Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia
Remove ads

Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia merupakan pasukan yang mewakili negara Indonesia di kejohanan bola sepak antarabangsa, Ianya dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).

Fakta Segera Gelaran, Persatuan ...
Remove ads

Pasukan Indonesia merupakan pasukan pertama dari Asia yang layak beraksi di Piala Dunia pada tahun 1938. Namun pada masa itu mereka menggunakan nama Hindia Timur Belanda. Sehingga kini, kekalahan 6-0 kepada Hungary masih menjadi satu-satunya perlawanan pertama Piala Dunia untuk Indonesia.[6][7]

Pasukan ini hanya sekali sahaja memasuki kejohanan bola sepak di Sukan Olimpik iatu pada tahun 1956 di Melbourne, Australia, di mana mereka menentang Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Soviet di peringkat suku akhir, yang juga merupakan pemenang pingat emas di kejohanan tersebut, dengan kepotusan seri, namun tewas 0-4 dalam perlawanan semula. Pasukan Indonesia layak ke Piala Asia sebanyak empat kali, tetapi tidak pernah menunjukkan kemajuan untuk melepasi dari peringkat kumpulan. Prestasi terbaik Indonesia di Asia adalah di Sukan Asia 1958 di Tokyo, apabila telah meraih pingat gangsa. Pasukan ini telah mara sebanyak empat kali ke Pentas akhir Kejohanan Bola Sepak ASEAN, tetapi tidak pernah memenangi kejohanan tersebut.

Remove ads

Sejarah

Tahun Permulaan

Perlawanan awal, yang melibatkan dua pihak dari Hindia Belanda, telah dianjurkan oleh Nederlandsch Indische Voetbal Bond (NIVB), atau penggantinya, Nederlandsch Indische Voetbal Unie (NIVU). Pertandingan yang dijalankan sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1945 tidak diiktiraf oleh PSSI (Persatuan Bola Sepak Indonesia).[6]

Perlawanan bola sepak pertama direkodkan adalah melibatkan pasukan dari Hindia Timur Belanda dalam satu pertandingan menentang Pasukan bola sepak Singapura pada 28 Mac 1921. Pertandingan itu dimainkan di Batavia dan pasukan Indonesia menang dengan keputusan penuh 1-0. Ini diikuti dengan perlawanan menentang Australia XI pada Ogos 1928 (dengan kemenangan 2-1) dan pasukan dari Shanghai dua tahun kemudian dengan (seri 4-4).

Pada tahun 1934, satu pasukan dari Jawa iatu Hindia Timur Belanda diwakilkan di Sukan Timur Jauh yang dimainkan di Manila, Filipina. Walaupun telah mengalahkan Pasukan bola sepak Jepun, 7-1, dalam perlawanan pertama,[8] dua perlawanan berikutnya berakhir dengan kekalahan (2-0 kepada Pasukan bola sepak China dan 3-2 kepada negara tuan rumah) menghasilkan keputusan kejohanan di tempat kedua untuk pasukan dari Jawa ini. Walaupun tidak diiktiraf oleh PSSI, perlawanan tersebut dianggap oleh Sistem penilaian Elo Bola Sepak Dunia sebagai perlawanan pertama yang melibatkan pasukan kebangsaan Indonesia.[9]

Piala Dunia FIFA 1938


Hindia Timur Belanda adalah pasukan Asia pertama yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA, ketika pasukan layak untuk kejohanan 1938 selepas lawannya, Jepun, menarik diri dari saingan kelayakan. Kekalahan 6-0 kepada Pasukan bola sepak Hungary, di pusingan pertama kejohanan itu di Reims, Perancis, kekal menjadi kemunculan dan lawan pertama Indonesia di pentas Piala Dunia.

Remove ads

Rekod Kejohanan

Piala Dunia

Maklumat lanjut Piala Dunia FIFA, Tahun ...

| Nota: Pada Piala Dunia FIFA 1938, Indonesia adalah sebahagian daripada organisasi penjajah Hindia Belanda.

Rekod Sukan Olimpik

Maklumat lanjut Rekod Sukan Olimpik, Tahun ...
Remove ads

Pemain

Skuad semasa

Berikut adalah senarai 24 pemain yang telah dipanggil untuk menyertai skuad dalam Kejohananan ASEAN 2024.[10]

Jumlah kaps dan gol pasukan kebangsaan betul setakat 19 November 2024, selepas perlawanan menentang Arab Saudi.

Maklumat lanjut No., Pos. ...
Remove ads

Pemain terkenal

Senarai ini ialah pemain terkenal yang telah bermain untuk pasukan kebangsaan Indonesia

Penjaga gol

Pemain pertahanan

Pemain tengah

Pemain sayap

Penyerang

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads