Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Abdul Kadir bin Haji Yusof[1] (10 September 1917 – 18 April 1992) ialah seorang ahli politik UMNO, Malaysia yang terkenal.
Abdul Kadir Yusof | |
---|---|
Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Didahului oleh | Mohd Asri bin Haji Muda |
Digantikan oleh | Shariff Ahmad |
Menteri Undang-Undang | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Abdul Ghani Gilong (USNO) |
Digantikan oleh | Hamzah Abu Samah |
Dalam jawatan 1963–1968 | |
Didahului oleh | Cecil M Sheridan |
Dalam jawatan 24 Mac 1969 – 7 Ogos 1977 | |
Digantikan oleh | Hamzah Abu Samah |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tenggaroh, Johor | |
Dalam jawatan 1974–1982 | |
Didahului oleh | Konstentusi Baharu |
Digantikan oleh | Khadri Sabran |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Parit Sakai, Muar, Johor, Malaya (kini Malaysia) | 10 September 1917
Mati | 18 April 1992 74) Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur | (umur
Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Tun Fatimah Hashim (k. 1943) |
Anak | Datin Mariam Mohamed Shah Prof. Dato' Dr. Khalid Datuk Ali Abdul Karim Faridah |
Beliau dilahirkan di Parit Sakai, Muar, Johor pada tahun 1917. Sepanjang hayatnya beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Barisan Nasional, Menteri Undang-Undang (1974—1978) dan Peguam Negara (1963-1977) dan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1978–1982).
Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Raffles (Singapura) (1936–1940) sebelum meneruskan pengajian ke Lincoln's Inn, London (1952-1955) dalam bidang undang-undang.
Isterinya ialah Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim[2][sumber tak boleh dipercayai?], seorang tokoh politik veteran wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kebajikan Am.
Anak perempuan sulungnya, Mariam Abdul Kadir merupakan bekas Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Anaknya Mohamed Shah Abdul Kadir kini menjadi Pengerusi McDonald's Malaysia dan juga Pengasas Tabung Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMCC). Anak lelaki ketiga Datuk Ali Abdul Kadir pernah menjadi akauntan di firma akauntan Ernst & Young dan kini sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC). Anak lelaki kedua Prof Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul Kadir merupakan Pengarah Hospital UKM, Bangi, dan Dekan Perubatan di Monash University Malaysia kini Pengerusi Thompson Hospital. Anak lelaki keempat bekas Pengurus Besar Bahajian Pengurus Perniagaan disebuah Firma di Jepun Toa Corporation, kini pengasas sebuah syarikat penyelidikan, pembangunan dan pengkomesialan buluh di Malaysia. Anak bongsu Faridah Abdul Kadir pula sebagai penasihat Bank Pelaburan Denmark.
Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 bagi kawasan Tenggaroh, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional. Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak Hussein telah melantik beliau menjadi Menteri Undang-Undang.
Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Tenggaroh, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional. beliau dilantik menjadi Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Park Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju hartanah yang membangunkan Taman Tasik Jaya dan Pusat Perniagaan Senawang di Seremban, Negeri Sembilan sehingga tahun 1992.
Tan Sri Abdul Kadir telah kembali ke Rahmatullah akibat barah peparu pada 18 April 1992 di Kuala Lumpur. Jenazah beliau dimakamkan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Yayasan Kadir & Fatimah menganugerahkan Anugerah Pingat Emas Tan Sri Abdul Kadir kepada Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang Syariah dan juga kepada Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang. Anugerah tersebut juga diberikan kepada Penuntut Terbaik peperiksaan Undang-Undang Perakaunan bagi Chartered Public Accountant.
Yayasan ini juga telah menganugerahkan Pingat Tun Fatimah kepada graduan wanita yang paling aktif dalam aktiviti kemasyarakatan buat pertama kalinya pada tahun 2007. Ianya adalah anugerah tahunan khas buat para graduan wanita dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Malaysia. Penerima pertama Pingat Tun Fatimah ialah Sharifah Fatimah Syed Omar dari Terengganu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.