From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Starbox sources
Data cerapan Epok J2000 Ekuinoks J2000 | |
---|---|
Buruj | Boötes |
Jarak hamal | 14j 15m 39.7s[1] |
Keserongan | +19° 10′ 56″[1] |
Magnitud ketara (V) | −0.05[2] |
Ciri-ciri | |
Jenis spektrum | K0 III[3] |
Magnitud ketara (J) | −2.25[2] |
U−B indeks warna | +1.28[2] |
B−V indeks warna | +1.23[2] |
R−I indeks warna | +0.65[2] |
Note (category: variability): | H and K emission vary. |
Astrometri | |
Halaju jejarian (Rv) | −5.19[4] km/s |
Gerakan wajar (μ) | RA: 093.45 −1[5] mas/thn Dec.: 999.40 −1[5] mas/thn |
Paralaks (π) | 88.83 ± 0.54 mas[1] |
Jarak | 36.7 ± 0.2 tc (11.26 ± 0.07 pc) |
Magnitud mutlak (MV) | ±0.02 −0.30[6] |
Perincian | |
Jisim | ±0.06 1.08[7] M☉ |
Jejari | ±0.2 25.4[7] R☉ |
Kekilauan | 170[8] L☉ |
Graviti permukaan (log g) | ±0.05 1.66[7] cgs |
Suhu | ±30 4286[7] K |
Kelogaman [Fe/H] | ±0.04 −0.52[7] dex |
Halaju putaran (v sin i) | ±1.0 2.4[6] km/s |
Umur | +1.5 −1.2 7.1[7] Gyr |
Penamaan lain | |
Rujukan pangkalan data | |
SIMBAD | data |
Arcturus atau α Boötis (Latin: Alpha Boötis ) ialah bintang paling terang dalam buruj Boötes dan tampakan langit malam Hemisfera Utara serta bintang ketiga paling terang di langit malam setelah Sirius dan Canopus dengan magnitud tampak ketara −0.05.
Tetapi jika sistem bintang Alpha Centauri dianggap sebagai satu objek, maka predikat tersebut harus diberikan kepada Alpha Centauri. Sistem bintang Alpha Centauri terdiri dari dua bintang terang yang sangat berdekatan sehingga tidak dapat dipisahkan oleh mata, dan dengan demikian akan tampak lebih terang dibandingkan Arcturus.
Arcturus pinjaman Latin serapan Yunani Kuno Ἀρκτοῦρος (Arktouros) lakuran ἄρκτος (arktos), "beruang"[9] dan onὖρος (ouros), "penjaga"[10] sekaligus "Penjaga Beruang"[11] mendudukkan bintang ini pada kaki kiri sang penggembala dalam buruj Boötes hadapan Beruang Besar dan Beruang Kecil. Ia telah dikenal dengan nama ini setidaknya sejak zaman Hesiodos.[12]
Para ahli falak dunia Arab terlanjut kepada dunia Islam mengecam bintang ini (Arab: السِّماك الرامح, rumi: as-simāk ar-rāmiħ, lit. 'pelempar lembing ditinggikan' ) sebagai salah satu bintang "ditinggikan" (Arab: السِّماك, rumi: as-simāk ) selain Spica, nama as-simāk kemudian dilatinkan menjadi nama Azimech yang digunakan ahli Eropah dari Zaman Pertengahan sampai ke Zaman Pembaharuan.[13] Nama Arab lainnya adalah حارس السماء ħāris al-samā’ "penjaga langit"[14][15][16] atau حارس الشمال ''ħāris al-shamāl’'' "penjaga utara".[17]
Pada 2016, International Astronomical Union mengatur Kelompok Kerja untuk Nama Bintang (WGSN) untuk membuat katalog dan membakukan nama yang tepat untuk bintang. Buletin pertama WGSN pada Jul 2016 termasuk tabel dari dua kelompok nama pertama yang disetujui oleh WGSN; yang termasuk Arcturus untuk bintang ini. Sekarang ia dimasukkan dalam Katalog Nama Bintang IAU.
Mengingat letaknya yang tidak terlalu jauh dari khatulistiwa samawi, Arcturus hampir dapat dilihat oleh semua orang di permukaan Bumi, kecuali bagi mereka yang tinggal di atas garis latitud 70.818°S. Penampakan terbaiknya adalah sekitar bulan April, apabila bintang ini mencapai meridian pada tengah malam.
Arcturus adalah sebuah bintang gergasi merah dengan kelas spektrum K1.5 IIIpe. Akhiran "pe" adalah kepanjangan dari "peculiar emission" (pancaran aneh), menunjukkan bahawa spektrum cahayanya tidak biasa dan penuh dengan garis-garis pancaran. Adanya garis-garis pancaran pada spektrum gergasi merah sebenarnya adalah hal yang biasa, tetapipancaranbagi kes Arcturus fenomena tersebut tampak lebih kuat.
Secara visual Arcturus setidaknya 110 kali lebih terang daripada Matahari, tetapi sebenarnya tenaga yang dipancarkannya 180 kali lebih banyak kuat. Hal ini disebabkan kekilauan berkesannya yang rendah kerana suhu permukaannya yang lebih rendah daripada Matahari.
Arcturus terkenal akan gerakan wajar dirinya yang besar, lebih besar dari semua bintang bermagnitud 1 selain α Centauri. Saat ini Arcturus hampir[18] berada dalam titik terdekat dengan Matahari, dan bergerak sangat cepat (122 km/detik) relatif terhadap Sistem Suria. Arcturus adalah bintang tua di pinggir Bima Sakti, dan tampak bergerak bersama dalam sebuah kelompok 52 bintang sejenis. Jisimnya sukar disukat, tetapi mungkin sama dengan jisim matahari, tetapi tidak lebih dari 1.5 kalinya. Dengan jisim tersebut Arcturus bererti lebih tua daripada Matahari, dan menggambarkan rupa Matahari saat mencapai fasa gergasi merah.
Berdasarkan pengukuran satelit Hipparcos, Arcturus berjarak 43.9 tahun cahaya (11.3 parsek) dari Bumi, jarak yang relatif dekat dalam skala astronomi. Hipparcos juga menyarankan Arcturus sebagai sebuah sistem bintang ganda, dengan komponen sekunder 20 kali lebih malap dan mengorbit cukup dekat sehingga berada dalam batas kemampuan kita untuk mengesannya. Hasil kajian terkini masih kurang meyakinkan, tetapi mendukung pengesanan marginal dari Hipparcos.[19]
Masyarakat Hawaii menganggap Arcturus (Hawaii: Hōkūleʻa dari hōkū leʻa, "bintang terang/riang"[20][21]) sebahagian daripada rasi Hoku-iwa "bintang simbang" yang menunjuk arah pulang Hawaiʻiloa selepas jauh berlayar di Lautan Teduh.[22] Kedudukannya juga setegak atas kepulauan mereka pada musim panas, pelayar-pelayar leluhur Polinesia dari Tahiti dan Kepulauan Marquesa berabad-abad sebelumnya menjadikan Arcturus penunjuk arah mereka mencari pulau baru hendak diduduki selain berpandukan angin pasat yang akhirnya membawa mereka ke Pulau Hawaii. Para penduduk Kepulauan Masyarakat menganggap Arcturus yang bernama Ana-tahua-taata-metua-te-tupu-mavae ("tiang sandar") itu antara bintang segugus melambangkan sepuluh kayangan yang dimasuki roh-roh orang tersayang mereka yang telah meninggal dunia.[23]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.