Demografi Filipina

Unik From Wikipedia, the free encyclopedia

Purata kadar pertumbuhan tahunan Filipina pada 2010-2015 adalah 1.72%.[4] Menurut banci 2015, Filipina diduduki 100,981,437 orang.[5] Banci rasmi pertama dijalankan di Filipina pada 1877, mencatatkan seramai 5,567,685 orang.[6] Menurut kiraan rasmi, jumlah penduduk Filipina mencecah 100 juta pada waktu tengah malam 27 Julai 2014, menjadikan ini negara ke-12 yang mencapai bilangan ini.[7]

Fakta Segera Kedinamikan, Jumlah penduduk ...
Demografi Filipina
Kedinamikan
Jumlah penduduk100,981,437 (banci 2015)
Kadar pertumbuhan1.72% (2010-2015)[1]
Kadar kelahiran19.0 kelahiran/1,000 penduduk
(2010)[2]
Kadar kematian5.2 kematian/1,000 penduduk (2010)[2]
Jangka hayat71.66 tahun
Kadar kesuburan3.0 anak lahir/perempuan (2013 est.)
Kadar kematian bayi19.34 kematian/1,000 kelahiran hidup
Kadar penghijrahan bersih-1.29 penghijrah/1,000 penduduk (2011 est.)
Struktur umur
0–14 tahun34.6%
(lelaki 17,999,279/perempuan 17,285,040)
65 tahun dan ke atas5%
(lelaki 1,876,805/perempuan 2,471,644) (2011 est.)
Nisbah jantina
Jumlah nisbah1 lelaki(s)/perempuan
Semasa lahir1.05 lelaki(s)/perempuan
Bawah 15 tahun1.04 lelaki(s)/perempuan
15–64 tahun1 lelaki(s)/perempuan
65 tahun dan ke atas0.76 lelaki(s)/perempuan
Bangsa
BangsaFilipina (Filipinos)
Etnik majoritiVisaya (Cebuano, Waray, Hiligaynon/Ilonggo, Karay-a, Aklanon, Masbatenyo, Romblomanon) 31.6%, Tagalog 28.1% (banci 2000)
Etnik minoritiIlocano 9%, Bikol 6%, Kapampangan 3%, Pangasinan 2%, Zamboangueño 1.5% & lain-lain 23.3% (banci 2000)
Bahasa
RasmiFilipino (Tagalog) dan Inggeris[3]
Dituturkanbahasa daerah bantuan - Cebuano, Ilocano, Hiligaynon, Bicolano, Waray, Kapampangan, Pangasinan, Maranao, Maguindanao, Zamboangueño Chavacano dan Tausug
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Dianggarkan bahawa separuh daripada penduduk tinggal di pulau Luzon. Umur median populasi ialah 22.7 tahun dengan 60.9% berumur 15 hingga 64 tahun. Jangka hayat ketika lahir ialah 69.4 tahun: 73.1 tahun bagi perempuan dan 65.9 tahun bagi lelaki.[8] Kadar kemiskinan juga susut kepada 21.6% pada 2015 daripada 25.2% pada 2012.[9]

Majoriti penduduk Filipino datang dari rumpun bangsa Melayu, sementara etnik Aeta dan lain-lain orang hulu membentuk minoriti. Penduduk pribumi bertalian dengan penduduk pribumi Kepulauan Melayu. Kelompok etnik imigran yang ada di Filipina berabad-abad sebelum pemerintahan kolonial seperti Cina, Jepun dan India telah pun pun berasimilasi dengan budaya negara.[10][11][12][13] Juga terdapat bangsa Eropah dan Amerika yang berhijrah ke Filipina sewaktu zaman kolonial.

