From Wikipedia, the free encyclopedia
Yohan Cabaye (Sebutan bahasa Perancis: [jɔ.an ka.baj]; lahir 14 Januari 1986) ialah pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Inggeris Crystal Palace dan pasukan kebangsaan Perancis.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Yohan Cabaye[1] | ||
Tarikh lahir | 14 Januari 1986 | ||
Tempat lahir | Tourcoing, Perancis | ||
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 9 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Crystal Palace | ||
Nombor | 7 | ||
Kerjaya remaja | |||
1992–1998 | Tourcoing | ||
1998–2004 | Lille | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2004–2011 | Lille | 191 | (31) |
2011–2014 | Newcastle United | 79 | (17) |
2014–2015 | Paris Saint-Germain | 39 | (1) |
2015– | Crystal Palace | 64 | (9) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2001 | Perancis B16 | – | (1) |
2004 | Perancis B18 | – | (–) |
2004–2005 | Perancis B19 | 12 | (2) |
2006 | Perancis B20 | – | (1) |
2006–2008 | Perancis B21 | 16 | (3) |
2010– | Perancis | 48 | (4) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Mei 2017 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Julai 2016 |
Menjelang musim 2004–05, Cabaye menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Lille bersetuju dengan perjanjian tiga tahun. Cabaye dipanggil ke pasukan senior buat pertama kali oleh Claude Puel pada bulan November 2004. Dia membuat penampilan liga pertamanya pada 7 November 2004 menentang Istres. Pada 20 Februari 2005, dia menerima kad merah pertamanya ketika seri 1-1 dengan Metz.[2] Cabaye menghabiskan musim itu dengan membuat 12 penampilan tanpa menjaringkan sebarang gol.
Pada musim berikutnya, Cabaye beraksi dalam 27 perlawanan liga. Cabaye juga bermain dalam edisi 2003-04 Liga Juara-Juara UEFA dan Piala UEFA, bermain dalam lima perlawanan dalam kedua-dua pertandingan. Dia membuat penampilan Eropah pertamanya pada 14 September 2005 dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Benfica.[3] Di dalam liga, Cabaye menjaringkan gol profesional pertamanya ketika kekalahan 3-1 kepada Auxerre pada 19 November.[4] Pada pertengahan musim, Lille dan Cabaye mencapai persetujuan untuk kontrak lanjutan dua tahun yang akan berakhir pada bulan Jun 2010.[5]
Cabaye bergelut dengan kecederaan buku lali pada musim 2006–07, hanya beraksi dalam lima perlawanan liga dalam tiga bulan pertama musim itu. Dia menjaringkan gol pada 26 Ogos 2006 dimana mereka menang 3–0 ke atas Bordeaux.[6] Pada 4 November, dia menjaringkan gol keduanya musim itu ketika kemenangan 3–0 ke atas Valenciennes.[7] Cabaye beraksi secara konsisten untuk pasukan itu dalam liga dan Liga Juara-Juara sebelum mengalami kecederaan berulang buku lali dalam perlawanan liga menentang Le Mans pada bulan Mac 2007.[8][9]
Cabaye kembali beraksi pada musim 2007–08, muncul dalam 39 perlawanan. Dia menjaringkan tujuh gol dalam liga. Ketika menentang Caen, Cabaye menjaringkan dua gol untuk menang 5–0.[10] Semasa musim itu, dia menandatangani satu lagi kontrak lanjutan bersetuju dengan perjanjian tiga tahun sehingga 2013.[11]
Pada musim 2008–09, dia beraksi dalam 32 perlawanan liga. Cabaye menjaringkan lima gol dalam liga dan satu dalam Coupe de France.[12]
