Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Anugerah Akademi ke-88 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2015. Majlis ini berlangsung pada Februari 28, 2016 di Teater Dolby, Hollywood, California.[3] Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumunya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh David Hill serta Reginald Hudlin dan diarahkan oleh Glenn Weiss.[4] Chris Rock mengacarakan majlis ini buat kali kedua dimana sebelum ini beliau mengacarakan Anugerah Akademi ke-77 pada tahun 2005.[5]
Anugerah Akademi ke-88 | ||||
---|---|---|---|---|
Tarikh | Februari 28, 2016 | |||
Tempat | Teater Dolby Hollywood, Los Angeles, California, A.S. | |||
Rangkaian | ABC | |||
Pengacara | Chris Rock[1] | |||
Penerbit | David Hill Reginald Hudlin[2] | |||
Pengarah | Glenn Weiss | |||
Tempoh | 3 jam, 37 minit | |||
Filem Terbaik | Spotlight | |||
Anugerah terbanyak | Mad Max: Fury Road (6) | |||
Pencalonan terbanyak | The Revenant (12) | |||
|
Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-7 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 14, 2015.[6] Pada Februari 14, 2016, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Olivia Munn dan Jason Segel.[7]
Mad Max: Fury Road memenangi anugerah terbanyak dengan enam dan The Revenant memenangi tiga anugerah daripada 12 pencalonan. Pemenang-pemenang yang lain termasuk Spotlight yang memenangi dua anugerah termasuk Filem Terbaik manakala A Girl in the River: The Price of Forgiveness, Amy, Bear Story, The Big Short, Bridge of Spies, The Danish Girl, Ex Machina, The Hateful Eight, Inside Out, Room, Son of Saul, Spectre dan Stutterer memenangi satu anugerah.
Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-88 diumumkan pada Januari 14, 2016 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh pengarah Guillermo del Toro dan Ang Lee, presiden Akademi Cheryl Boone Isaacs dan pelakon John Krasinski.[8][9] The Revenant menerima pencalonan terbanyak dengan dua belas pencalonan diikuti Mad Max: Fury Road dengan sepuluh pencalonan.[10] Untuk tahun kedua berturut-turut, sebuah filem yang diarahkan oleh Alejandro G. Iñárritu menerima pencalonan terbanyak.
Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Februari 28, 2016.[11] Dengan dua kemenangan Oskar, Spotlight merupakan Filem Terbaik kedua dengan anugerah paling sedikit,[12] menjadikan ia filem pertama sejak filem 1952, The Greatest Show on Earth untuk memenangi anugerah Filem Terbaik dengan hanya satu anugerah lain.[13] Alejandro G. Iñárritu menjadi pengarah ketiga untuk memenangi dua anugerah Pengarah Terbaik berturut-turut selepas John Ford pada tahun 1940-1941 dan Joseph L. Mankiewicz pada tahun 1949-1950.[14]
Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[15]
Filem Terbaik | Pengarah Terbaik |
---|---|
|
|
Pelakon Lelaki Terbaik | Pelakon Wanita Terbaik |
|
|
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik |
|
|
Lakon Layar Asal Terbaik | Lakon Layar Adaptasi Terbaik |
|
|
Filem Animasi Terbaik | Filem Bahasa Asing Terbaik |
|
|
Filem Dokumentari Terbaik | Dokumentari Terbaik - Subjek Pendek |
|
|
Filem Pendek Aksi Terbaik | Filem Pendek Animasi Terbaik |
|
|
Skor Muzik Asal Terbaik | Lagu Asal Terbaik |
|
|
Suntingan Bunyi Terbaik | Adunan Bunyi Terbaik |
|
|
Rekaan Produksi Terbaik | Sinematografi Terbaik |
|
|
Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik | Rekaan Kostum Terbaik |
|
|
Suntingan Filem Terbaik | Kesan Visual Terbaik |
|
|
Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-7 pada November 14, 2015 dimana anugerah-anugerah berikut dipersembahkan:[16][17][18]
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.