12 April merupakan hari ke-102 (hari ke-103 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 263 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Union Jack pada 1606
Pelancaran Bolak-Balik Angkasa Lepas Columbia
467 - Anthemius diisytiharkan sebagai Maharaja Empayar Rom Barat berhampiran Rom.
1204 - Angkatan tentera Marquis Montferrat Boniface dan Doge Venice Enrico Dandolo menawan ibu negara Empayar Byzantine Kustantiniyah , secara berkesan menamatkan Perang Salib Keempat .
1606 - Satu dekri diraja mewujudkan Union Jack (gambar) untuk melambangkan Penyatuan Takhta , menggabungkan reka bentuk Bendera England dan Scotland .
1633 - Soal siasat rasmi terhadap Galileo Galilei oleh Pasitan bermula.
1961 - Di atas Vostok 1 , angkasawan Soviet Yuri Gagarin menjadi orang pertama memasuki angkasa lepas .
1980 - Terry Fox mencelup kaki tiruannya ke dalam Lautan Atlantik di St. John's, Newfoundland and Labrador dan memulakan "Maraton Harapan" menuju Lautan Pasifik di Vancouver , British Columbia untuk mengumpulkan dana di seluruh Kanada bagi penyelidikan barah .
1981 - Bolak-balik angkasa lepas Columbia dari Pusat Angkasa Kennedy , Florida dilancarkan untuk penerbangan sulungnya (gambar) .
1987 - Bangunan MARA dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad . Bangunan ini terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
1992 - Disneyland Paris , taman peranginan Disney pertama di Eropah, dibuka di Marne-la-Vallée , di pinggiran Paris .
2007 - Perang Iraq : Kafeteria bangunan Perhimpunan Kebangsaan Iraq diserang seorang pengebom berani mati, membunuh seorang ahli parlimen dan mencederakan 23 lagi.
2009 - Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Bangkok dan kawasan sekitarnya selepas rusuhan Pattaya 2009 memaksa Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan.
2010 - Sebuah kereta api tergelincir di Merano , Itali, akibat tanah runtuh menyebabkan 9 orang maut.
2011 - Jepun menaikkan keterukan kemalangan nuklear Fukushima I ke tahap 7, yang tertinggi dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa .
2012 - Di tengah-tengah pilihan raya presiden, pihak tentera merampas kuasa di Bissau , ibu negara Guinea-Bissau.