Remove ads
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (lahir 20 Mac 1965) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat dan ADUN Sijangkang.
Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Yunus Hairi DPMS (Selangor) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Langat, Selangor | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Xavier Jayakumar A/L Arulanandam |
Majoriti | 1,833 (PRU-15) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Sijangkang | |
Menyandang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Abdul Fatah Iskandar |
Majoriti | 2,081 (PRU-12) 2,942 (PRU-13) 1,677 (PRU-14) 11,308 (PRU-15) |
Pesuruhjaya PAS Selangor ke-15 | |
Dalam jawatan 2019 – 31 Oktober 2023 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Sallehen Mukhyi |
Digantikan oleh | Ab Halim Tamuri |
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Menteri Besar |
|
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 2012–2013 | |
Menteri Besar | Abdul Khalid Ibrahim (PKR) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 20 Mac 1965 |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Kediaman | Selangor |
Pekerjaan | Ahli politik |
Pada 18 Januari 2012, Dr Ahmad Yunus dilantik sebagai Exco negeri Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang dipecat dari PAS pada 8 Januari 2012. Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam . Beliau dipertanggungjawabkan terhadap Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan negeri Selangor. Hassan Ali sebenarnya menjadi Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Calon pilihan iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menolak jawatan tersebut.[1]
Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 akhbar Berita Harian menyiarkan berita "Tikam dari belakang - calon PAS". Pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press( Malaysia ) Berhad. Rencana itu membawa maksud Ahmad Yunus seorang rakan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu bersama majlis ceramah UMNO / Abdul Fatah tetapi bertanding pula atas tiket PAS. Pembaca akan mentafsir Ahmad Yunus sebagai calon PAS tangkap muat dan beliau adalah calon yang berjuang berdasarkan emosi.[2]
Dr Ahmad Yunus diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin. Datuk Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salahuddin Saidin . Akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee .[3]
Pada 29 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan bahawa Datuk Abdul Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press setuju membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Dr Ahmad Yunus.
Pada bulan November 2020, Ahmad Yunus adalah di antara 5 Ahli Dewan Negeri (ADUN) pembangkang yang ditegur oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim kerana memakai Baju Melayu di Dewan pada hari yang bukan hari Jumaat.[4] ADUN-ADUN lain yang ditegur adalah Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong), Zakaria Hanafi (Semenyih), Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang) dan Rizam Ismail (Sungai Air Tawar). Teguran itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati kalangan ADUN pembangkang.
Pada 5 September 2020, Dr Yunus selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah membidas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago kerana mahu perletakan jawatan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berikutan pencemaran sungai di Selangor.[5] Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata sebelum menuding kesalahan ke atas Menteri Air dan Alam Sekitar itu, Charles perlu cermin diri terlebih dahulu Kata Dr Yunus, pencemaran ini merupakan kejadian ulangan disyaki berpunca dari kilang yang sama justeru itu tindakan awal oleh Charles sewaktu menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ketika kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini di dalam mengekang isu pencemaran sungai yang berlaku dari awal adalah dipersoalkan.
Pada bulan Julai 2017, Dr Yunus selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Islam, Adat Melayu dan Pembangunan Desa Negeri Selangor telah menolak dakwaan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa agenda pembangunan pendidikan agama negeri Selangor adalah tidak konsisten.[6]
Kata Dr Yunus, kerajaan negeri telah membina madrasah integrasi tahfiz dan maahad tahfiz di seluruh negeri.[6]
Beliau menegaskan terdapat beratus-ratus sekolah agama Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA), Sekolah Rendah Intergrasi di 11 buah daerah dan 4 buah Maahad Tahfiz Intergrasi Negeri. Elaun guru-guru agama di sekolah integrasi negeri juga telah dinaikkan sehingga RM1,500 sebulan yang menelan belanja RM20 juta seperti yang diluluskan pada Belanjawan 2017. RM13 juta juga telah diluluskan bagi pembaikan infrastruktur pendidikan aliran agama membabitkan sekolah agama rakyat (SAR), tambah beliau.
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Kuala Langat | Ahmad Yunus Hairi | PN (PAS) | 52,867 | Manivannan Gowindasamy | PH (PKR) | 51,034 | 1,833 |
Mohana Muniandy | BN (MIC) | 18,685 | ||||||
Mohd Ridzuan Abdullah | GTA (PEJUANG) | 591 | ||||||
Zanariah Jumhuri | BEBAS (PEN) | 512 | ||||||
Ganeskumar | PRM | 171 |
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | Sijangkang | Ahmad Yunus Hairi | PN (PAS) | 30,422 | Mohd Al-Hafizi Abu Bakar | BN (UMNO) | 19,114 | 11,308 |
2018 | Ahmad Yunus Hairi | PAS | 12,688 | Mohd Hamidi Abu Bakar | PH (BERSATU) | 11,011 | 1,677 | |
Sulaiman Mohd Karli | BN (UMNO) | 10,420 | ||||||
2013 | Ahmad Yunus Hairi | PAS | 14,838 | Zurihan Yusop | BN (UMNO) | 11,896 | 2,942 | |
2008 | Ahmad Yunus Hairi | PAS | 10,049 | Abdul Fatah Zakaria | BN (UMNO) | 7,968 | 2,081 | |
2004 | Ahmad Yunus Hairi | PAS | 6,259 | Abdul Fatah Zakaria | BN (UMNO) | 9,655 | 3,396 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.