Alyssa Dezek
From Wikipedia, the free encyclopedia
Aryanna Alyssa Dezek (lahir 24 April 2008) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan selebriti internet Malaysia.[2] Beliau telah mencipta sejarah sebagai selebriti internet termuda negara yang berjaya tersenarai dalam carta 5 Teratas YouTube Malaysia.[3][4] Alyssa telah mengumpulkan sebanyak 4.7 juta pengikut di saluran YouTube beliau, yang mana beliau menyanyikan lagu saduran Malaysia .[5][6]
Kerjaya
Kerjaya hiburan Alyssa Dezek bermula apabila videonya menyanyikan lagu "Kun Anta" nyanyian asal Humood Alkhuder, sambil bermain ukulele menjadi tular di YouTube.[7]
Beliau membuat penampilan televisyen pertamanya menerusi rancangan Ceria All-Star di Astro Ceria ketika baru berusia tujuh tahun. Pada tahun 2018, beliau tersenarai sebagai salah seorang peserta Ceria Megastar.[8] Alyssa juga pernah muncul dalam rancangan televisyen kanak-kanak Chiki Boom terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM),[9]
Penampilan sulungnya dalam bidang lakonan ialah menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap yang dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera, seterusnya memegang watak pesakit leukemia bernama Zai dalam telefilem Ana Anak Ibu lakonan bersama Puteri Balqis.[10] Sebagai penyanyi, Alyssa muncul dengan single "Lagu Untuk Kamu" yang dikeluarkan pada November 2019 di bawah label Xeno Music. Lagu tersebut telah memperoleh 63 juta tontonan di YouTube dengan 910,000 tanda suka, sekaligus direkodkan sebagai video dengan tontonan terbanyak di YouTube Malaysia.[7] Lagu lain beliau termasuk "Ma dan Pa", "Bintang" dan "Duniaku".
YouTube
Kerjaya YouTube Alyssa bermula pada 2012 apabila ibu beliau, Suzanne Dezek memuat naik klip video beliau menyanyikan lagu saduran ketika hanya berusia 4 tahun.[3][11] Hasil pendapatan beliau daripada saluran YouTube beliau, di mana beliau telah mengumpulkan 3 juta pengikut dengan videonya telah meraih 300 juta tontonan.[11] Menurut kajian oleh laman penjejak media sosial Social Blade, dianggarkan bahawa pendapatan Alyssa dari YouTube mencecah sebanyak RM29,942 hingga RM427,250.[11]
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia, saluran YouTube Alyssa menerima jumlah langganan paling tertinggi.[3] Alyssa mencipta rekod sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang tersenarai dalam carta 10 Teratas YouTube Malaysia dengan menduduki tangga ke-9.[3]
Kehidupan peribadi
Alyssa Dezek dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Suzanne Sahri Dezek dan Hafidz Dezek,[12][13] adik lelakinya ialah Aaron Dezek. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Danau Kota, Kuala Lumpur.[12][14] Selain itu, beliau juga berkemahiran bermain gitar, ukulele dan biola.[12]
Pada November 2018, Alyssa dimasukkan ke hospital selama lima hari akibat penyakit apendiks selepas mengadu sakit perut. Beliau diberi rehat daripada penggambaran dua drama lakonannya.[15]
Alyssa telah memiliki kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dibelinya pada harga RM250,000,[16] hasil dari pendapatannya sebagai selebriti YouTube.[17][18]
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Patahnya Sebelah Sayap | Tasha | TV3 | Drama pertama |
2018 | Patahnya Sebelah Sayap 2 | |||
2018–2019 | Selafaz Cinta | Talia | Astro Prima | |
2019 | Jodoh-Jodoh Annisa | Sofea | ||
2022 | Skuad Detektif KBAT | Trisha | Astro Ceria | |
Drama web
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2021 | Ganjil | Nabila (kecil) | Viu |
2023–2024 | W: Two Worlds | Adik Aliff | |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Kasut Bola Pink | Rania | Astro First Eksklusif | Telefilem pertama |
Ana Anak Ibu | Zai | Astro Citra | ||
Lambor Kanan Belakang Dewan | Ariana | Astro Prima | Dikreditkan sebagai Aryanna Alyssa | |
Jangan Sembelih Merah | Saerah | TV3 | ||
2018 | Ghahim Takut Nak Azan | Shagifah Ghosmilah | ||
Vlog Laura | Laura | NTV7 | ||
Mimpi Sumi | Eyda | |||
Senarai Raya Papa | Lieya | TV3 | ||
Bebel | Mawar | TV1 | ||
2019 | Raya Kali Ini | Qalisya | TV3 | |
2022 | Alyssa | Astro Warna | ||
Sejenis Raya Senariounion | Alisha | |||
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Ceria All-Star | Peserta | Astro Ceria | |
2016 | Wanita Hari Ini | Tetamu Jemputan | TV3 | |
2017 | Motif Viral | Astro Ria | ||
Meja Bulat Sepahtu | Astro Warna | |||
2018 | Ceria Megastar | Peserta | Astro Ceria | |
2019 | Chiki Boom | Pengacara | TV2 | |
Diskografi
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2017 | "Ma dan Pa" |
|
"Bintang" |
Lagu tema Ana Anak Ibu | |
"Duniaku" |
Lagu tema Jangan Sembelih Merah | |
2019 | "Lagu Untuk Kamu" |
|
2020 | "Let It Flow" |
|
2023 | "Faham Tak" |
|
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon | [19] |
2021 | Anugerah MeleTOP Era 2021 | BBNU Meletop | Menang | N/A |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.