From Wikipedia, the free encyclopedia
Anugerah Skrin 2007 dianjurkan oleh TV3 untuk mengiktiraf karya terbaik penggiat seni dalam penerbitan rancangan televisyen, drama, dan filem buatan Malaysia. Majlis ini diadakan pada 14 Disember 2007, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 dan ditaja oleh Pantene.[1] Adiel Abd Ghaffar dan Raja Azura diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis anugerah ini.
Anugerah Skrin 2007 | |
---|---|
Tarikh | 14 Disember 2007 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengacara |
|
Penyampai pra-acara | Kartini Kamalul Ariffin |
Penerbit | Tengku Sahilawati Tengku Jehori |
Pengarah | Tengku Sahilawati Tengku Jehori |
Penganjur | TV3 |
Gambaran keseluruhan | |
Filem Terbaik | Cinta |
Siri Komedi Terbaik | Bong |
Siri Drama Terbaik | Susuk |
Film Televisi Terbaik | Sebuah Ijtihad |
Penghargaan terbanyak | [[]] () |
Pencalonan terbanyak | [[]] () |
Liputan televisyen | |
Saluran | TV3 |
TV3 juga telah menjemput terbitan-terbitan untuk stesen televisyen lain iaitu ntv7, 8TV, TV9, RTM dan juga ASTRO untuk sama-sama menghantar pencalonan bagi merebut anugerah di dalam Anugerah Skrin 2007.
Sebelum berlangsungnya Anugerah Skrin 2007, Pantene selaku penaja memberi penghargaan dan penghargaan kepada bakat-bakat baharu dalam industri dan memberi semangat agar mereka dapat menghasilkan lakonan yang lebih bermutu. Penerima anugerah ini dipilih oleh penonton Malaysia melalui SMS.
Nama | Mempersembahkan |
---|---|
Ensemble P. Ramlee The Musical | "Dua Bintang" petikan dari Teater Muzikal P. Ramlee |
Ning Baizura Nikki | "Asmara" |
Ferhad | "Kukoo" |
Faizal Tahir | "Batu dan Golek" |
Mendua | "Roman Picisan" |
The Lima | "Separuh Masa" |
Dayang Nurfaizah Noryn Aziz Adibah Noor Adibah Noor Entertainment Switch Production | "One Night Only" |
Ensemble P. Ramlee The Musical | "Cahaya Anugerah" petikan dari Teater Muzikal P. Ramlee |
Berikut merupakan senarai pemenang-pemenang Anugerah Skrin 2007:
Adiel Abd Ghaffar dan Raja Azura mengacarakan segmen tribute Dalam Kenangan untuk mengenang pemergian keenam-enam seniman dan seniwati Kasma Booty, Hussein Abu Hassan, Izi Yahya, Tony Kassim, Robert Kong, dan Nazari Omar Baki yang terpapar di dalam montaj berlatarbelakangkan muzik "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" nyanyian asal P. Ramlee.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.