Panggung wayang gambar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Panggung wayang gambar (Jawi: ڤڠݢوڠ وايڠ ݢمبر; disingkatkan menjadi pawagam ڤاواݢم[1]), panggung wayang atau bioskop (Jawi: بيوسکوڤ) merupakan sesebuah tempat berupa bangunan auditorium di mana orang ramai boleh menonton cerita medium filem (atau "wayang gambar") yang ditayangkan menggunakan projektor filem yang memancarkan wayang tersebut ke atas skrin tayangan di bahagian hadapan auditorium. Kebanyakan panggung wayang ini merupakan pawagam komersil untuk orang awam dan memerlukan tiket sebagai bukti pembayaran menampung kos tayangan filem.

Remove ads
Peristilahan
Perkataan "wayang gambar" merupakan nama lain merujuk kepada media yang disebut sebagai filem mengias dari jenis-jenis bentuk seni "wayang" lain yang difahamkan orang Melayu.[2] Singkatan "pawagam" yang kerap dipakai dalam media yang mengiklankan tayangan filem-filem ini diperkenal dan dipopularkan oleh P. Ramlee, pelakon, pengarah dan pembikin filem tersohor Malaysia.[3]
Satu lagi kata seerti yang juga merujuk kepada tempat-tempat sebegini ialah "bioskop" yang dipinjam daripada istilah bahasa Belanda iaitu bioscoop, namun ia lebih digunakan di Indonesia kini berbanding negara-negara berbahasa Melayu (Malaysia, Singapura, Brunei) lainnya;[4] ia menyerap dari kata gabung Yunani iaitu βίος bios "hidup" dan σκοπεῖν skopein "mencari atau melihat".[5]
Remove ads
Jenis
- multipleks: bangunan tunggal menempatkan layar-layar tayangan. Bangunan yang menempatkan lebih 14 hingga 20 layar[6] ini disebut sebagai megapleks.
- pandu masuk: dataran terbuka menempatkan layar tayangan besar yang ditonton dari kenderaan penonton diparkirkan
- wayang IMAX: menggunakan teknologi IMAX membesarkan gambar filem sepuluh kali ganda saiz filem 35 mm yang biasa digunakan untuk mutu lebih baik
- panggung dewasa (adult theater): untuk tontonan filem pornografi, cenderung didapati di Amerika Syarikat dan Kanada sebelum popularnya DVD.
Remove ads
Sejarah
Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (September 2022) |
Thomas Edison mengembangkan bangunan komersil pertama untuk penayangan ini yang dibuka pada 14 April 1894 di 1155 Broadway tepi 27th Street Bandar Raya New York; ia menempatkan 10 mesin kinetoskop yang boleh ditonton 25 sen setiap dua mesin menawarkan satu filem kesemuanya berharga 25 sen tayangan.[7]
Bangunan tertutup khusus menayangkan wayang gambar pertama di Singapura iaitu Paris Cinematograph di Victoria Street mula dibuka pada 1904.[8]
Galeri
- Teater Rodgers di Poplar Bluff, Missouri. Teater bergaya Art Deco ini dibuka pada tahun 1949.
- Pemandangan dari bilik tayangan di Ultimate Palace Cinema di Oxford. Projektor tersebut sedang memaparkan logo Universal Pictures versi 1997–2012.
- Teater Tuschinski di Amsterdam yang dianggap sebagai salah satu pawagam tercantik di dunia.
Remove ads
Lihat juga
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pawagam. |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads