Majlis Anugerah Akademi ke-73 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2000 dan berlangsung pada Mac 25, 2001 di Auditorium Shrine, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 23 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz.[6]Steve Martin mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[7] Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Mac 3, Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Renée Zellweger.[8]
Gladiator memenangi lima anugerah termasuk Filem Terbaik.[9] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Traffic dengan empat anugerah dan Almost Famous, Big Mama, Erin Brockovich, Father and Daughter, How the Grinch Stole Christmas, Into the Arms of Strangers: Stories of the Kindertransport, Pollock, Quiero ser (I want to be ...), U-571 dan Wonder Boys dengan satu anugerah.
Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-73 diumumkan pada Februari 13, 2001 oleh Robert Rehme, presiden Akademi dan pelakon Kathy Bates.[10]Gladiator menerima pencalonan terbanyak dengan dua belas. Crouching Tiger, Hidden Dragon menduduki tempat kedua dengan sepuluh pencalonan.[11]
Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Mac 25, 2001.[12]Gladiator menjadi filem pertama untuk memenangi Filem Terbaik tanpa memenangi kategori arahan atau lakon layar sejak filem 1949, All the King's Men.[13] Pemenang Pengarah Terbaik, Steven Soderbergh yang menerima pencalonan untuk kedua-dua Erin Brockovich dan Traffic merupakan individu ketiga untuk menerima dua pencalonan arahan pada tahun yang sama.[14]Crouching Tiger, Hidden Dragon menjadi filem ketiga dicalonkan untuk Filem Terbaik dan Filem Bahasa Asing Terbaik pada tahun yang sama.[15] Ia juga merupakan filem bahasa asing yang mendapat pencalonan terbanyak dengan sepuluh.[16] Dengan empat kemenangan, filem ini terikat dengan Fanny and Alexander sebagai filem bahasa asing dengan anugerah terbanyak dalam sejarah Anugerah Akademi.[17]
Crouse, Richard (2005), Reel Winners: Movie Award Trivia, Toronto, Canada: Dundurn Press, ISBN1-550-02574-0
Pond, Steve (2005), The Big Show: High Times and Dirty Dealings Backstage at the Academy Awards, New York, United States: Faber and Faber, ISBN0-571-21193-3