Antilocapridae

From Wikipedia, the free encyclopedia

Antilocapridae

Antilocapridae ialah keluarga di bawah Artiodactyla, yang hanya wujud (endemik) di Amerika Utara. Kumpulan terdekat Antilocapridae ialah Giraffidae[1] yang bersama-sama membentuk superkeluarga Giraffoidea. Hanya satu spesies dalam keluarga ini yang masih hidup hingga kini iaitu Antilocapra americana, seekor haiwan ruminan menyerupai antelop.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genus subfosil ...
Antilocapridae
Julat zaman: Miosen Awal–kini
Thumb
Pronghorn di Fort Keogh, Montana
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Superkeluarga: Giraffoidea
Keluarga: Antilocapridae
J. E. Gray, 1866
Genus subfosil

Antilocapra
Capromeryx
Stockoceros
Tetrameryx

Tutup

Pengelasan

Antilocapridae ialah ruminan daripada klad Pecora. Pecora lain yang masih ada ialah keluarga Giraffidae (zirafah), Cervidae (rusa), Moschidae (rusa kasturi), dan Bovidae (lembu, kambing dan biri-biri, lembu liar dan sekutu, dan antelop). Perkaitan tepat antara warga Pecora telah diperdebatkan, terutamanya berkenaan penempatan Giraffidae, tetapi kajian penjujukan genom ruminan berskala besar baru-baru ini mencadangkan Antilocapridae ialah takson saudara Giraffidae, seperti yang ditunjukkan dalam kladogram di bawah.[2]

Ruminantia
Tragulina

Tragulidae

Pecora

Antilocapridae

Giraffidae

Cervidae

Bovidae

Moschidae

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.