ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
YB Dato' Ng Suee Lim (lahir 13 Julai 1970) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Selangor dan ADN Sekinchan.
Yang Berhormat Dato' Ng Suee Lim DPMS (Selangor) | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 | |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Didahului oleh | Ng Sze Han (Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru) Hee Loy Sian (Pelancongan) |
Portfolio | Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Pembangunan Kampung Baru |
Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 26 Jun 2018 – 19 September 2023 | |
Sultan | Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Didahului oleh | Hannah Yeoh Tseow Suan |
Digantikan oleh | Lau Weng San |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sekinchan, Selangor | |
Menyandang jawatan 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Chia Kim Lem |
Majoriti | 344 (2004) 190 (2008) 2,239 (2013) 2,844 (2018) 4,018 (2023) |
Setiausaha Publisiti DAP Selangor | |
Dalam jawatan 2015–2017 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ng Suee Lim 13 Julai 1970 Klang, Selangor |
Parti politik | PH-DAP |
Pasangan | Bee Ha (Meninggal dunia 2016) |
Anak | 4 |
Kediaman | Shah Alam, Selangor |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Beliau merupakan satu-satunya Ahli Dewan Negeri Selangor dari kalangan kaum Cina yang fasih berbahasa dalam dialek bahasa Jawa.[1]
Beliau terlibat dalam politik khususnya DAP setelah banyak membaca kenyataan media dan buku oleh pengasas DAP, Lim Kit Siang sejak di darjah 6, 1981-1982. Beliau selalu hadir dalam jamuan makan malam yang dianjurkan oleh pemimpin politik tempatan bagi mengumpulkan derma. Di dalam kelas pula, beliau selalu berdebat dengan cikgu Sejarah tentang beberapa peristiwa sejarah sehingga beliau dilabel sebagai pembangkang. Tahun 1995, beliau menjadi ketua DAP cawangan Kapar.
Pemecatan Dato Sri Anwar Ibrahim pada 1998 menyebabkan beliau terpanggil untuk berdemo dan memberi ceramah. Dalam Pilihan raya 1999 beliau dicadangkan oleh Ronnie Liu Tian Khiew dan Teng Chang Khim bertanding di DUN Sekinchan kerana tiada lagi veteran politik yang mahu bertanding di sana. Beliau bertanding pada usia 20-an dan kalah 2044 undi tetapi menang di kawasan Melayu kerana dia boleh berbahasa Jawa. Komposisi penduduk Sekinchan ialah 42% Melayu, 56% Cina dan 2% India. Melayu pula berketurunan Jawa dan Banjar.
Dalam Pilihan raya 2004, ramai pengundi kembali menyokong BN dan ramai calon DAP, PKR dan PAS kalah. Tetapi Ng Suee Lim menang di Sekinchan dengan majoriti 344 undi.Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 5403 undi dengan majoriti 190 undi.[2]
Pada 14 Mac 2012, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor serta Adun Sekinchan, Ng Sue Lim atas tuduhan fitnah. Akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor, SelangorKini dalam keluaran 25 November - 2 Disember 2011 menyiarkan artikel "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" dan gambar kain rentang "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani". Saman RM10 juta difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Mac 2012 melalui peguam beliau, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.[3]
Pada 13 Julai 2012, Dato Seri Noh Omar mendakwa projek pembinaan Kondominium Sekinchan Perdana di Sekinchan dibina tidak mengikut dasar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) yang menetapkan setiap pembinaan di atas 0.4 hektar tanah hanya boleh membabitkan 60 unit rumah. Kondominium 94 unit rumah , 18 tingkat itu jelas tidak mengikut dasar yang ditetapkan JPBD iaitu 12 tingkat.[4][5]
Penjualan 24 unit rumah di Pangsapuri Damai di Taman Sekinchan Damai yang sepatutnya diperuntukkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam tetapi dijual kepada sebuah syarikat swasta. NKK Enterprise merupakan entiti perniagaan yang beralamat di 17A, Jalan Suria Indah 5, Taman Suria Indah ,Tanjung Karang. Ng Sue Lim selaku Adun Sekinchan hendaklah telus dalam hal ini.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.