From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Ashraf Mukhlis bin Minghat merupakan seorang ahli politik Malaysia yang kini memimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Melaka sebagai Pengerusi dan menjawat jawatan Ketua AMANAH Kawasan Alor Gajah. Sejak Januari 2023, beliau juga berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, yang memperkukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang tokoh utama dalam arena politik. Beliau telah dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) pada tahun 2019, oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka sebagai pengiktirafan atas sumbang baktinya ke atas bumi Melaka khususnya dan Malaysia amnya. Datuk Ashraf memulakan langkahnya dalam politik pada tahun 2018 dan sebelum menyertai AMANAH, beliau aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), di mana beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.
Ashraf Mukhlis D.M.S.M (Melaka) | |
---|---|
أشرف مخلص | |
Pengerusi Amanah Negeri Melaka (Malaysia)|Pegawai Khas YB Adly Zahari|Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Alor Gajah | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Raja | Sultan Ibrahim |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Kawasan pilihan raya | Alor Gajah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ashraf Mukhlis bin Minghat 25 Mac 1971 |
Kerakyatan | Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysian |
Parti politik | National Trust Party (AMANAH) (since 2018) |
Pendidikan | Islam Dan Bahasa Arab |
Tempat belajar | University Putra Malaysia Universiti Al-Azhar, Mesir Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Ahli Politik |
Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, Datuk Ashraf Mukhlis memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan Parti Amanah Negara di Negeri Melaka. Beliau turut menyokong pelbagai dasar kerajaan yang memfokuskan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara, di samping memastikan setiap agenda memberi manfaat yang inklusif dan berimpak positif. Dikenali dengan dedikasi dan kepimpinan yang jelas, Datuk Ashraf Mukhlis terus menjadi suara penting dalam memperjuangkan agenda reformasi, keadilan sosial, dan kemajuan politik yang progresif.
Datuk Ashraf Mukhlis bin Minghat adalah seorang individu yang bermotivasi tinggi dan mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan cepat dalam persekitaran baharu. Dengan semangat untuk terus menimba pengalaman dan pengetahuan, beliau sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap cabaran yang dihadapi. Dikenali dengan kebolehan pemikiran kritis yang membina serta efisien mencari resolusi terhadap permasalahan, Datuk Ashraf mampu menguruskan aktiviti dan tugasan bersandarkan kepada komunikasi yang berkesan dan cekap. Dilahirkan pada 25 Mac 1971, beliau kini berusia 53 tahun dan telah berkahwin. Di samping kejayaannya dalam kerjaya, Datuk Ashraf juga memanfaatkan kebolehan bahasa yang luas, mampu bertutur dan menulis dengan lancar dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab, dan Bahasa Inggeris. Kepakaran ini memberi kelebihan kepada beliau dalam berinteraksi dalam pelbagai persekitaran dan memainkan peranan penting dalam kerjaya politik dan kepimpinan.
Datuk Ashraf Mukhlis bin Minghat memulakan pendidikan awalnya di Maahad Al-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak, di mana beliau berjaya memperoleh Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1987, menunjukkan komitmen awal terhadap kecemerlangan akademik. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad, Pulau Pinang, dan mencapai kejayaan cemerlang dengan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1989.
Bagi memperdalam penguasaan dalam bidang agama, beliau melanjutkan pengajian ke Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, dan berjaya meraih Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan pada tahun 1994. Semangat untuk menimba ilmu membawa Datuk Ashraf ke Universiti Al-Azhar, Mesir, di mana beliau memperolehi Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab pada tahun 1996, di salah sebuah institusi pengajian terkemuka dunia.
Tidak pernah berhenti mengejar ilmu, Datuk Ashraf melangkah lebih jauh dengan melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2009, dan berjaya meraih Sarjana Pendidikan, mengukuhkan lagi kepakaran beliau dalam bidang pendidikan dan pengajian Islam. Dedikasi dan kesungguhan beliau dalam menimba ilmu menjadikannya seorang individu yang berilmu dan berwawasan tinggi.
Datuk Ashraf Mukhlis telah memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) selama 21 tahun, bermula daripada Mac 1997 hingga Mei 2018. Pada tahun 2018, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang sebanyak empat jawatan penting sekali gus sehingga tahun 2020. Jawatan-jawatan tersebut telah melibatkan pelbagai bidang yang mencabar. Antara jawatan yang disandang oleh beliau pada tahun tersebut adalah Naib Pengerusi Ayer Keroh Golf & Country Club, Ahli Lembaga Pengarah KM Quary Sdn. Bhd. dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Melaka.
Beliau kemudiannya telah mengembangkan kerjayanya di dalam bidang politik bermula sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Melaka (semasa YB Tuan Haji Adly Zahari dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka). Seterusnya sebagai Pegawai Khas YB Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Adly Zahari bermula pada Januari 2023. Sehingga kini, beliau terus berkhidmat di bawah tampuk kepimpinan YB Adly dengan penuh dedikasi. Pada tahun yang berikutnya pula, iaitu pada tahun 2024, beliau telah diberi mandat yang baharu untuk memimpin sebagai Pengerusi Parti AMANAH Melaka dan Ketua AMANAH Cawangan Alor Gajah. Secara keseluruhannya, beliau sedang memegang tiga tanggungjawab yang amat mencabar sehingga kini.
Sebelum menyertai Parti AMANAH Melaka, beliau pernah menyertai Parti PAS dan menyandang jawatan terakhirnya di dalam parti tersebut sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.
Sejurus selepas diangkat menjadi Pengerusi Parti AMANAH Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis telah memberi sepenuh perhatian kepada usaha-usaha pembangunan yang lebih terarah. Walaupun belum cukup tempoh setahun dalam memegang tampuk kepimpinan Parti AMANAH, beliau telah berjaya melaksanakan inisiatif yang bertujuan untuk membina persaudaran dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan parti. Hal ini telah menyerlahkan lagi keperibadian dan sifat kepimipinan beliau yang bukan sahaja penuh dengan sifat kasih sayang, malah penuh dengan sifat prihatin sebagai seorang ketua dalam memastikan kesejahteraan bersama.
Bahkan, beliau juga telah memperkenalkan tanda pagar atau hashtag di laman media sosialnya yang menunjukkan keutamaan beliau dalam era kepimpinannya ini. #BinaPersaudaraan, #KekalkanPerpaduan, dan #IhsanDibalasIhsan bukan hanya sekadar tanda pagar semata-mata, namun ia merupakan simbol yang dapat membantu bagi melonjakkan karima beliau dalam memupuk keharmonian, memperkuatkan hubungan di samping memupuk nilai-nilai kemanusiaan dalam setiap perjuangan yang dilaungkan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.