Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Jawi: سلطان إبراهيم ابن المرحوم سلطان اسكندر; diputerakan pada (1958-11-22)22 November 1958) merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor era moden ke-5. Pada 27 Oktober 2023, baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya dan istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah diadakan di Istana Negara pada 31 Januari 2024.

Fakta Segera Sultan Ibrahim سلطان ابراهيم, Yang di-Pertuan Agong ke-17 ...
Sultan Ibrahim
سلطان ابراهيم
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVII
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
Sultan Ibrahim pada tahun 2019
Yang di-Pertuan Agong ke-17
Pemerintahan31 Januari 2024 – kini
(9 bulan dan 12 hari)
Pertabalan20 Julai 2024
Didahului olehSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
TimbalanSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Perdana Menteri
Lihat semua
Sultan Johor
Pemerintahan23 Januari 2010 – kini
(14 tahun, 9 bulan dan 20 hari)
Kemahkotaan23 Mac 2015
Didahului olehSultan Iskandar
Tunku MahkotaTunku Ismail
Menteri Besar
Pemangku SultanTunku Ismail
Tunku Mahkota Johor
Tempoh3 Julai 1981 – 23 Januari 2010
Didahului olehTunku Mahmood Iskandar
Diikuti olehTunku Ismail
KeputeraanTunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar
(1958-11-22) 22 November 1958 (umur 65)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya
PasanganRaja Zarith Sofiah (k. 1982)
Anakanda
Nama diraja
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
AyahandaSultan Iskandar
BondaEnche’ Besar Hajah Khalsom (Josephine Ruby Trevorrow)
AgamaSunni Islam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
 Johor
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Askar Timbalan Setia
Tahun perkhidmatan1977–kini
Pangkat Fil Marsyal
Laksamana Armada
Marsyal Tentera Udara
(Panglima Angkatan Tentera)
Komando (JMF)
UnitAskar Timbalan Setia
Tutup

Sultan Ibrahim merupakan pengasas kepada acara jelajah bermotosikal, Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap sukan pemotoran berkuasa tinggi. [1] Pada 20 Julai 2024, Baginda ditabalkan di Istana Negara, untuk tempoh 5 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Biografi

Kehidupan awal

Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya ketika pemerintahan paduka nenda moyang baginda, Sultan Ibrahim. Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera sulung daripada 10 adik-beradik kepada Sultan Iskandar bersama bondanya iaitu Josephine Ruby Trevorrow, seorang wanita Inggeris dari Torquay, England.[2][3][4] Mereka berdua bertemu ketika Sultan Iskandar (sebelum itu Tunku Mahmood) melanjutkan pelajarannya di England. Trevorrow kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Kalsom binti Abdullah setelah berkahwin dengan Tunku Mahmood.

Nenda Moyangnya, Sultan Ibrahim mangkat di London pada 8 Mei 1959, oleh itu, nendanya Tunku Ibrahim Ismail, Sultan Ismail berjaya menjadi Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail naik ke tangga kedua sejajar dengan takhta, selepas ayahandanya.

Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.

Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat.[5] Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sebagai Tunku Mahkota Johor

Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan telah bersemayam di Istana Pasir Pelangi sejak itu.[5][6][7] Baginda pernah menjadi pemangku raja Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan.[5] Dalam beberapa tahun belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dari ayahandanya yang telah lanjut usia termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dalam mesyuarat itu.[8][9]

Sebagai Sultan Johor

Pemasyhuran

Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail sekali lagi dilantik sebagai pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan Sultan Iskandar yang masih belum disahkan.[10] Pada waktu malam hari yang sama, Sultan Iskandar telah mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada esoknya berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dengan gelaran Sultan Ibrahim.[11][12] Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar Johor Bahru dan mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yang terdekat adalah selama 40 hari manakala bagi rakyat Johor pula ialah 7 hari. Semasa musim itu juga, Sultan Ibrahim pertama kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sebagai Sultan Johor.

Kemahkotaan

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham daripada lawatan baginda Empayar British dan Empayar Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula dilangsungkan atas perkenan baginda yang berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan pada 5 Mei 2014, sempena baginda menjadi Sultan Johor yang ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.[13]

Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun 1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara besar-besaran yang bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan 9 istiadat utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.[14]

Sebagai Yang di-Pertuan Agong

Pada 27 Oktober 2023, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah dilangsungkan pada 31 Januari 2024 di Istana Negara.

Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong berlangsung pada 20 Julai 2024.[15]

Kehidupan peribadi

Sultan Ibrahim telah berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah, puteri kepada Sultan Perak, Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah pada tahun 1982.[16][17] Baginda berdua dikurniakan 6 orang anakanda iaitu:

Kerabat damping

Putera

Maklumat lanjut Gelaran, Nama ...
GelaranNamaTarikh KeputeraanTempat KeputeraanUsiaTempat KemangkatanTarikh BerkahwinPasangan DirajaAnakandaCucunda
Pemangku Sultan Johor & Tunku Mahkota JohorDuli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar(1984-06-30)30 Jun 1984Johor40 tahun, 4 bulan dan 13 hariN/A24 Oktober 2014Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti BustamamTunku Khalsom Aminah Sofiah
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
Tunku Abu Bakar Ibrahim
Tunku Zahrah Zarith Aziyah
Raja Muda JohorYang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim)(2017-10-14)14 Oktober 2017Johor7 tahun dan 29 hariN/AN/AN/A
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim)(2019-07-17)17 Julai 2019Johor5 tahun, 3 bulan dan 26 hariN/AN/AN/A
Tunku Temenggong JohorYang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman(1987-12-25)25 Disember 1987Johor36 tahun, 10 bulan dan 18 hariN/AN/AN/A
Tunku Aris Bendahara JohorYang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
(Adinda Sultan Ibrahim)
(1970-07-20)20 Julai 1970Johor54 tahun, 3 bulan dan 23 hariN/A13 Januari 2006Tunku Teh Mazni Binti Tunku YusufTunku Mahmood Iskandar
Tunku Aisha Menjalara Iskandar
Tunku Abdul Marteen Idris Ismail Ibrahim Iskandar
Tunku Laksamana JohorYang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar(1990-07-05)5 Julai 1990Johor5 Disember 2015(2015-12-05) (umur 25)Johor BahruTidak pernah berkahwinN/A
Tunku Panglima JohorYang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri(1993-02-05)5 Februari 1993Johor31 tahun, 9 bulan dan 7 hariN/AN/AN/A
Tunku Putera JohorYang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim(2001-05-30)30 Mei 2001Johor23 tahun, 5 bulan dan 13 hariN/AN/AN/A
Tutup

Puteri

Maklumat lanjut Nama, Tarikh Keputeraan ...
NamaTarikh KeputeraanTempat KeputeraanUsiaTempat KemangkatanTarikh BerkahwinPasangan DirajaAnakandaCucunda
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah(1986-04-08)8 April 1986Johor38 tahun, 7 bulan dan 4 hariN/A14 Ogos 2017Dato' Dennis Muhammad AbdullahLayla Sofiah
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim)(2016-06-25)25 Jun 2016Johor8 tahun, 4 bulan dan 18 hariN/AN/AN/A
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah binti Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim)(2021-04-21)21 April 2021Johor3 tahun, 6 bulan dan 22 hariN/AN/AN/A
Yang Amat Mulia Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar
(Kekanda Sultan Ibrahim)
(1956-07-11)11 Julai 1956Johor68 tahun, 4 bulan dan 1 hariN/A2 Mei 1972Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-HajTengku Haji Shakirin Al-Amin Mahmud Ismail Ahmad Shah
Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor Tengku Salehuddin Ismail Shah
Tengku Shahrain Ismail Ibrahim Iskandar Hishamuddin Shah
Tengku Sharifuddin Ibrahim Ismail Iskandar Abdul Aziz Shah
Tengku Kathira Zanariah Ihsan Maimunah Aminah Iskandar Putri
Yang Amat Mulia Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar
(Kekanda Sultan Ibrahim)
(1957-10-20)20 Oktober 1957Johor67 tahun dan 23 hariN/AN/AN/AN/AN/A
Tutup

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Fakta Segera Gaya panggilan, Gaya pertuturan ...
Gelaran hormat bagi
Sultan Ibrahim
Thumb
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
Tutup

Terasul dan gelaran

  • 22 November 1958 – 11 Mei 1981: Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar
  • 11 Mei 1981 – 3 Julai 1981: Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar
  • 3 Julai 1981 – 26 April 1984: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor
  • 26 April 1984 – 25 April 1989: Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Johor
  • 25 April 1989 – 23 Januari 2010: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor
  • 23 Januari 2010 – 30 Januari 2024: Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
  • 31 Januari 2024 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim[23]

Kurniaan Johor

  • Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I)
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (28 Oktober 1980)
  • Pangkat Pertama, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) – Dato' (8 April 1990)[24]
  • Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) – Dato' (30 Mac 2015)[25]
  • Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama) (10 Februari 1960)
  • Pingat Kemahkotaan Sultan Iskandar (11 Mei 1981)
  • Pangkat Pertama Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PIS I) (23 Mac 2015)
  • Pangkat Pertama Pingat Sultan Ibrahim (PSI I)

Kurniaan Malaysia

Kurniaan luar negara

  •  Bahrain :
    • Order of Sheikh Isa ibn Salman Al Khalifa (Wisam al-Shaikh ‘Isa bin Salman Al Khalifa), First Class (2017)[38]

Ijazah kehormat

Catatan

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.