Padang Terap merupakan sebuah daerah di negeri Kedah, Malaysia. Daerah ini berkeluasan 1,356 kilometer persegi iaitu ketiga terbesar di Kedah.

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Daerah Padang Terap
ڤادڠ تراڤ
Thumb
Lokasi Daerah Padang Terap di Kedah
Thumb
Daerah Padang Terapڤادڠ تراڤ
Daerah Padang Terap
ڤادڠ تراڤ
Lokasi Daerah Padang Terap di Malaysia
Koordinat: 6°15′N 100°40′E
Negara Malaysia
Negeri Kedah
PusatKuala Nerang
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Pentadbiran
  District officerAbd. Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin
Keluasan
  Jumlah1,356.84 km2 (523.88 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
  Jumlah65,698
  Kepadatan48/km2 (130/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
  Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
06xxx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK
Tutup

Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Kuala Nerang. Antara kawasan lain yang terletak di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.

Etimologi

Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap (Artocarpus elasticus) yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang. Pokok ini mempunyai ciri bergetah dan mampu bertahan dalam cuaca kemarau.[2]

Pentadbiran

Daerah Padang Terap dibahagikan kepada 12 buah mukim;

Thumb
Peta daerah Padang Terap
  1. Mukim Batang Tunggang Kanan
  2. Mukim Batang Tunggang Kiri
  3. Mukim Belimbing Kanan
  4. Mukim Belimbing Kiri
  5. Mukim Kurong Hitam
  6. Mukim Padang Temak
  7. Mukim Padang Terap Kanan
  8. Mukim Padang Terap Kiri
  9. Mukim Pedu
  10. Mukim Tekai
  11. Mukim Tolak

Pihak berkuasa tempatan

Daerah Padang Terap ditadbir Majlis Daerah Padang Terap yang berpusat di Kuala Nerang.

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Padang Terap ialah seramai 65,698 orang dengan kepadatan penduduk 48 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah Padang Terap merupakan Bumiputera, dengan peratusan 91.8 peratus daripada jumlah penduduk.

Bumiputera, dengan peratusan 92.1 peratus daripada jumlah penduduk.[3]

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 57,279
Cina 497
India 28
Lain-lain 4,585
Bukan warganegara - 3,309
Jumlah 65,698
Tutup

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Padang Terap. Terdapat sebanyak 30 buah sekolah di daerah ini, iaitu 20 buah sekolah kebangsaan (SK), sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK), enam buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan tiga buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).[4] Daerah Baling juga mempunyai 10 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Ekonomi

Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Perlis yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang dikeluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas. Selain daripada memproses gula dari ladang, kilang gula ini juga memproses gula yang diimport kerana keluaran ladang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang. Industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang diimport dari pasaran dunia agak murah berbanding dengan keluaran tempatan. Oleh itu, ladang tebu telah dipelbagaikan tanamannya meliputi tanaman pisang dan nenas.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.