Remove ads
Pelakon lagenda Singapura (1902-1972) From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohamed Nisfu atau lebih dikenali sebagai Ahmad Nisfu (1902 – 25 Jun 1972) ialah salah seorang pelakon legenda filem Melayu yang boleh memegang watak sebagai pelawak, bengis dan garang.[2][3] Lakonan Ahmad Nesfu sukar untuk dicari ganti hingga kini. Ahmad Nesfu turut dikenali dengan panggilan 'Pak Besar' kerana memiliki hidung yang besar selain beliau dikenali sebagai 'Tuan Director Ahmad Nisfu' didalam karier sebagai anak seni.[4]
Ahmad Nisfu | |
---|---|
Kelahiran | Mohamed bin Nisfu 1902 |
Meninggal dunia | 25 Jun 1972 69–70) Jalan Kuchai, Kampong Melayu (Jalan Eunos), Singapura | (umur
Sebab kematian | Penyakit kencing berdarah |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bidadari, Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura |
Nama lain | Ahmad Nisfu, Ahmad Nesfu, Ahmad Nispu |
Pekerjaan | Pelakon, penulis |
Tahun aktif | 1958–1972 |
Terkenal kerana | Direktor Ahmad Nesfu dalam filem Seniman Bujang Lapok |
Pasangan | Saadiah binti Musa (isteri pertama)[1] Cik binti Osman (isteri kedua) |
Saudara | Encik Sulong Ali (anak tiri pertama) Encik Amin (anak tiri kedua) Encik Saydeh Ali (anak tiri ketiga) Cik Yam (anak tiri keempat) Encik Omar (anak tiri kelima) Encik Osman Mohamed (anak kandung sulung) Cik Fatimah Mohamed (anak kandung kedua) |
Mohamed bin Nisfu yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, dilahirkan di Medan, Indonesia pada 1902 tetapi dibesarkan di Kampung Makam, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.[1]
Isteri pertamanya, Saadiah binti Musa, berasal dari Kedah dan meninggal dunia pada 1939 selepas melahirkan anak kedua. Selepas kematian isteri pertama, beliau berhijrah ke Singapura sebelum merdeka pada tahun 1950-an. Di Singapura, beliau telah menikahi isteri keduanya, Chik binti Osman. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mempunyai lima orang anak tiri serta cucu-cucu tiri.[5]
Minat beliau dalam bidang lakonan telah berputik sejak kecil apabila beliau yang berpendidikan madrasah telah menyertai satu kumpulan bangsawan di Pulau Pinang dan kemudian menyertai kumpulan bangsawan Seri Noran di Kuala Lumpur pada tahun 1950-an. Pementasan bangsawan itu telah membawanya ke Singapura dimana beliau kemudian menjadikannya sebagai tempat tinggal tetapnya sehingga keakhir hayat.
Beliau tidak pernah pulang ke Pulau Pinang selepas berkahwin lagi di Singapura, dan mula terbabit dalam bidang seni sebagai seorang pelakon bangsawan. Sementara diluar lokasi pula, beliau sering dilihat berada di kedai kopi di Geylang Lorong 101 yang dikenali sebagai tempat berkumpul pelakon filem zaman itu. Beliau juga diakui selalu bersolat di Masjid Aminah, Masjid Kassim atau Masjid Onan Road dan menjadi bilal tetap di Masjid Onan Road berhampiran syarikat produksi.[1] Satu yang menarik mengenai Ahmad Nisfu, beliau tidak terikat dengan mana-mana studio. Beliau lebih selesa menjadi pelakon bebas.
