Abdul Rani bin Osman (14 April 1958—23 Januari 2023[1]) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.[2]

Fakta Segera Dr. HajiAbdul Rani Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Meru ...
Dr. Haji
Abdul Rani Osman
Thumb
Dr. Haji Abdul Rani bin Osman memberi ucapan
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Meru
Dalam jawatan
8 Mac 2008  9 Mei 2018
Didahului olehJaei Ismail (BN-UMNO)
Digantikan olehMohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PH-AMANAH)
Majoriti5,513
Pesuruhjaya PAS Selangor
Dalam jawatan
2011–2013
Didahului olehHasan Mohamed Ali
Digantikan olehIskandar Abdul Samad
Maklumat peribadi
Lahir14 April 1958
Pelabuhan Klang, Selangor
Mati23 Januari 2023(2023-01-23) (umur 64)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PekerjaanAhli politik, doktor
Laman webPusat Khidmat Masyarakat DUN Meru
Tutup

Kerjaya

Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah[3]. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) dari Universiti Tanta, Republik Arab Mesir.

Khidmat masyarakat

Selain mendekatkan diri beliau dengan penduduk Meru, Selangor melalui perkhidmatan perubatan, beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif, Meru. Kerap kali dalam beberapa minggu, akan kedengaran suara beliau membaca khutbah Jumaat di masjid dan mengimamkan solat tersebut. Beliau juga sering mengikuti program-program anjuran masjid yang mana secara tidak langsung menjadi seorang tokoh yang islamik dan sistematik.

Beliau juga kerap memenuhi jemputan penduduk untuk memeriahkan majlis kenduri mahupun perkahwinan tanpa mengira agam dan bangsa. Kelibat beliau juga sering dilihat memberi bantuan kepada penduduk Meru yang memerlukan. Rata-rata penduduk Meru amat berpuas hati dengan kepimpinan beliau tanpa mengira parti yang beliau naungi.

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2004 N42 Meru Abdul Rani Osman PAS 7,751 Jaei Ismail BN 11,850 4,099
2008 N42 Meru Abdul Rani Osman PAS 14,826 Md Ghazali Md Amin BN 9,313 5,513
2013 N42 Meru Abdul Rani Osman PAS 22,086 Sukaiman Ahmad BN 13,007 9,079
2018 P109 Kapar Abdul Rani Osman PAS 31,425 Abdullah Sani Abdul Hamid PH 47,731 16,306
S. Manikavasagam PRM 525
Mohana Muniandy BN 26,412
Tutup

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.