Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Renée Kathleen Zellweger[1][2] [rəˈneɪ ˈzɛlwɛɡər, rĕ-néi zél-wé-gĕr] (lahir 25 April 1969) merupakan pelakon dan penerbit Amerika Syarikat yang juga pemenang untuk Anugerah Akademi, BAFTA, Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Golden Globe. Beliau merupakan salah seorang pelakon Hollywood yang mendapat bayaran tertinggi.[3]
Zellweger dilahirkan di Baytown, Texas sebelum berpindah ke Katy, Texas. Bapa beliau, Emil Erich Zellweger, merupakan kelahiran Switzerland yang bekerja sebagai jurutera elektrik dan mekanikal.[4] Ibu beliau pula, Kjellfried Irene, merupakan kelahiran Norway,[5][6] merupakan seorang jururawat dan berpindah ke Amerika Syarikat untuk bekerja dengan sebuah keluarga warga Norwey di Texas.[7][8][9] Beliau mempunyai seorang abang, Andrew.
Sewaktu zaman persekolahan, Zellweger aktif dalam mengambil bahagian sukan termasuklah bola sepak, bola keranjang, besbol dan lain-lain lagi. [9] Beliau memasuki Sekolah Tinggi Katy dan menjadi ahli kumpulan sorak, ahli kelab drama dan gimnastik. Zellweger pernah berlakon dalam beberapa pementasan sekolah dan dipilih sebagai "Best Looking" untuk kelasnya sebelum tamat sekolah tinggi pada tahun 1997). Setelah itu, beliau memasuki Universiti Texas di Austin dalam bidang Bahasa Inggeris.[5] Zellweger merupakan pelajar cemerlang dan beberapa kali mendapat Anugerah Dekan. Beliau tamat pada tahun 1991. Beliau pernah terfikir untuk berhijrah ke Hollywood tetapi kemudiannya beliau memutuskan untuk menetap di Texas untuk menimba pengalaman baharu buat ketika itu.
Semasa di Texas, Zellweger pernah muncul dalam beberapa buah filem seperti A Taste for Killing (1992) sebagai Mary Lou, kemudian watak kecil dalam siri mini Murder in the Heartland (1993). Tahun berikutnya, beliau muncul pula di dalam filem Reality Bites (1994), iaitu filem arahan pertama Ben Stiller, dan filem 8 Seconds, arahan John G. Avildsen. Return of the Texas Chainsaw Massacre merupakan filem pertama yang memilih Zellweger sebagai watak utama disamping Matthew McConaughey. Filem seterusnya adalah Love and a .45 (1994)yang membolehkan beliau mendapat pengiktirafan dari Independent Spirit Award untuk Best Debut Performance. Zellweger mula dikenali seluruh dunia apabila berlakon dalam Jerry Maguire (1996) disamping Tom Cruise.[7] Beliau mendapat peranan dalam filem itu setelah mengalahkan Mira Sorvino dan Marisa Tomei.
Filem-filem lain lakonan beliau antaranya adalah Me, Myself & Irene (2000), Bridget Jones's Diary (2001), Chicago (2002), Cold Mountain (2003), Bridget Jones: The Edge of Reason (2004), Miss Potter (2006) dan banyak lagi.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1993 | My Boyfriend's Back| data-sort-value="" style="background: #ececec; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-na" | — | Deleted scenes | |
1994 | Reality Bites | Tami | |
1994 | Shake, Rattle and Rock! | Susanne | |
1994 | 8 Seconds | Prescott Buckle Bunny | Kameo |
1994 | Love and a .45 | Starlene Cheatham | |
1994 | Texas Chainsaw Massacre: | Jenny | |
1995 | Empire Records | Gina | |
1995 | The Low Life | Poet | |
1996 | The Whole Wide World | Novalyne Price | |
1996 | Jerry Maguire | Dorothy Boyd | |
1997 | Deceiver | Elizabeth | |
1998 | A Price Above Rubies | Sonia Horowitz | |
1998 | One True Thing | Ellen Gulden | |
1999 | The Bachelor | Anne Arden | |
2000 | Me, Myself & Irene | Irene P. Waters | |
2000 | Nurse Betty | Betty Sizemore | |
2001 | Bridget Jones's Diary | Bridget Jones | |
2002 | White Oleander | Claire Richards | |
2002 | Chicago | Roxie Hart | |
2003 | Down with Love | Barbara Novak | |
2003 | Cold Mountain | Ruby Thewes | |
2004 | Shark Tale | Angie | Sebagai penyumbang suara |
2004 | Bridget Jones: The Edge of Reason | Bridget Jones | |
2005 | Cinderella Man | Mae Braddock | |
2006 | Miss Potter | Beatrix Potter | Also penerbit eksekutif |
2007 | Bee Movie | Vanessa Bloome | Sebagai penyumbang suara |
2008 | Leatherheads | Lexie Littleton | |
2008 | Appaloosa | Allie French | |
2009 | New in Town | Lucy Hill | |
2009 | Monsters vs. Aliens | Katie | Sebagai penyumbang suara |
2009 | My One and Only | Anne Deveraux | |
2009 | Case 39 | Emily Jenkins | |
2010 | My Own Love Song | Jane | |
2016 | The Whole Truth | Loretta | |
2016 | Bridget Jones's Baby | Bridget Jones | |
2017 | Same Kind of Different as Me | Deborah Hall | |
2018 | Here and Now | Tessa | |
2019 | Judy | Judy Garland |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1992 | A Taste for Killing | Mary Lou | Telefilem |
1993 | Murder in the Heartland | Barbara Von Busch | Minisiri; tidak dicatat |
1994 | Shake, Rattle and Rock! | Susan Doyle | Telefilem |
2001 | King of the Hill | Tammy Duvall | Sebagai pelakon suara, episod "Ho, Yeah!" |
2008 | Living Proof| data-sort-value="" style="background: #ececec; color: #2C2C2C; vertical-align: middle; text-align: center; " class="table-na" | — | Sebagai penerbit eksekutif | |
2019 | What/If | Anne Montgomery |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.