Abang Long Fadil (siri filem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Abang Long Fadil merupakan sebuah siri filem aksi komedi Malaysia berkaitan Abang Long Fadil. Siri ini mengandungi filem Abang Long Fadil (2014), Abang Long Fadil 2 (2017) dan Abang Long Fadil 3 (2022), kesemuanya diarahkan oleh Syafiq Yusof.
Abang Long Fadil | |
---|---|
Pengarah | Syafiq Yusof (1-3) |
Lakon layar | Syafiq Yusof (1-3) Effindi K (3) MF Kencana (3) |
Berdasarkan | KL Gangster oleh Syamsul Yusof |
Dihasilkan oleh | Datuk Yusof Haslam (1-3) Najwa Abu Bakar (eksekutif - 2) Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif - 3) |
Dibintangi | Zizan Razak (1-3) |
Sinematografi | Azami Alias (1) Omar Ismail (1) Rahidi Maidin (2-3) |
Disunting oleh | Syafiq Yusof (1-3) |
Muzik oleh | Sebastien Pan (1) Ken Hor (2-3) Lo Shi Seng (2-3) |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Skop Productions Astro Shaw |
Tarikh tayangan | |
Masa tayangan | 303 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 12.20 Juta |
Pecah panggung | RM 47.51 Juta |
Pembangunan
Penerbitan Abang Long Fadil
Abang Long Fadil merupakan arahan kedua Syafiq selepas SAM: Saya Amat Mencintaimu yang ditayangkan pada 2012. Beliau mendakwa penyampaiannya lebih kepada gaya Hollywood yang disuntik ke dalam filem ini. Filem ini menggunakan hampir 40 peratus visual CGI dengan elemen Bumblebee (Transformers)[1] dan Iron Man serta berdasarkan inspirasi menerusi filem-filem seperti Bad Boys, Kung Fu Hustle dan Padayappa.[2]
Zizan Razak yang sebelum ini membintangi dua siri filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof, kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil. Syamsul memegang tiga watak dari tiga filem arahannyaāZack (Evolusi KL Drift), Mus (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan Shark (KL Gangster). Aaron Aziz yang sebelum ini muncul dalam beberapa filem terbitan Skop Productions, membuat penampilan istimewa dalam filem ini dengan menjayakan kembali watak Malek lakonannya dalam KL Gangster.[3]
Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF),[4] malah filem ini turut menerima potongan sebanyak 9 kali.[5]
Penerbitan Abang Long Fadil 2
Penggambaran dijalankan dua hari kemudian, iaitu pada 15 November 2015 di sekitar Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Putrajaya serta mengambil masa selama 50 hari, dan berakhir pada 3 Januari 2016.[6] Sebanyak 30% daripada filem ini melibatkan imej janaan komputer (CGI).[7] Zizan kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil, untuk filem ini, beliau melakukan aksi lagak ngeri.[8] Ketika pra-penerbitan filem ini dijalankan, pelakon Kamal Adli yang memegang watak Adam dalam filem pertama, dilaporkan telah digugurkan daripada membintangi Abang Long Fadil 2 bagi mengelakkan sebarang konflik ketika penggambaran berlangsung. Syafiq berkata: "Saya jelaskan apa yang berlaku bukan kami gugurkan Kamal tetapi kami hanya kekalkan Zizan seorang sahaja dalam filem itu. Manakala pelakon-pelakon lain kesemuanya adalah pelakon baharu atau yang tidak pernah ada dalam filem pertama sebelum ini,".[9] Syamsul Yusof yang sebelum ini menjayakan filem pertama dengan melakonkan tiga watak dari tiga filem arahannya, memegang watak sebagai Inspektor Wahab bersama Shuib Sepahtu yang memegang watak Inspektor Shuib. A. Galak yang sebelum ini memegang watak Taji Samprit dalam filem Bayangan Maut (1991), kembali menjayakan peranannya dalam filem ini.
AC Mizal yang kali terakhir berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie II (2002) terbitan Skop Productions, memegang watak sebagai Kingkong dan Cobra. Abang Long Fadil 2 merupakan filem ketiganya bersama Skop dan filem pertama lakonannya dalam tempoh 10 tahun.[10] Ikon fesyen terkenal, Wak Doyok menjayakan watak dirinya sendiri, sebagai anak kepada Taji Samprit lakonan A. Galak.[11][12]
Penerbitan Abang Long Fadil 3
Susulan kejayaan Abang Long Fadil 2, Yusof Haslam berkata pihaknya mengesahkan kesinambungan Abang Long Fadil 3 akan diteruskan melibatkan kos sebanyak RM4 juta dan penggambaran akan bermula selepas Aidilfitri sekitar penghujung Jun 2018,[13] dengan Zizan kekal menjayakan watak utama.[13] Kos pembikinan dianggarkan RM4 juta. Penggambarannya dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri 2018 iaitu selepas filem KL Special Force pada 8 Mac 2018.[14][15] Syafiq dilaporkan berhasrat untuk menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah produk francais.[16][17][18]
Filem
Abang Long Fadil (2014)
Abang Long Fadil ialah filem komedi dan aksi yang ditayangkan di Malaysia pada 29 Mei 2014. Filem ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan dibintangi oleh Zizan Razak, Tauke Raja Lawak, Kamal Adli, Soffi Jikan, Aaron Aziz, Yassin Yahya, Syamsul Yusof dan Harun Salim Bachik. Filem ini merupakan filem spin off KL Gangster.[19]Filem ini menceritakan tentang Fadil Yang tidak mahu lagi masuk campur Dalam dunia gangster selepas kawan baik dia,Malik masuk penjara.Namun,untuk melayakkan dirinya dibebaskan,Shark memberi satu tugasan terakhir Yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster Di KL,iaitu menakhluk Kampung Berani Yang mana kampung itu adalah tanah kelahiran Fadil sendiri.
