Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Filem Pilih Menantu (The Choice of Relations) merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada tahun 1963. Filem Pilih Menantu diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pilih Menantu (The Choice of Relations) | |
---|---|
Pengarah | Omar Rojik |
Penulis | Omar Rojik |
Lakon layar | Omar Rojik |
Cerita oleh | Omar Rojik |
Dihasilkan oleh | Vee Meng Shaw |
Dibintangi | M. Zain Aziz Sattar Ahmad Nisfu Habsah Buang Udo Omar Sarimah Dayang Sofia |
Sinematografi | R. C. Purushotam |
Disunting oleh | H. R. Narayana Hayat Harris |
Muzik oleh | Osman Ahmad Yusuff B Kassim Masdor |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1963 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Filem Pileh Menantu diarahkan oleh Omar Rojik dan dibantu oleh Kemat Hassan pada 1963.
Templat:Spoiler Mengisahkan Encik Udo (Udo Omar) dan Puan Habsah (Habsah Buang) yang mempunyai dua orang anak perempuan yang kerap menolak pinangan orang. Anak sulung bernama Nona (Sarimah) dan yang bongsu bernama Noni (Dayang Sofia). Nona dan Noni begitu risau kerana mereka masih belum berkahwin lagi. Mereka risau digelar sebagai anak dara tua. Nona telah mengutus surat kepada editor majalah mencari pasangan dan dengan cara itu mereka berharap dapat bertemu jodoh dalam masa yang terdekat. Sementara itu, Ahmad Nisfu seorang hartawan telah berangkat ke Pulau Pinang diatas urusan perniagaan. Ahmad Nisfu mempunyai seorang orang pembantu rumah iaitu Zain (M. Zain) dan seorang pemandu iaitu Aziz (Aziz Sattar). Zain dan Aziz begitu gembira kerana majikannya yang cerewet tiada dirumah tersebut. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba dan mereka menyamar sebagai hartawan. Zain mengajak Aziz untuk berkahwin. Aziz dan Zain telah berkenan dengan Nona dan Noni selepas melihat gambar mereka didalam majalah tersebut. Aziz dan Zain pula menghantar gambar mereka kepada editor tersebut agar diposkan kepada Nona dan Noni suatu hari nanti. Selepas itu, Aziz dan Zain berjumpa dengan Pendek (Ibrahim Pendek) seorang bomoh tipu untuk menjampi gambar Nona dan Noni. Surat balasan dari Aziz dan Zain telah diterima oleh Nona dan Noni. Mereka sungguh gembira kerana jodohnya telah tiba. Nona dan Noni juga membalas surat kepada Aziz dan Zain untuk membuat janji temu di taman bunga. Tetapi mereka tidak berjumpa dengan Nona dan Noni. Di malam hari pula, Nona dan Noni bertandang ke rumah Ahmad Nisfu untuk berjumpa dengan Aziz dan Zain.
Udo dan Habsah sungguh risau kerana Nona dan Noni masih belum pulang ke rumah. Habsah menjemput bomoh, Pendek untuk mencari anaknya. Pendek ditemani dengan Mustarjo (Mustarjo) terus memulakan ritual penipuannya kerana dia tahu yang Nona dan Noni bukannya hilang tetapi pergi berjumpa dengan Aziz dan Zain. Pendek memberitahu yang Nona dan Noni disembunyikan didalam rumah besar. Pendek sudi membawa mereka ke rumah tersebut. Sementara itu, Aziz dan Noni serta Zain dan Nona sedang memadu asmara, majikannya telah menghubungi dan dijawab oleh Aziz yang dia dalam perjalanan pulang ke rumah. Aziz dan Zain mulai ketakutan lalu menyorokkan Nona dan Noni ke dalam bilik stor. Ahmad Nisfu terdengar jeritan perempuan lalu dia dengan terburu-buru terus menerkam perempuan itu sehingga menyebabkan dia terjatuh lalu tersembam mukanya didalam tong cat. Ahmad Nisfu menyoal siasat Aziz dan Zain perempuan mana yang datang ke rumahnya malam semalam. Ahmad Nisfu mengarahkan agar mana-mana perempuan yang datang kerumahnya mesti mendapat kebenarannya terlebih dahulu memandangkan dia juga seorang bujang tua.
Sejak peristiwa itu, mereka berempat menjadi gila bayang. Udo memanggil Pendek untuk mengubati penyakit anak-anaknya. Pendek mengarahkan agar dikahwinkan Nona dan Noni dengan kadar segera agar penyakit itu dapat disembuhkan. Udo dan Habsah akhirnya bersetuju untuk mengahwinkan Nona dengan Zain dan Noni dengan Aziz setelah dipujuk oleh anak-anaknya. Sementara itu Ahmad Nisfu pula men erima sepucuk telegram mengenai notis kebankrapan, dia diarahkan untuk pergi ke Sarawak, Brunei dan North Borneo (kini Sabah) untuk menyelesaikan masalah perniagaannya dan selepas itu baharulah dia akan pulang semula ke Singapura. Keesokkan harinya, Udo dan Habsah bertandang ke rumah Ahmad Nisfu untuk berjumpa dengan bakal menantunya, Aziz dan Zain. Setelah berbincang panjang lebar, mereka bersetuju untuk mengahwinkan anak-anaknya dengan Aziz dan Zain pada hari Khamis minggu hadapan. Tiba di hari perkahwinan mereka, Ahmad Nisfu tiba dirumah dan alangkah terkejutnya dia mendapati diperkarangan rumahnya ada sebuah majlis keramaian. Ahmad Nisfu menjadi sangat marah dan menjelaskan perkara sebenarnya siapa Aziz dan siapa Zain. Habsah yang terkejut terus pengsan dan ini menjadi pengajaran kepada Udo dan Habsah yang selalu memilih ingin bermenantukan orang kaya tetapi akhirnya dia mendapat menantu tukang kebun dan pemandu sahaja.
Templat:Endspoiler
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.