Bahasa Melayu Kelantan atau popular dikenali sebagai kecek Klate ialah sebuah bahasa cabang Melayu rumpun Austronesia yang dituturkan di negeri Kelantan, daerah Besut dan Setiu, Terengganu, daerah Merapoh, Pahang, sebahagian di Perak dan Kedah di Malaysia,  serta di Selatan Thailand. Di Thailand, bahasa ini dikenali sebagai Bahasa Melayu Pattani (Baso Nayu Taning). Istilah Baso Nayu atau Baso Yawi (Bahasa Thai: แกแจะนายู) juga diguna pakai oleh penutur di wilayah-wilayah selatan Thailand.

Fakta Segera Asli kepada, Kawasan ...
Bahasa Melayu Kelantan-Patani
Kecek Klate, Baso Nayu Taning
Asli kepada Malaysia
 Thailand (selatan)
Kawasan
EtnikMelayu Kelantan
Melayu Patani
Penutur bahasa
4,500,000
Austronesian
Dialek/loghat
  • Pantai/Biasa (Kelantan, Besut, Setiu, Merapoh, Lipis, Narathiwat, Patani, Grik)
  • Reman (Grik, Pengkalan Hulu, Yala, Patani, Baling, Sik, Padang Terap)
  • Samsam (Songkhla, Bangkok, Patani)
Tulisan Rumi, Tulisan Jawi dan Tulisan Thai
Status rasmi
Bahasa minoriti
dikenali di
Kod bahasa
ISO 639-3mfa
Glottologpatt1249
Peta bahasa Melayu Kelantan-Patani dituturkan
  Majoriti
  Minoriti
Tutup

Selain di Kelantan, bahasa ini turut digunakan di bahagian utara negeri Terengganu iaitu di daerah Besut dan Setiu. Bahasa ini turut digunakan di mukim Merapoh dan Lipis, Pahang disebabkan terdapat orang Kelantan yang menetap di sana kerana perkampungan itu terletak di tengah-tengah sempadan kedua-dua negeri tersebut. Masyarakat di beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik dan Padang Terap juga bertutur dalam dialek ini disebabkan penduduk Melayu di sini mempunyai darah keturunan Kelantan-Patani. Malah di negeri Perak iaitu di daerah Hulu Perak (misalnya di bandar Grik dan Pengkalan Hulu) juga bertutur dalam loghat yang hampir serupa dengan bahasa Melayu Kelantan-Patani disebabkan faktor sempadan geografinya yang berdekatan dengan negeri Kelantan. Ia kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu yang baku meskipun mempunyai banyak persamaan.

Kelantan secara tradisinya menulis Arab, sebagai Yawi. Terdapat pendapat mengatakan yang adalah sepenuhnya bertentangan dengan bahasa Melayu baku, dan bahasa Melayu Kelantan adalah lebih tua dan mempunyai sejarah yang lebih bermakna (menulis Bahasa Arab) daripada bahasa Melayu baku. Ianya berakraban dengan bahasa Melayu Terengganu tetapi berbeza dengan bahasa Melayu baku.

Bahasa Melayu Patani

Bahasa Melayu Patani ialah suatu bahasa yang dituturkan luas di wilayah-wilayah Selatan Thailand iaitu di Narathiwat, Yala, Patani dan sesetengah kawasan di Songkhla. Di Songkhla, bahasa ini dikenali sebagai bahasa Melayu Songkhla, iaitu bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Thai. Bahasa ini adalah serumpun dengan bahasa Melayu Kelantan malah ada persamaan sedikit dengan bahasa Melayu Kedah serta mungkin juga bahasa induk, akar atau asal kepada bahasa Melayu Kedah Ulu iaitu di daerah Baling dan Sik, serta bahasa Melayu Ulu Perak di daerah Hulu Perak, juga bahasa Melayu Terengganu.

Bahasa Melayu Patani dan bahasa Melayu Kelantan adalah hampir 90%, kerana itulah bahasa ini layak digelar sebagai "Bahasa Melayu Kelantan-Patani". Namun perbezaan kedua-dua bahasa ini adalah dari segi beberapa perkataan dan cara penyebutan dan intonasi. Ini kerana bahasa Melayu Patani telah terpengaruh sedikit oleh bahasa Thai manakala bahasa Melayu Kelantan terpengaruh oleh bahasa Melayu Malaysia dan sedikit daripada bahasa Inggeris.

Bahasa ini ditulis menggunakan tulisan Jawi dan tulisan Thai. Bahasa Melayu Patani juga dikatakan pernah berpengaruh ke arah utara hingga Segenting Kra, Phuket dan Surat Thani semasa zaman Srivijaya.

Sebutan

Contoh perbezaan kata

Ciri fonologi

Bunga Bahasa

Kata penguat

Istilah yang biasa menjadi salah faham

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.