Etnik

Menurut banci 2000, 28.1% warga Filipina berketurunan Tagalog, 13.1% Cebuano, 9% Ilocano, 7.6% Visayans/Bisaya (tidak termasuk Cebuano, Hiligaynon and Waray), 7.5% Hiligaynon, 6% Bikol, 3.4% Waray, dan 25.3% "lain-lain"[14] yang terdiri daripada suku minoriti seperti Moro, Kapampangan, Pangasinan, Ibanag, dan Ivatan.[15] Juga terdapat suku-suku pribumi seperti Igorot, Lumad, Mangyan, Bajau, dan puak-puak Palawan.[16]

Warga Filipina umumnya tergolong kepada beberapa kelompok etnik Asia yang digolongkan secara linguistik sebagai Austronesia atau Melayu-Polinesia.[16] Dipercayai bahawa ribuan tahun dahulu, orang asli Taiwan yang berbahasa Austronesia berhijrah ke Filipina dari Taiwan, membawa sekali ilmu pertanian dan perlarian, akhirnya mengatasi suku Negrito yang terdahulu.[17] Kaum-kaum Negrito seperti Aeta dan Ati merupakan antara penduduk terawal.[18]

Filipina di persimpangan Timur dan Barat juga didiami kaum-kaum dari pelbagai tempat seperti China, Sepanyol, Amerika Syarikat, India, Korea dan Jepun. Kaum minoriti imigran terpenting sekali adalah Cina dan Sepanyol.

Orang Cina Filipina rata-ratanya keturunan imigran dari Fujian, China selepas 1898. Jumlahnya sekitar 2 juta tetapi terdapat anggaran 27 peratus Filipina yang mempunyai sekerat keturunan Cina,[19][20][21] daripada imigran Cina sebelum dan semasa zaman penjajah.[22] Kahwin campur sesama Cina dan pribumi ternyata di kawasan bandar.[23]

Sekurang-kurangnya satu pertiga penduduk Luzon, dan juga penempatan lama di Visayas dan Bandar Zamboanga di Mindanao (sekitar 13.33% populasi Filipina), mempunyai sekerat keturunan Hispanik (dari pelbagai tempat Amerika Latin[24] mahupun negara Sepanyol).[25] Kajian genetik terkini membuktikan keturunan sekerat Eropah[26][27] dan Amerika Latin ini.[28]

Suku minoriti lain yang terpenting termasuklah India dan Jepun. Keturunan pasangan campur kaum dipanggil mestizo.[29][30]

Statistik penting

Banci Filipina

Penduduk Banci 1960-2015[31]
1960 1970 1975 1980 1990 1995 2000 2007 2010 2015
27,087,685 36,684,486 42,070,660 48,098,460 60,703,206 68,616,536 76,506,928 88,566,732 92,337,852 100,981,437

Anggaran PBB

Maklumat lanjut Tempoh, Kelahiran hidup setahun ...
Prospek Populasi Dunia, 2010[32]
Tempoh Kelahiran hidup setahun Kematian setahun Perubahan semula jadi setahun KLK1 KMK1 PSJ1 KJS1 KMB1
1950-1955 981 000 269 000 712 000 48.6 13.3 35.3 7.42 96.8
1955-1960 1 095 000 285 000 810 000 45.7 11.9 33.8 7.27 86.5
1960-1965 1 218 000 299 000 919 000 43.0 10.6 32.5 6.98 77.4
1965-1970 1 334 000 311 000 1 023 000 40.4 9.4 31.0 6.54 67.8
1970-1975 1 461 000 326 000 1 136 000 38.3 8.5 29.8 5.98 59.3
1975-1980 1 643 000 346 000 1 297 000 37.4 7.9 29.5 5.46 51.8
1980-1985 1 801 000 368 000 1 433 000 35.6 7.3 28.3 4.92 45.2
1985-1990 1 968 000 393 000 1 575 000 34.0 6.8 27.2 4.53 39.5
1990-1995 2 084 000 419 000 1 664 000 31.8 6.4 25.4 4.14 34.5
1995-2000 2 216 000 450 000 1 766 000 30.2 6.1 24.1 3.90 30.1
2000-2005 2 360 000 487 000 1 873 000 29.0 6.0 23.0 3.70 26.3
2005-2010 2 318 000 528 000 1 790 000 25.9 5.9 20.0 3.27 23.0
1KLK = kadar kelahiran kasar (per 1000); KMK = kadar kematian kasar (per 1000); PSJ = perubahan semula jadi (per 1000); KJS = kadar jumlah kesuburan (bilangan anak per ibu); IMR = kadar mortaliti bayi per 1000 kelahiran
Tutup

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.