From Wikipedia, the free encyclopedia
Judy Garland (lahir Frances Ethel Gummpada pada 10 Jun 1922 – meninggal pada 22 Jun 1969) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan vokal beliau dan mencapai kemasyhuran antarabangsa yang berterusan sepanjang kerjaya yang menjangkau lebih daripada 40 tahun sebagai seorang pelakon dalam peranan muzik dan dramatik, sebagai artis rakaman dan pada pentas konsert. Peranan yang paling terkenal adalah "Dorothy Gale" dalam filem The Wizard of Oz (1939). Beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Akademi dan memenangi banyak anugerah lain dalam kerjayanya. Beliau adalah ibu kepada pelakon dan penyanyi Liza Minnelli.
Judy Garland | |
---|---|
Kelahiran | Frances Ethel Gumm 10 Jun 1922 |
Meninggal dunia | 22 Jun 1969 47) | (umur
Sebab kematian | Terlebih dos Barbiturat |
Pekerjaan | Pelakon, Penyanyi |
Tahun aktif | 1924–1969 (penyanyi) 1929–1967 (pelakon) |
Pasangan | David Rose (k. 1941; c. 1944) Vincente Minnelli (k. 1945; c. 1951) Sidney Luft (k. 1952; c. 1965) Mark Herron (k. 1965; c. 1967) Mickey Deans (k. 1969; her death 1969) |
Anak-anak | 3, including Liza Minnelli and Lorna Luft |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Judy Garland. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.