From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Teng Chang Khim (Cina tradisional: 鄧章欽; pinyin: Dèng Zhāngqīn) merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Sungai Pinang yang mewakili parti DAP. Beliau menang kali ke-4 di Sungai Pinang sejak pilihan raya 1995. Setelah menang pilihan raya, beliau menjadi Ketua Pembangkang DUN Selangor bagi sesi 1995-1999 dan 2004-2008.
Yang Berbahagia Dato' Teng Chang Khim | |
---|---|
邓章钦 | |
EXCO Dewan Undangan Negeri Selangor (Kerajaan Tempatan : 30 May 2013 – 26 September 2014) (Pelaburan, Industri, Industri Kecil & Sederhana, Perdangangan dan Pengangkutan : 27 September 2014 – 18 Mei 2018) ((Industri dan Perdagangan : 19 Mei 2018 – Kini) | |
Menyandang jawatan 30 Mei 2013 | |
Raja | Sultan Sharafuddin |
Menteri Besar | Abdul Khalid Ibrahim Mohamed Azmin Ali Amirudin Shari |
Didahului oleh | Ronnie Liu Tian Khiew |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Bandar Baru Klang | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Majoriti | 39,828 (2018) |
Speaker Dewan Negeri Selangor ke-9 | |
Dalam jawatan 22 April 2008 – 30 Mei 2013 | |
Raja | Sultan Sharafuddin |
Menteri Besar | Abdul Khalid Ibrahim |
Deputy | Haniza Mohamed Talha |
Didahului oleh | Onn Ismail |
Digantikan oleh | Hannah Yeoh |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Pinang | |
Dalam jawatan 2004–2018 | |
Didahului oleh | Chua Kow Eng (DAP) |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Majoriti | 445 (1999) 3,613 (2004) 7,361 (2008) 11,309 (2013) |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Bukit Gasing | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Teong Shyan Chyuan (DAP) |
Digantikan oleh | Lim Thuang Seng (Gerakan–BN) |
Majoriti | 1,290 (1995) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Batu Pahat, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 2 Jun 1963
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) Pakatan Rakyat (PR) Barisan Alternatif (BA) Gagasan Rakyat (GR) |
Pertalian | Teng Boon Soon (bapa saudara) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Beliau telah menjadi Speaker DUN Selangor mulai 22 Mac 2008 setelah Pakatan Rakyat menang dalam pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor. Pada Disember 2020, beliau mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada dunia politik, dan tidak akan lagi bertanding sebagai calon ADUN pada pilihan raya negeri Selangor yang seterusnya.
Tahun | Kawasan | Undian | Peratusan | Penentang | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | N27 Bukit Gasing, P095 Petaling Jaya Selatan | Teng Chang Khim (DAP) | 11,348 | 53.01% | Lim Thuang Seng (Gerakan) | 10,058 | 46.99% | 21,889 | 1,290 | 64.58% | ||
1999 | N41 Bandar Klang, P100 Klang | Teng Chang Khim (DAP) | 13,927 | 49.72% | Tan Chee Keong (MCA) | 13,482 | 48.14% | 28,501 | 445 | 71.82% | ||
Chua Kok Eng (MDP) | 599 | 2.14% | ||||||||||
2004 | N44 Sungai Pinang, P109 Kapar | Teng Chang Khim (DAP) | 10,484 | 60.41% | Khoh Siew Kim (MCA) | 6,871 | 39.59% | 17,744 | 3,613 | 72.38% | ||
2008 | Teng Chang Khim (DAP) | 12,856 | 70.06% | Song Kee Chai (MCA) | 5,495 | 29.94% | 18,695 | 7,361 | 77.29% | |||
2013 | Teng Chang Khim (DAP) | 17,364 | 74.13% | Lee Siew Chee (MCA) | 6,055 | 25.87% | 23,710 | 11,309 | 86.70% | |||
2018 | N45 Bandar Baru Klang, P110 Klang | Teng Chang Khim (DAP) | 44,926 | 89.81% | Teoh Kah Yeong (MCA) | 5,098 | 10.19% | 50,564 | 39,828 | 87.15% |
Tahun | Kawasan | Undian | Peratusan | Penentang | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | P108 Bukit Bintang, Kuala Lumpur | Teng Chang Khim (Bebas) | 123 | 0.35% | Wee Choo Keong (DAP) | 20,403 | 57.66% | 36,666 | 5,546 | 61.75% | ||
Lee Chong Meng (MCA) | 14,857 | 41.99% | ||||||||||
1999 | P100 Klang, Selangor | Teng Chang Khim (DAP) | 24,528 | 44.36% | Tan Yee Kew (MCA) | 30,201 | 54.61% | 56,325 | 5,673 | 69.81% | ||
Tan Siow Eng (MDP) | 570 | 1.03% |
Adik Teng, Teng Chang Yeow ialah pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang dan Setiausaha Agung parti Gerakan. Teng Chang Yeow pernah menumbangkan Pengerusi DAP, Karpal Singh di DUN Padang Kota pada pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi. Bapanya ialah seorang pemimpin akar umbi MCA di tempat kelahirannya, Batu Pahat, Johor. Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon merupakan Ahli Parlimen Tebrau.[10]
