From Wikipedia, the free encyclopedia
Adas, adas pedas, adas landi atau jintan hitam (nama botani: Foeniculum vulgare)[2][3][4] ialah satu spesies ulam dalam genus Foeniculum keluarga Apiaceae[1] yang berasal daripada Eropah selatan (khususnya Laut Mediterranean) dan Asia barat daya.
Adas pedas | |
---|---|
Pokok adas berbunga. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Asterid |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Foeniculum |
Spesies: | F. vulgare |
Nama binomial | |
Foeniculum vulgare Mill. | |
Sinonim[1] | |
Senarai
|
Perkataan adas diturunkan daripada kata akar bahasa Austronesia Proto, *hadas.[5] Nama adas pedas (Jawi: ادس ڤدس) datang daripada rasa pedasnya.[6]
Pokok adas ialah tumbuhan herba jenis saka. Batangnya tegak, banyak ranting dan tumbuh sehingga 2–2.5 meter. Daun-daunnya tumbuh sehingga 30–40 sentimeter panjang, berkelaran halus yang dibahagikan kepada remabut halus kira-kira 0.5 milimeter lebar.[7][4]
Bunga dihasilkan pada jambak payung di hujung tangkai dengan lebarnya antara 5 hingga 17.5 sentimeter. Setiap jambak mempunyai 20-50 kuntum bunga kuning yang amat kecil pada pedikel yang pendek, kuntum ini mempunyai 5 kelopak.[7]
Buahnya berwarna perang, kering dengan ukuran 4 hingga 9 milimeter panjang dan lebar separuh panjangnya, beralur dan mempunyai rasa seperti jintan manis.[7]
Daun pokok adas digunakan sebagai makanan oleh larva sebilangan spesies Lepidoptera, termasuk rama-rama spesies Amphipyra tragopoginis dan Papilio zelicaon.
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 130 kJ (31 kcal) |
Karbohidrat | 7.29 g |
- Serabut diet | 3.1 g |
Lemak | 0.20 g |
Protein | 1.24 g |
Tiamina (vit. B1) | 0.01 mg (1%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.032 mg (3%) |
Niasin (vit. B3) | 0.64 mg (4%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.232 mg (5%) |
Vitamin B6 | 0.047 mg (4%) |
Folat (vit. B9) | 27 μg (7%) |
Vitamin C | 12 mg (14%) |
Kalsium | 49 mg (5%) |
Besi | 0.73 mg (6%) |
Magnesium | 17 mg (5%) |
Fosforus | 50 mg (7%) |
Kalium | 414 mg (9%) |
Zink | 0.20 mg (2%) |
Manganese 0.191 mg | |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Adas ditanam secara meluas, terutama di taburan tempatan dan kawasan-kawasan lain, bagi daun dan biji benihnya yang berbau kuat, yang kadang-kadang turut dikenali sebagai "jintan hitam". Perisanya menyerupai jintan dan bunga lawang, sungguhpun tidak sekuatnya.[8]
Adas (Foeniculum vulgare kumpulan Azoricum; atau juga F. vulgare var. azoricum) adalah kumpulan yang ditanam dengan pangkal membentuk struktur bebawang. Ia biasanya ditanam, dan mempunyai perisa jintan serdahana, tetapi lebih harum dan manis. Perisanya terhasil dari anethole, bahan wangi yang juga terdapat pada jintan dan bunga lawang. Pokok adas adalah lebih kecil berbanding jenis liar dan mempunyai bebawang yang di makan sebagai sayuran, sama ada dimasak atau begitu sahaja. Terdapat beberapa jenis kultivar adas yang juga dikenali dengan beberapa nama.[9]
Pokok adas telah menjadi tumbuhan semula jadi sepanjang jalan, dipadang ragut, dan kawasan terbuka lain di kebanyakan kawasan, termasuk Eropah utara, Amerika Syarikat, selatan Kanada dan dikebanyakan Asia dan Australia. Ia membiak dengan mudah melalui biji benih, dan dianggap spesies ceroboh dan rumpai di Australia dan Amerika Syarikat.[10] (lihat Pulau Santa Cruz)
Adas merupakan salah satu dari tiga bahan herba utama yang digunakan dalam penyediaan absinthe, minuman campuran beralkohol yang pada asalnya sebagai elixir perubatan di Switzerland dan menjelang akhir kurun ke-19 menjadi minuman beralkohol popular di Perancis dan negara lain. Pokok adas juga diketahui sebagai perangsang[11], sungguhpun kebanyakan persediaan moden memasarkannya di bawah nama "absinthe" tidak menyebutnya sebagai itu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.