Cabaye mempunyai musim terbaiknya pada musim 2009–10. Dia beraksi dalam 46 perlawanan keseluruhan dan menjaringkan 15 gol, tujuh daripadanya merupakan penalti dan membuat sepuluh bantuan gol. Cabaye menjaringkan gol pertamanya musim itu pada 31 Oktober 2009 ketika kemenangan 2–0 ke atas Grenoble.[13] Dalam lima perlawanan liga seterusnya, dia menjaringkan lima gol.[14][15][16][17][18] Pada 13 Februari 2010, Cabaye membuat dua bantuan gol dimana mereka menang 3–1 ke atas Boulogne.[19] Pada 18 April, dia menjaringkan dua gol dan membuat satu bantuan gol untuk mencatat kemenangan 4–0 ke atas Monaco.[20] Dalam Liga Europa UEFA, Cabaye menjaringkan gol menentang Sevojno dalam pusingan kelayakan dan Slavia Prague dalam peringkat kumpulan.[21]
Pada 24 Oktober 2010, Cabaye menjaringkan gol ketika kekalahan 3-1 kepada Marseille.[22] Tiga hari kemudian, dia menjaringkan dua gol ketika mereka menang 4-1 ke atas Caen dalam Coupe de la Ligue.[23] Cabaye membuat bantuan gol kepada dua gol Moussa Sow ketika kemenangan 6–3 ke atas Lorient pada bulan Disember 2010.[24] Pada bulan April 2011, Cabaye membuat tiga bantuan gol dalam tiga perlawanan liga menentang Caen, Bordeaux dan Arles-Avignon.[25][26] Cabaye juga menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Arles-Avignon.[27]
Cabaye beraksi dalam perlawanan akhir Coupe de France dimana mereka mengalahkan Paris Saint-Germain 1–0 di Stade de France.[28] Seminggu kemudian, Lille muncul juara Ligue 1 selepas seri 2–2 dengan Paris Saint-Germain.[29][30]
Selepas perlawanan terakhir Lille pada musim 2010–11, Rudi Garcia mengesahkan bahawa Cabaye akan meninggalkan kelab itu untuk menyertai Newcastle United. Perpindahan itu disahkan pada 10 Jun 2011 dengan Cabaye bersetuju dengan perjanjian lima tahun bersama Newcastle.[31]
Dia membuat penampilan liga pertamanya pada 13 Ogos 2011 ketika seri 0–0 dengan Arsenal.[32] Cabaye menjaringkan gol pertamanya untuk Newcastle pada 22 Oktober 2011 ketika menentang Wigan Athletic.[33] Empat hari kemudian, dia menjaringkan gol keduanya untuk eklab itu ketika kekalahan 4–3 kepada Blackburn Rovers dalam Piala Liga.[34] Cabaye menjaringkan gol ketiganya untuk Newcastle ketika kemenangan 3–0 ke atas Manchester United.[35] Pada 6 April 2012, Cabaye membuat dua bantuan gol ketika mereka menang 2-0 ke atas Swansea City.[36] Pada 21 April, Cabaye membuat bantuan gol dan menjaringkan gol ketika mereka menang 3- ke atas Stoke City.[37]
Cabaye menjaringkan gol pertamanya pada musim 2012–13 ketika menentang Sunderland dimana mereka seri 1–1 pada 21 Oktober 2012. Pada bulan November, ia telah diumumkan bahawa Cabaye memerlukan pembedahan pangkal paha dan tidak boleh beraksi sehingga bulan Februari 2013. Dia kembali pada bulan Januari dan menjaringkan gol ketika kekalahan 2-1 kepada Reading pada 19 Januari 2013. Cabaye menjaringkan satu lagi gol ketika menentang Aston Villa. Pada 2 Mac 2013, Cabaye beraksi sebagai kapten Newcastle buat kali pertama menentang Swansea City menggantikan Fabricio Coloccini. Dia menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Southampton dan Stoke City.
Pada 19 Oktober 2013, Cabaye menjaringkan gol keduanya musim itu menentang Liverpool di St James' Park dimana mereka seri 2–2. Cabaye menjaringkan gol kemenangan ketika mereka menang 1-0 ke atas Manchester United di Old Trafford pada 7 Disember 2013. Gol keempatnya musim itu tiba pada 21 Disember ketika kemenangan 3–0 ke atas Crystal Palace sebelum menjaringkan gol sekali lagi ketika menang 5-1 ke atas Stoke City. Dalam perlawanan terakhirnya, Cabaye menjaringkan dua gol untuk menang 3–1 ke atas West Ham United.
