Agu Casmir

Pemain bola sepak From Wikipedia, the free encyclopedia

Agu Casmir
Remove ads

Agu Casmir (lahir 23 Mac 1984 di Lagos, Nigeria) merupakan pemain bola sepak yang bermain untuk Warriors F. C. dan Pasukan bola sepak kebangsaan Singapura.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...

Beliau mendapat kewarganegaraan Singapura pada tahun 2004.

Pada bulan Mei 2008, khabar angin muncul bahawa sebuah kelab Indonesia berminat untuk menandatanganinya. Ini datang 2 tahun selepas perpindahan kontroversi ke Persija Jakarta. Bagaimanapun, beliau menandatangani untuk pasukan Liga Super Malaysia, PDRM FA. Tetapi selepas 3 perlawanan, beliau dibebaskan, dan Gombak United menandatangani semula beliau.

Remove ads

Kerjaya kelab

Casmir sebelum ini bermain untuk kelab Liga S, Young Lions dan Woodlands Wellington FC.

Agu beraksi untuk Woodlands Wellington FC pada tahun 2002, dimana dia menjaringkan 27 gol ketika berumur 18 tahun. Dia kemudiannya menjaringkan 15 gol pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004 dan 2005, dia bermain untuk Young Lions, dia menjaringkan 31 gol secara keseluruhan. Dia kembali ke Woodlands Wellington FC dan menjaringkan gol 17 kali, sebelum menyertai Gombak United FC pada musim 2007.

Pada 19 September 2007, Agu Casmir menjaringkan gol ke-100 nya dalam Liga S.

Pada bulan Ogos 2008, kelab Malaysia, PDRM FA menandatanganinya bersama-sama denganNoh Alam Shah. Tetapi dikeluarkan daripada pasukan selepas 3 perlawanan. Gombak United menandatanganinya sekali lagi pada tahun 2009.

Agu bermain untuk Persija Jakarta pada musim 2011. Pada 5 Disember 2011, iannya telah diumumkan bahawa dia akan menyertai LIONSXII untuk musim 2012.

Agu menyertai Persebaya pada akhir tahun 2013.[1][2] Pada bulan Jun 2014, Agu menyertai Warriors F.C..

Remove ads

Kerjaya antarabangsa

Dia merupakan ahli pasukan kebangsaan Singapura, yang memenangi Piala Tiger pada tahun 2005.

Dia merupakan ahli skuad Sukan SEA pada tahun 2005 dan 2007.

Dia menerima panggilan skuad kebangsaan untuk Piala Suzuki 2008.

Dia menjaringkan gol minit-minit terakhir untuk Singapura ketika menentang Myanmar untuk memberikan tiga mata ketika Piala Suzuki 2010, tetapi mereka gagal mara ke pusingan seterusnya.

Remove ads

Statistik kerjaya pasukan kebangsaan

Gol untuk pasukan kebangsaan

Maklumat lanjut #, Tarikh ...

Kejayaan

Kelab

Gombak United
  • Piala Liga Singapura: 2008

Antarabangsa

Singapura

Individu

  • 100 Gol Liga S: 2007

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads