From Wikipedia, the free encyclopedia
Seorang watak (bahasa Inggeris: character) merupakan wakil kepada seseorang di dalam sesebuah naratif ataupun kesenian drama (misalnya seperti novel, seni lakonan atau filem).[1] Perkataan character berasal daripada perkataan Greek purba kharaktêr (χαρακτήρ), penggunaannya yang paling awal dalam bahasa Inggeris, dalam kes ini, bertarikh sejak Pemulihan Inggeris, meskipun perkataannya kerap digunakan selepas kemunculannya dalam Tom Jones pada tahun 1749.[2] Bermula daripada titik ini berkembangnya kefahaman "sesuatu perwatakan yang dimainkan seorang pelakon".[3] Seorang watak, secara khasnya apabila dimainkan oleh seorang pelakon di dalam sebuah drama atau pawagam, membabitkan "ilusi menjadi seorang manusia."[4] Sejak penghujung abad ke-19, seni mereka watak, seperti yang dimainkan oleh para pelakon dan penulis, telah bergelar gambaran sifat.[5]
Watak-watak mungkin sekali dikelaskan mengikut beberapa kriteria:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.