From Wikipedia, the free encyclopedia
Mukim Padang Temak (Jawi: مقيم ڤادڠ تمق; Cina: 巴东打目) ialah sebuah mukim (daerah kecil) dalam kawasan pentadbiran Daerah Padang Terap, di negeri Kedah, Malaysia.[2][3] Mukim ini mempunyai penduduk seramai 5,298 orang pada tahun 2010.[1]
Mukim Padang Temak | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | مقيم ڤادڠ تمق |
• Cina | 双弄 |
Koordinat: 6.238343°N 100.547484°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Kawasan parlimen | Padang Terap |
Kawasan negeri | Kuala Nerang |
Perwartaan | 1956 |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
• Ahli Parlimen | Mohammad Yusoff @ Munir Zakaria |
• Ahli Dewan Undangan Negeri | Nurul Amin Hamid |
• Penghulu mukim | Rezuwan bin Abdulah @ Zainol |
Penduduk (2010)[1] | |
• Jumlah | 5,298 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 063xx |
Persempadaan Mukim Padang Temak bersama-sama mukim lain dalam Daerah Padang Terap telah diwartakan pada tahun 1956.[2] Mukim Padang Temak terletak barat Daerah Padang Terap. Ia bersempadan dengan mukim lain iaitu Mukim Kurong Hitam di bahagian utara, Mukim Belimbing Kiri di bahagian timur laut, Mukim Belimbing Kanan di bahagian timur, Mukim Gajah Mati (dalam Daerah Pokok Sena) di bahagian selatan, Mukim Derang (dalam Daerah Pokok Sena) di bahagian barat dan Mukim Wang Tepus dan Mukim Malau (dalam Daerah Kubang Pasu) di bahagian barat laut.[4][5]
Dari segi politik, Mukim Padang Temak terletak dalam kawasan parlimen Padang Terap, manakala dalam kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah, Mukim Padang Temak terletak dalam kawasan Kuala Nerang.[6]
Sungai Padang Terap merupakan sungai utama di Mukim Padang Temak, yang membentuk sempadan antara Mukim Padang Temak dengan Mukim Kurong Hitam. Terdapat tiga sungai yang termasuk dalam sub-lembangan Sungai Padang Terap, merangkumi Charok Kuala Kejai, Charok Kuala Rambutan dan Charok Alor Yoi. Terdapat juga beberapa sungai yang terkandung dalam Mukim Padang Temak iaitu Charok Kurong, Charok Genting Tampol, dan Charok Besar.[7][8]
Terdapat juga beberapa bukit-bukau di kawasan Mukim Padang Temak, seperti Bukit Kerbau Berguling, Bukit Genting Tok Menora, Bukit Keriang dan Bukit Tok Puteh di bahagian barat mukim yang berfungsi sebagai persempadan mukim dengan Mukim Derang di Daerah Pokok Sena, Bukit Tembaga, Bukit Batu Puteh, dan Bukit Genting Tampol di bahagian selatan mukim, Bukit Genting Periang (atau Bukit Genting Pariang), Bukit Tok Wan, Bukit Perupok (atau Bukit Prupok), dan Bukit Jerding di bahagian utara mukim, dan Bukit Tok Mat Sih di bahagian timur, yang juga berfungsi sebagai persempadan antara Mukim Belimbing Kanan.[7][8]
Mukim Padang Temak dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Encik Rezuwan bin Abdulah @ Zainol. Pejabat penghulunya terletak di Kampung Alor Yoi.[9]
Senarai di bawah ini merupakan petempatan manusia yang wujud dalam Mukim Padang Temak.[7][8][10]
Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, kawasan Mukim Padang Temak mempunyai jumlah penduduk seramai 5,298 orang dengan pecahan jantina iaitu 2,707 orang penduduk berjatina lelaki dan 2,591orang penduduk lagi berjantina perempuan.[1] Seramai 5,133 orang yang berwarganegara Malaysia dan 165 orang bukan warganegara Malaysia tinggal di Mukim Padang Temak. Bumiputera ialah kaum majoriti atau paling banyak yang bermastautin di Mukim Padang Temak dengan jumlah penduduk mencecah 5,122 orang, dengan pecahan 5,120 orang ialah orang Melayu dan selebihnya ialah bumiputera lain seperti Siam dan Orang Asli. Selain itu, terdapat dua orang yang berbangsa India, dan tujuh orang berbangsa lain-lain menetap di Mukim Padang Temak. Kaum minoriti di Mukim Sanglang ialah kaum Cina dengan jumlah penduduk sifar.[1] Terdapat 1,233 buah isi rumah dan 1,485buah tempat kediaman dalam Mukim Padang Temak pada tahun 2010.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.