Pada 29 Januari 2014, Paris Saint-Germain mengumumkan bahawa Cabaye telah menyertai kelab itu.[38][39][40] Cabaye menandatangani perjanjian tiga tahun setengah bersama kelab itu.[38] Pada 18 Februari, Cabaye menjaringkan gol pertamanya untuk PSG ketika kemenangan 4–0 ke atas Bayer Leverkusen dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara. Pada 19 April, Cabaye memenangi trofi pertamanya bersama PSG selepas mengalahkan Lyon 2–1 in dalam perlawanan akhir Coupe de la Ligue 2014.[41]
Pada 22 Ogos 2014, Cabaye dibuang padang ketika seri tanpa jaringan dengan Evian.[42] Pada 17 Oktober, Cabaye menjaringkan gol liga pertamanya ketika menang 3-1 ke atas Lens.[43]
Pada 10 Julai 2015, Cabaye menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace dengan kontrak tiga tahun.[44] Dia membuat penampilan sulungnya menentang Norwich City pada 8 Ogos, menjaringkan gol untuk menang 3–1.[45]
Pada 5 Ogos 2010, Cabaye dipanggil ke pasukan senior buat pertama kali oleh Laurent Blanc untuk perlawanan persahabatan menentang Norway pada 11 Ogos 2010.[46] Cabaye membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan itu.
Pada 29 Mei 2012, Cabaye dinamakan dalam skuad Perancis untuk UEFA Euro 2012.[47] Dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya menentang Ukraine dimana mereka menang 2-0.[48]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala liga | Eropah | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Lille | 2004–05 | Ligue 1 | 6 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | 3 | 0 | 14 | 0 |
2005–06 | Ligue 1 | 27 | 1 | 0 | 0 | 2 | 0 | 2 | 0 | 37 | 1 | |
2006–07 | Ligue 1 | 22 | 3 | 0 | 0 | 1 | 0 | 8 | 0 | 33 | 4 | |
2007–08 | Ligue 1 | 36 | 7 | 2 | 0 | 1 | 0 | — | 40 | 7 | ||
2008–09 | Ligue 1 | 32 | 5 | 3 | 1 | 0 | 0 | — | 35 | 6 | ||
2009–10 | Ligue 1 | 32 | 13 | 0 | 0 | 2 | 0 | 12 | 2 | 46 | 15 | |
2010–11 | Ligue 1 | 36 | 2 | 5 | 0 | 1 | 2 | 8 | 1 | 48 | 4 | |
Jumlah | 191 | 31 | 10 | 1 | 9 | 2 | 33 | 3 | 243 | 37 | ||
Newcastle United | 2011–12 | Liga Perdana Inggeris | 34 | 4 | 2 | 0 | 2 | 1 | — | 38 | 5 | |
2012–13 | Liga Perdana Inggeris | 26 | 6 | 0 | 0 | 0 | 0 | 9 | 0 | 35 | 6 | |
2013–14 | Liga Perdana Inggeris | 19 | 7 | 0 | 0 | 1 | 0 | — | 20 | 7 | ||
Jumlah | 79 | 17 | 2 | 0 | 3 | 1 | 9 | 0 | 93 | 18 | ||
Paris Saint-Germain | 2013–14 | Ligue 1 | 15 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | 4 | 1 | 21 | 1 |
2014–15 | Ligue 1 | 24 | 1 | 4 | 1 | 3 | 0 | 5 | 0 | 36 | 2 | |
Jumlah | 39 | 1 | 4 | 1 | 5 | 0 | 9 | 1 | 57 | 3 | ||
Crystal Palace | 2015–16 | Liga Perdana Inggeris | 3 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | — | 3 | 1 | |
Jumlah | 3 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | — | 3 | 1 | |||
Jumlah karier | 312 | 50 | 16 | 2 | 17 | 3 | 51 | 4 | 396 | 59 |
Pasukan | Tahun | Kmncln | - | Perancis | 2010 | 1 | 0 |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2011 | 8 | 0 | |||||
2012 | 10 | 1 | |||||
2013 | 7 | 1 | |||||
2014 | 12 | 1 | |||||
2015 | 1 | 0 | |||||
Jumlah | 39 | 3 |
No. | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
15 Jun 2012 | Donbass Arena, Donetsk, Ukraine | Ukraine | UEFA Euro 2012 | |||
11 Oktober 2013 | Parc des Princes, Paris, Perancis | Australia | Persahabatan | |||
8 Jun 2014 | Stade Pierre-Mauroy, Lille, Perancis | Jamaica | Persahabatan |
Lille[49]
Paris Saint-Germain[49]
Perancis[49]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.