Agama di Filipina

demografi agama di Filipina From Wikipedia, the free encyclopedia

Agama di Filipina

Agama di Filipina ditandai dengan majoriti orang menganut kepercayaan Kristian.[1] Sekitar 92% penduduknya beragama Kristian, manala 81% menganut Gereja Roman Katolik sementara sekitar 11% menganuti mazhab Kristian Protestan, seperti Gereja Adventis Hari Ketujuh, Gereja Jesus di Filipina dan Evangelikal.[1] Secara rasminya, Filipina ialah sebuah negara sekular dengan Perlembagaan membenarkan pemisahan gereja dan negara, dan meminta pemerintah untuk menganggap seluruh agama setara.

Thumb
Agama dominan di Filipina, Kristian (ungu) dan Islam (hijau).

Menurut tinjauan agama kebangsaan, sekitar 5.6% penduduk Filipina ialah Muslim, menjadikan Islam agama terbesar kedua di negara itu. Namun, Sueuhanjaya Muslim Filipina Kebangsaan mempersengketakannya dan menuntut pengikutnya berjumlah sekitar 11% dari jumlah penduduk.[2][3] Kebanyakan Muslim tinggal di bahagian Mindanao, Palawan, dan Kepulauan Sulu – sebuah wilayah yang dikenali sebagai wilayah Bangsamoro atau Moro.[4] Beberapa orang berhijrah ke kawasan perbandaran atau desa di bahagian-bahagian yang berbeza dari negara tersebut. Kebanyakan Muslim Filipina mempraktikan Islam Sunni menurut aliran Shafi'i.[5] Terdapat beberapa Muslim Ahmadiyyah di negara tersebut.[6]

Agama-agama tradisional Filipina masih dipraktikan oleh sekitar 2% penduduk,[7][8] yang termasuk beberapa kumpulan etnik dan penduduk asli. Agama-agama itu sering kali disinkretiskan dengan Kristian dan Islam. Animisme, agama rakyat, dan shamanisme masih hadir sebagai agama aliran utama, melalui albularyo, babaylan, dan manghihilot. Agama Buddha dipraktikan oleh 2% penduduk oleh komuniti orang Jepun, komuniti Jepun Filipina,[7][8][9] dan bersama dengan Taoisme dan agama rakyat China juga menjadi dominan dalam komunitas Tionghoa. Terdapat sejumlah kecil pengikut agama Hindu,[7][8][9] dan Judaisme dan Baha'i.[10] Lebih dari 10% penduduk tidak beragama.[7][8][11]

Kristian

Thumb
Katedral Metropolitan San Fernando di Pampanga

Kristian tiba ke Filipina dengan pendaratan Ferdinand Magellan pada 1521. Pada akhir abad ke-16, kepulauan tersebut dituntut oleh Sepanyol dan dinamakan dengan nama rajanya. Aktiviti mubaligh pada zaman penjajahan negara itu oleh Sepanyol dan Amerika Syarikat sehingga perubahan Filipina menjadi negara pertama, dan kemudian, bersama dengan Timor Leste, yang menjadi salah satu dari dua negara majoriti penganut Katolik di Asia Tenggara, dengan sekitar 92.5% penduduk menganuti kepercayaan Kristian.[7][12]

Islam

Fail:Marawi City.jpg
Masjid di Kota Marawi, Filipina.

Setakat 2013. Menurut CIA World Factbook, penduduk Muslim di Filipina dilaporkan pada banci 2000 berjumlah 11%.[7] Majoriti Muslim di Filipina menganut Islam Sunni dari aliran Shafi, dengan minoriti Syiah dan Ahmadiyyah.[6] Islam ialah agama monoteistik tertua yang tercatat di Filipina. Islam mencapai Filipina pada abad ke-14 dengan kedatangan para pedagang Muslim dari Teluk Persian, India Selatan, dan para pengikut mereka dari beberapa pemerintahan kesultanan di Asia Tenggara Maritim. Islam menjadi majoriti di pesisir Teluk Manila, tempat dari beberapa kerajaan Muslim. Semasa penjajahan Sepanyol, Islam mengalami penurunan drastik sebagai kepercayaan monoteistik dominan di Filipina akibat pengenalan Roman Katolik oleh mubaligh Sepanyol. keturunan Filipina selatan merupakan beberapa komuniti Filipina peribumi yang bertahan dari penjajahan Sepanyol dan peralihan ke agama Roman Katolik.

Hindu

Kerajaan Sriwijaya dan Majapahit yang kini menjadi Indonesia, memperkenalkan Hindu dan Buddha ke kepulauan tersebut.[13] Patung-patung purba dari dewa-dewa Hindu-Buddha yang ditemui di Filipina berasal dari 600 sehingga 1600 tahun yang lalu.[14]

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.