan sehingga disembah dengan kaitan pahlawan tertentu sehingga selewat zaman tamadun Aztek.[19] Masyarakat Aztek sendiri percaya haiwan ini berlambang dengan Huehuecóyotl, dewa tarian, lagu dan keberahian mereka[20] yang dipercayai membawakan bencana peperangan kepada manusia.[21]
Bangsa-bangsa peribumi Dataran Besar dan Barat Daya benua Amerika Utara menganggap koyote sebagai haiwan yang licik serba biasa persekitaran yang diterokai[22] sehingga diceritakan berperwatakan memberontak dan lucu.[23]
Pemerhatian dan pengetahuan pertama haiwan ini dalam kalangan orang Sepanyol yang menjajah pertama kali dicatatkan dalam kitab Plantas y Animales de la Nueva España (1651) ditulis oleh Francisco Hernández.
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.