Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tindak balas kimia merupakan proses hasil penukaran sebatian kimia.[1] Sebatian yang asalnya terlibat dengan tindak balas kimia dipanggil bahan tindak balas. Bahan tindak balas kimia lazimnya dicirikan melalui perubahan kimia, dan ia menghasilkan satu atau lebih hasil yang, secara amnya, berbeza dari bahan tindak balas. Dari dahulu, tindak balas kimia diceritakan melibatkan pergerakan elektron dalam membentuk dan memecahkan ikatan kimia, walaupun konsep am bagi tindak balas kimia, dalam bentuk persamaan kimia, boleh digunakan untuk peralihan zarah keunsuran, begitu juga tindak balas nuklear.
Tindak balas kimia yang berbeza digunakan dalam sintesis kimia untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Dalam biokimia, sesiri tindak balas kimia dimangkin oleh enzim yang membentuk laluan metabolik, yang sintesis dan penguraiannya lazimnya mustahil dalam keadaaan di dalam sel yang bertindak.
Terdapat banyak jenis tindak balas kimia dan pendekatannya menghasilkan banyak pertindihan dalam pengkelasan. Berikut adalah beberapa contoh istilah yang sering digunakan dalam menyatakan beberapa jenis tindak balas:
Iaitu I2 diturunkan kepada I- dan S2O32- (anion tiosulfat) dioksidakan kepada S4O62-.
Dalam tindak balas pemangkinan, tindak balas kimia tidak berlaku secara terus, tetapi melalui suatu jenis bahan ketiga iaitu mangkin. Mangkin berubah ketika tindak balas, tetapi menjadi bentuk yang asal setelah tindak balas berlaku, dan oleh itu, tidak habis digunakan.
Mangkin mencepatkan tindak balas, manakala bahan yang digunakan untuk melambatkan tindak balas lazimnya dipanggil sebagai penghambat.[2][3]
Tindak balas organik merangkumi pengasingan meluas yang melibatkan sebatian organik yang mempunyai karbon sebagai unsur utama dalam struktur molekul. Tindak balas yang melibatkan sebatian organik yang kebanyakan ditakrifkan sebagai kumpulan berfungsi. Bagi yang berlawanan pula dikenali sebagai tindak balas takorganik.
Dalam suatu tindak balas penggantian, sebuah kumpulan berfungsi daripada suatu sebatian kimia digantikan dengan suatu lagi kumpulan. Tindak-tindak balas ini boleh dikelaskan kepada penggantian nukleofil, elektrofil dan radikal.
Dalam tindak balas penggantian nukleofil, nukleofil, atom atau molekul dengan lebihan elektron dan oleh itu, bercas negatif atau separa, menggantikan atom atau sebahagian molekul. Contoh nukleofil umum ialah ion hidroksida, alkoksida, amina dan halida. Ada dua jenis mekanisme dalam tindak balas penggantian nukleofil, iaitu:
Tindak balas penambahan dan penyingkiran melibatkan perubahan bilangan atom pada atom karbon, dan pembentukan atau kehilangan ikatan berganda.
Dalam tindak balas penyingkiran, terdapat pelbagai jenis mekanisme yang boleh berlaku, iaitu:
Dalam tindak balas penambahan, ikatan ganda dua atau ganda tiga menjadi ikatan tunggal.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.