Pada 21 Mac 2012, Speaker Teng Chang Khim 'menghalau' Datuk Mohd Isa Kasim (BN-Batang Kali) dari DUN Selangor kerana lantang mengkritik kerajaan PKR Selangor. Teng menggunakan Perkara 44(2) Peraturan-peraturan Tetap Dewan bagi mengarahkan wakil rakyat BN itu keluar sidang DUN selama dua jam. Mohd Isa cuba meminta penjelasan dari MB Abdul Khalid Ibrahim tentang beberapa perkara yang berkaitan pengurusan harta kerajaan negeri.[11]
Pada Januari 2011, Speaker Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah (Julai 2010 - Jan 2011). Surat tidak hadir pada 21 Disember 2010 dihantar dengan alasan mendapat rawatan tradisional .Ekoran itu, Badrul Hisham melalui peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak memfailkan saman pemula di di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam pada 24 Januari 2011. Badrul Hisham melompat dari PKR ke Bebas. Tindakan Chang Khim adalah ultra vires (melampau batasan undang-undang), salah, batal dan tidak sah mengikut Artikel LXIX Undang-Undang Tubuh Negeri Kerajaan Selangor 1959. [12]
Pada 27 Mac 2012, semua Adun Barisan Nasional Selangor keluar dewan tanda protes gara-gara Teng Chang Khim tersilap menghantar SMS. Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) menuduh Teng tidak adil dan berat sebelah.SMS itu menggesa Adun PKR aktif mempertahankan kerajaan PKR Selangor. [13] SMS tersebut dikatakan tersilap hantar kepada bekas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd Ali.[14]
Pada 24 Januari 2011, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menggesa Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim letak jawatan kerana gagal meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada sidang DUN di Shah Alam.[15]
Teng Chang Khim merupakan lulusan undang-undang dan menjalankan khidmat guaman . Kini beliau menetap di Subang Jaya. Sebagai peguam, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat). Panel Selcat dianggotai oleh Timbalan Speaker DUN, Haniza Mohamed Talha; Adun Hulu Kelang, Saari Sungib; ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dan ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak.
Panel ini pernah membincangkan tentang pindaan daripada zon tanah lapang dan rekreasi ke zon perniagaan - padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 7, Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 2012. Panel mencadangkan supaya RTPJ2 dibatal dan diwartakan mengikut apa yang telah dipersetujui oleh MMKN dan bukannya yang telah dipinda oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[16] Turut memberi keterangan adalah bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Noraini Roslan; ahli akademik, Datuk Dr. Goh Ban Lee; Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Pengarah JPBD negeri, Norasiah Bee Mohd. Haniff.[17]
Speaker Teng juga memutuskan hasil pendengaran awam Selcat tentang tiga anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd. (KSSB), Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tidak akan dibawa ke sidang DUN 2012.Justeru itu Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed mendakwa Selcat hanya membuang masa sahaja. [18] Yayasan Selangor terlibat dalam skandal konsesi melombong pasir.[19]
Pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) mendapat bantahan penduduk setempat kerana masalah hak milik tanah, pencemaran bunyi dan pampasan tidak setara. Teng sebelum ini dilihat cenderung menyokong pembinaan Kidex dan pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Teng Chang Khim digesa menyatakan pendiriannya tentang projek Kidex. Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 14A, Michael Kum berharap Teng Chan Kim yang dilantik semula sebagai EXCO perlu "membuat perkara yang betul," dan bertindak proaktif untuk menghentikan projek Kidex secepat mungkin. Kum mendakwa Teng tidak mendengar keluhan rakyat walaupun beberapa anggota kumpulan anti-Kidex sudah menerbitkan bidasan mereka untuk membuktikan bahawa projek itu tidak memberi manfaat kepada warga Selangor.[20]
Dalam situasi krisis Israel-Palestin pada Mei 2021, Teng mengeluarkan kritikan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas ucapan sokongannya sebagai wakil Malaysia terhadap warga Palestin, dan mengatakan bahawa Muhyiddin ingin mengalihkan perhatian orang ramai daripada masalah pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara dengan membawa isu krisis itu. Hal ini mendapat tentangan kerana dikatakan menampakkan kebiadaban dan penghinaan terhadap masyarakat negara secara am, terutamanya golongan Melayu-Islam.[21][22]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.