Wilson Ugak Kumbong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Wilson Ugak Kumbong merupakan ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Rakyat untuk Hulu Rajang sejak 2013. Beliau juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).[1]
Fakta Segera Yang Berhormat DatukWilson Ugak Kumbong PJN, KMN, Timbalan Menteri Digital Malaysia ...
Wilson Ugak Kumbong PJN, KMN | |
---|---|
Timbalan Menteri Digital Malaysia | |
Memegang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Sultan Ibrahim Ismail |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Gobind Singh Deo |
Didahului oleh | Jawatan Diwujudkan |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas - Tugas Khas) | |
Dalam jawatan 10 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Armizan Mohd Ali |
Didahului oleh | Hanifah Hajar Taib (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Mastura Mohd Yazid (Tugas-tugas Khas) |
Digantikan oleh | Ditugaskan kepada TPM 2 |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Hulu Rajang, Sarawak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 24 Jun 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Billy Abit Joo |
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 8 April 2020 – 10 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Alice Lau Kiong Yieng |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ugak anak Kumbong Sarawak, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | PRS |
Sekutu gabungan politik lain | BN (-2018) GPS (2018-) |
Pasangan | Datin Leyta Kupa |
Saudara | Alexander Nanta Linggi (sepupu) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2023 Kabinet Malaysia 2022 |
Tutup
Beliau pertama kali bertanding untuk Hulu Rajang pada pilihan raya 2013 dan menang kawasan tersebut.[2] Beliau juga dipilih semula pada 2018, mengalahkan Abun Sui Anyit dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).[3]
Pada 2020, beliau dilantik sebagai Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggantikan Alice Lau Kiong Yieng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).[1][4] Sebagai seorang Iban, beliau juga orang Iban pertama yang memegang jawatan tersebut.[4]