Api
peristiwa pengoksidaan pesat sesuatu bahan From Wikipedia, the free encyclopedia
Api (Jawi: اڤي) ialah proses oksidasi pantas yang menghasilkan cahaya, haba, asap dan pelbagai hasil tindak balas kimia seperti karbon dioksida dan air.[1] Api lazimnya diklasifikasikan sebagai pembakaran minyak atau bahan api dalam keadaan terbakar (misalnya unggun, pendiangan atau dapur) atau satu pembakaran ganas, pemusnah dan tidak terkawal (seperti dalam bangunan atau api liar). Penemuan bagaimana membuat api dianggap salah satu kemajuan yang penting dalam peradaban manusia yang membenarkan hominid yang lebih tinggi perkembangannya mengusir binatang liar, memasak makanan dan mengawal sumber cahaya serta memanaskan badan sendiri.
![]() | Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk perincian dalam rencana. (Januari 2014) |


Perkataan "api" diturunkan daripada akar Proto-Austronesia *Sapuy,[2]yang mencerminkan kepentingannya dalam budaya dan kehidupan masyarakat Nusantara sejak dahulu. Api juga menjadi simbol kuasa, kemajuan, dan kehancuran dalam banyak tamadun di seluruh dunia.
Kimia
Nyalaan Api
Nyalaan api ialah bahagian yang kelihatan pada api yang terbentuk daripada gas panas yang membebaskan tenaga dalam bentuk cahaya dan haba. Nyalaan terbentuk apabila bahan bakar bertindak balas dengan oksigen melalui proses pembakaran. Warna, suhu, dan sifat nyalaan bergantung pada jenis bahan bakar, suhu, dan kehadiran bahan kimia tertentu.
Warna Nyalaan
Warna nyalaan api menunjukkan suhu dan jenis bahan kimia yang terlibat:
- Biru: Suhu tinggi, biasanya menunjukkan pembakaran lengkap (contohnya, api dapur gas).
- Kuning atau Oren: Suhu sederhana, mungkin berlaku kerana pembakaran tidak lengkap.
- Merah atau Merah Jambu: Suhu rendah, sering berlaku pada api kayu.
- Hijau atau Ungu: Kehadiran bahan kimia seperti tembaga atau kalium.
Suhu Lazim Api dan Nyalaan
- Lidah api Oksihidrogen: 2000°C (atau lebih) (3645°F)
- Lidah api Penunu Bunsen: (ubahan terendah hingga tertinggi) 1300 hingga 1600°C (2372 hingga 2912°F)
- Lidah api Penunu bagas: 1800°C (2370°F)
- Lidah api lilin: 760°C (1400°F)
- Rokok yang membara:[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]]
- Suhu semasa tidak disedut: di bahagian bernyala; 400°C (750°F); di tengah-tengah bahagian bernyala: 585°C (1110°F)
- Suhu semasa disedut: di tengah-tengah bahagian bernyala: 700°C (1290°F)
- Selalu lebih panas di tengah.
Mengawal Api


Kebolehan mengawal api merupakan salah satu faktor utama perubahan tabiat manusia awal.
Api Sebagai Sumber Kuasa
Pembakaran bahan bakar akan menghasilkan tenaga yang boleh digunakan sebagai sumber kuasa.
Perlindungan dan Pencegahan Kebakaran
Langkah-langkah perlindungan kebakaran adalah penting untuk mengurangkan pelbagai risiko bahaya, termasuk:
- Pencegahan Awal: Simpan bahan mudah terbakar dengan selamat, pasang pengesan asap, dan patuhi undang-undang keselamatan kebakaran.
- Keselamatan di Rumah/Tempat Kerja: Selenggara peralatan elektrik, latih penghuni tentang langkah kecemasan.
- Kawalan Api: Sediakan alat pemadam api dan elak pembakaran terbuka di kawasan berisiko.
- Perancangan Kecemasan: Wujudkan pelan pemindahan kecemasan dan adakan latihan kebakaran berkala.
Lihat juga
- Ujian api
- Membuat api
- Piromania
- Pirokinesis
- Letupan, Karat, Penghadaman dan membaja ialah jenis pembakaran berlain-lainan.
- Perlindungan api
- Perlindungan api kejuruteraan
- Asap
- Perlindungan api aktif
- Perlindungan api pasif
- Pintu api
- Menara pemerhati api dan/atau Pemerhati api
- Hentiapi
- Kalisanapi
- Intumesen
- Endotermik
- Bantal hentiapi
- Sebuah senarai rencana berkaitan api
- Sebuah senarai rencana berkaitan pelawan api
- Sebuah senarai sumber cahaya
- Makmal Penyelidik Api ATF
- Kod keselamatan kehidupan
- Gunung berapi
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.