Antara lakonan beliau yang paling diingati oleh peminat filem lama melayu ialah ketika beliau berlakon didalam filem Seniman Bujang Lapok, dimana beliau memegang watak peranan sebagai Tuan Director yang diarahkan oleh P. Ramlee. Sehingga kini watak lucu beliau sebagai 'Tuan Director' didalam filem tersebut ia telah menjadi ingatan serta igauan dari turun ketemurun peminat - peminat filem lama melayu. Sehingga kini juga tiada mana - mana pelawak pun yang berjaya meniru aksi lucunya sebagai 'Tuan Director' dari sedutan filem tersebutnya itu. Ahmad Nisfu ialah salah seorang seniman yang dikagumi oleh P. Ramlee dan mereka telah berkenalan sejak di Pulau Pinang lagi. Beliau yang hanya tahu menulis dan membaca dalam tulisan Jawi banyak menyumbang idea kepada P. Ramlee. Misalnya, filem Ibu Mertua-ku, yang diterbitkan pada 1962, dimana skripnya ditulis oleh beliau sendiri, manakala jalan cerita dan bahasanya oleh P. Ramlee.[1]
Ahmad Nisfu kembali ke rahmatullah pada jam 10 pagi 25 Jun 1972[1] dirumahnya yang terletak dikawasan Jalan Kuchai, Kampong Melayu, Singapura pada usia 70 tahun akibat penyakit kencing berdarah. Anggota keluarga serta ramai seniman dan seniwati telah melawat jenazahnya yang disolatkan di surau Kampong Kuchai. Jenazah beliau dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bidadari dan baru-baru ini jenazahnya telah dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam, Pusara Aman (Abadi) di Lim Chu Kang.[1][6]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1958 | Anak Pontianak | Dr. Sulong | Filem pertama |
Gergasi | Dr. Samsi | ||
Doktor | |||
1959 | Pendekar Bujang Lapok | Tauke Sampan | |
Musang Berjanggut | Sultan Alam Shah Nizam | ||
Nujum Pak Belalang | Sultan Shahrul Nizam | ||
Saudagar Minyak Urat | Ibrahim | ||
1960 | Antara Dua Darjat | Tengku Karim | |
1961 | Seniman Bujang Lapok | Tuan Pengarah Ahmad Nisfu | |
1962 | Ibu Mertua-ku | Mamak Mahyudin Jailani | Juga sebagai penulis |
Dang Anom | |||
Laila Majnun | Orang Kaya Amir | ||
Gerhana | Doktor Mahmud | ||
Siti Muslihat | Pak Ali | ||
Tun Fatimah | Deigo Lopez de Squiera | ||
Lanchang Kuning | |||
Jula Juli Bintang 7 | |||
1963 | Korban | ||
Darahku | Orang Kampung | ||
Pontianak Kembali | |||
Nasib Si Labu Labi | Hakim Mahkamah | Penampilan khas | |
Pilih Menantu | Orang Kaya Ahmad Nisfu | ||
Bayangan Di Waktu Fajar | Penghulu Kampung | ||
Bunga Tanjung | |||
Tajul Ashikin | Saudagar Umar Al-Habsi | ||
1964 | Madu Tiga | Tuan Haji Latiff | |
Tiga Abdul | Sadiq Segaraga | ||
Wan Perkasa | |||
Istana Berdarah | |||
Air Mata Duyung | Bendahara | ||
Siapa Besar | Posmen | Tiada kredit nama | |
1965 | Sayang Si Buta | Tuan Osman | |
Dayang Senandong | Ahli Nujum | ||
Pusaka Pontianak | Comot | ||
1966 | Sri Andalas | Sultan Inderapura yang pertama | |
Anak Dara | |||
Dua Kali Lima | Kulop Besar | ||
1967 | Lampong Karam | ||
A-Go-Go '67 | Karim | ||
Play Boy | Pakcik Nordin | ||
Mat Raja Kapor | Sultan Darul Funfair | ||
1968 | Si Murai | ||
1969 | Nafsu Belia | ||
1970 | Puaka | ||
Lubang Neraka | |||
1971 | Mat Karong Guni | Pelakon Filem | |
Jahanam | Datuu Bendahara Gunung Jerai | Filem terakhir | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.