Abang Long Fadil 2 (2017)
Filem ini merupakan sambungan daripada filem Abang Long Fadil mengisahkan Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia kongsi gelap, didalangi oleh Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok). Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) dan Inspektor Shuib (Shuib Sepahtu) sebagai pengganas upahan kejam bernama Tiger. Filem ini ditayangkan di Malaysia pada 24 Ogos 2017.[20]
Abang Long Fadil 3 (2022)
Filem ini mengisahkan Fadil, seorang bekas gangster diupah oleh NSS (The National Secret Service) sebagai seorang ejen perisik dan dibantu oleh Alice (Elizabeth Tan) dalam menyiasat seorang penjenayah iaitu Chow Han (Johan Raja Lawak). Filem ini dijadualkan tayang di Malaysia pada 8 September 2022.
Pelakon dan watak
Penunjuk senarai
- Italik menunjukkan peralihan kepada peranan kecil, seperti imbasan lanjutan, selepas penampilan awal.
- Sel kelabu gelap menunjukkan tiada watak dalam filem itu.
Pelakon | Filem & Watak | ||
---|---|---|---|
Abang Long Fadil | Abang Long Fadil 2 | Abang Long Fadil 3 | |
Zizan Razak | Fadil / Abang Long Fadil | ||
Kamal Adli | Adam | ||
Tauke Raja Lawak | Acai | ||
Syamsul Yusof | Shark | Inspektor Wahab | |
Aaron Aziz | Malek | ||
Soffi Jikan | Ajib | ||
Shiqin Kamal | Hawa | ||
Shuib Sepahtu | Inspektor Shuib | ||
Tania Hudson | Yana | ||
Achey Bocey | Ali / Tiger | ||
Dato' AC Mizal | King Kong / Cobra | King Cobra / King Kali Kong | |
Wak Doyok | Wak Doyok | ||
Mas Khan | Inspektor Rudy | ||
Delimawati | Datin Mona | ||
A. Galak | Salim | Taji Samprit | |
Yusof Haslam | Yusof Haslam | Pengarah Filem | |
Johan Raja Lawak | Chow Han | ||
Elizabeth Tan | Alice | ||
Maya Karin | Ejen Maya | ||
Siraj Alsagoff | Inspektor Sahab | ||
Kazar Saisi | Cif Kazar | ||
Joey Daud | Professor Joey | ||
Jay Iswazir | Professor Amirul | ||
Daniella Sya | Sherina |
Kutipan filem
Filem | Tarikh tayangan | Kutipan | Bajet |
---|---|---|---|
Abang Long Fadil | 29 Mei 2014 | RM 4.61 juta | RM 3.00 juta |
Abang Long Fadil 2 | 24 Ogos 2017 | RM 17.90 juta | RM 3.20 juta |
Abang Long Fadil 3 | 8 September 2022 | RM 25 juta | RM 6 juta |
Jumlah | RM 47.51 juta | RM 12.20 juta |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Penerima | Karya tercalon | Kategori | Keputusan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|
2015 | Festival Filem Malaysia ke-27 | Viper Studios | Abang Long Fadil | Kesan Khas Terbaik | Tercalon | |
Anugerah MeleTOP Era 2015 | Skop Productions | Filem MeleTOP | Menang | |||
Zizan Razak | Bintang Filem MeleTOP | Tercalon | ||||
2017 | Festival Filem Malaysia ke-29 | Skop Productions / Astro Shaw | Abang Long Fadil 2 | Filem Box Office | Menang | |
Datuk Yusof Haslam | Filem Terbaik | Tercalon | ||||
Tania Hudson | Pelakon Harapan Wanita | Tercalon | ||||
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Syafiq Yusof | Filem Terbaik | Tercalon | ||
2022 | Festival Filem Malaysia ke-32 | Syafiq Yusof | Abang Long Fadil 3 | Pengarah Terbaik | Tercalon | |
Ozlynn Waty | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | ||||
Syafiq Yusof | Lakon Layar Terbaik | Tercalon | ||||
Penyunting Terbaik | Tercalon | |||||
Rahimi Maidin | Sinematografi Terbaik | Tercalon | ||||
Mukhsalmina Ismail | Penataan Seni Terbaik | Tercalon | ||||
Supernova Media | Penataan Bunyi Terbaik | Tercalon | ||||
Hilal Mohd Yusop (Chinta) | Rekaan Busana Terbaik | Tercalon | ||||
Marlia Ieryani Ghazali | Tatarias Terbaik | Tercalon |
Lihat juga
- KL Gangster (siri filem) yang diarahkan oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof terbitan Skop Productions
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.