Caravaggio
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Michelangelo Merisi da Caravaggio (29 September 1571 – 18 Julai 1610) ialah seorang pelukis Itali yang bergiat di Rom, Napoli, Malta dan Sicilia antara 1593 dan 1610. Dia dikatakan dari aliran pelukis Baroque terawal.
Caravaggio | |
---|---|
Kelahiran | Michelangelo Merisi or Amerighi 29 September 1571 |
Meninggal dunia | 18 Julai 1610 38) Porto Ercole, State of the Presidi, Empayar Sepanyol | (umur
Pendidikan | Simone Peterzano |
Terkenal kerana | Lukisan |
Gerakan politik | Baroque |
Penaung | Kardinal Francesco Maria del Monte Alof de Wignacourt |
Caravaggio dianggap enigmatik, menarik tetapi suka bertengkar dan merbahaya. Dia muncul secara tiba-tiba di arena seni lukis Rom pada 1600 dan walaupun terus menerus mendapat penaung dan tempahan, tidak pandai menyelenggarakan kejayaannya. Lapuran 1604 tentang gaya hidupnya sepanjang tiga tahun sebelum itu menceritakan bagaimana selepas bertekun selama dua minggu, Caravaggio merayau-rayau angkuh dengan pedang diiringi pekerjanya dari satu gelanggang ke gelanggang yang lain sedia untuk bertengkar mengakibatkan susah untuk bercampur dengan beliau. Lapuran infomatif terawal mengenai kehidupan Caravaggio di kota ialah dari transkrip istana bertarikh 11 July 1597 dimana dikatakan Caravaggio bersama Prospero Orsi menjadi saksi dalam kes jenayah berhampiran San Luigi de' Francesi. Pada tahun 1606 Caravaggio membunuh seorang pemuda dalam pertengkaran dan lari dari Rom dengan ganjaran ditawarkan untuk memberkas beliau. Di Malta pada 1608 beliau sekali lagi terlibat dalam pergaduhan dan pergaduhan Caravaggio di Napoli pada 1609 mungkin cubaan membunuhnya oleh pihak yang tidak dapat dikenal pasti. Tahun berikutnya, dia meniggal dunia selepas tempoh kerjaya sekadar lebih sedikit dari sepuluh tahun.
Gereja-gereja dan bangunan-bangunan besar dibina di Rome dalam dekad-dekad lewat abad ke16 dan awal 17 dan lukisan-lukisan diperlukan untuk mengisinya. Gereja Reformasi Balas (Counter-Reformation) memerlukan seni asli berunsur ugama untuk menentang ancaman pengaruh Protestantisme. Kaedah-kaedah Manerisme yang digunakan selama hampir seabad tidak memadai. Gaya novelti Carravaggio merupakan Naturalisme radikal yang menggabungkan pemerhatian tekun dengan pendekatan dramatik dan mungkin juga teatrikal chiaroscuro, yaini penggunaan cahaya dan ombra.
Walaupun ternama dan berpengaruh ketika hidupnya, Caravaggio hampir luput dari ingatan dalam abad-abad selepas kematiannya dan hanyalah pada abad ke 20 pengaruh pentingnya dalam perkembangan seni lukis dunia Barat disedari semula. Namun begitu pengaruh Caravaggio pada stail biasa yang muncul selepas Manerisme, yaitu stail Baroque baru begitu mendalam. Andre Berne-Joffroy, pembantu kepada Paul Valéry (1871 - 1945), seorang penyair, ahli falsafah dan penulis esei mengenai seni memberitahu Andre, 'Karya Caravaggio membuahkan lukisan moden'. Salah satu lukisan Caravaggio yang terkenal ialah 'The Beheading of St John the Baptist' di St John's Co-Cathedral di Valleta, Malta.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.